View: 2746|Reply: 6
|
[Tempatan]
Edisi Tanjat Boboy: Toyota Harrier Di Hentam Balak
[Copy link]
|
|
Padang Terap: Seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Harrier nyaris maut apabila bahagian sisi kanan kenderaan terbabit terkena kayu balak yang terjatuh dari sebuah lori yang cuba mengelak sebuah kereta lain dari arah sama dalam kemalangan di bulatan Padang Kerasak, Naka, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang, pemandu lori berusia 40-an itu patah tangan manakala pemandu SUV berusia 50-an pula cedera ringan dan mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN), di sini, untuk rawatan.
Difahamkan, pemandu lori terbabit yang datang dari arah Pedu ke Kuala Nerang membawa kayu balak dipercayai cuba mengelak sebuah kereta dari arah sama lalu terbalik menyebabkan muatannya terjatuh dan terkena Toyota Harrier yang datang dari arah Kuala Nerang ke Naka.
Seorang saksi, Mursyidi Yusof, 24, berkata, dia terkejut apabila mendengar dentuman kuat ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran.
“Saya terkejut selepas terdengar bunyi dentuman dan gegaran kuat lalu terus pergi ke lokasi kejadian. Apabila sampai, saya nampak sebuah lori membawa muatan balak sudah terbalik dan kayu balak pula bertaburan di jalan.
“Saya nampak Toyota Harrier remuk di bahagian depan akibat dihempap kayu balak,” katanya.
“Pemandu lori terbabit cedera parah akibat patah tangan, manakala pemandu kenderaan SUV itu cedera ringan lalu dihantar ke HKN untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap Asisten Superintendan Chang Kut Choy ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyawadihujungbalakbergolek/Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
terigt mcm citer final destination tu... tetiba kayu balak jatuh dari lori n terus menghempap driver... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg seriau bila drive sblh lori balak..... |
|
|
|
|
|
|
|
aqissa posted on 27-8-2014 02:18 PM
mmg seriau bila drive sblh lori balak.....
Kan...
Dh la balak tu tinggi dari palang tepi tu, seram gila.....
|
|
|
|
|
|
|
|
masa aku g thailand dulu... naik motor sebelah tu lori besau...ingatkan lori balak...
rupanya dongak ke atas...hambek... lori bawak gajah 2 ekor bapak besau...mak oiii.... ngucap dulu...
kes berator kat imigresen... |
|
|
|
|
|
|
|
aqissa posted on 27-8-2014 06:37 AM
masa aku g thailand dulu... naik motor sebelah tu lori besau...ingatkan lori balak...
rupanya donga ...
Kalau aku dah gayat dah ada gajah kat sebelah dok membayangkan dia menghempap aku |
|
|
|
|
|
|
|
Umur panjang lagi tuu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|