CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1706|Reply: 0

[Jenayah] Dua Beradik Di Tetak Di Wakaf Che Yeh

[Copy link]
Post time 27-8-2014 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Tangan salah seorang mangsa yang cedera ditetak dalam kejadian terbabit, kelmarin.



        KOTA BHARU - Dua beradik cedera di tangan dan jari kiri dalam kejadian tetak di Jalan Wakaf Che Yeh-Salor, di sini, petang kelmarin.

        Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, kereta jenis Volvo dipercayai mengejar kereta jenis Perodua Kancil sehingga ke hadapan stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

        Kereta Volvo berkenaan kemudiannya melanggar Perodua Kancil dari belakang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

        Saksi yang enggan dikenali berkata, ketika berhenti di hadapan bangunan RTM, kereta Volvo dinaiki dua beranak, remaja berusia 20-an dan lelaki berusia lingkungan 50-an, cuba melanggar kereta Perodua Kancil yang dinaiki dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.

        Akibat pelanggaran itu, dua lelaki dalam kereta Perodua Kancil turun dengan membawa parang dan terus meluru ke arah kereta Volvo itu, seterusnya berlaku perbalahan mulut sehingga membawa kepada kejadian tetak-menetak.

“Saya tidak pasti sebab mereka berbalah. Pada mulanya, saya ingat hanya kemalangan, namun sebaliknya ia berlarutan sehingga tetak-menetak.

“Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu-lintas kerana pengguna jalan raya terpaksa berhenti selama sejam.

“Polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan mangsa dipercayai dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,”katanya kepada Sinar Harian.

        Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Kita masih berusaha mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/dua-beradik-kena-tetak-1.311498

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053559 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list