View: 3386|Reply: 21
|
[Tempatan]
Inspector polis seludup Vellfire Curi Ke Thailand.
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang pegawai polis membawa isteri dan anaknya untuk mengaburi pihak berkuasa tidak berhasil selepas dia ditahan ketika cuba menyeludup keluar kereta mewah Toyota Vellfire di sempadan Malaysia-Thailand di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, pegawai polis berpangkat inspektor berusia 40-an itu dipercayai membawa isteri serta anaknya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa dalam usahanya membawa masuk kereta curi berkenaan ke Thailand.
Difahamkan, suspek bertugas di Jabatan Logistik Bukit Aman bersama isterinya berusia 30-an serta anak perempuannya berusia lima tahun itu ditahan dalam cubaan keempat mereka menyeludup keluar kereta curi.
Sumber berkata, suspek ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam di sekatan jalan raya UPP selepas menerima risikan.
“Suspek mengaku cuba membawa masuk kereta curi ke negara jiran, malah menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta itu sebelum ditahan di kilometer 1.3 Jalan Bukit Kayu Hitam, di sini.
“Ketika ditahan suspek membawa beg pakaian dirinya serta keluarga di dalam kereta dipercayai untuk bermalam di negara jiran sebelum pulang ke tanah air.
“Kami tidak pasti sama ada suspek beroperasi sendirian di dalam sindiket itu atau mengambil upah membawa masuk kereta daripada sindiket lain,” katanya, di sini semalam.
Menurut sumber, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan.
“Kereta dipandu suspek dilaporkan hilang pada 3 Oktober 2012 di Subang Jaya, Selangor.
“Kami akan mendapatkan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi tindakan lanjut,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
wah, inspektor bawak vellfire, projek byk ni. |
|
|
|
|
|
|
|
waaaaa......inspektor tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
buat jahat bawak anak bini sekali...nanti dah tua kalau anak jahat jgn salahkan masyarakat atau pengaruh kawan2... |
|
|
|
|
|
|
|
sepandai pandai velfire ke Thailand akhirnya kecundang di tangan Imigresen |
|
|
|
|
|
|
|
gaji x cukup barangkali..
pgkt dh bsr dh.... |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis posted on 19-8-2014 10:19 AM
sepandai pandai velfire ke Thailand akhirnya kecundang di tangan Imigresen
Imigresen ke UPP ??
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat dia jadi polis...jadi org tak tahan dia ker.
Ni dah mesti biasa buat kerja cam tu |
|
|
|
|
|
|
|
harapkan pagar...pagar makan padi... |
|
|
|
|
|
|
|
Polis lagi
Rosak susu sebelanga |
|
|
|
|
|
|
|
Sepandai-pandai inspektor, pandai pagi UPP.
Memburuk kan imej polis jer. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ada informer ni ... bukan senang nak kesan keta curi or plat no. palsu kt sempadan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Upp vs bkt a man...upp menang |
|
|
|
|
|
|
|
Percubaan ke empat? 3X lagi dah terlepas ke?
Dah la kete hilang tahun 2012... |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 polis selalu tak menjadi orang... |
|
|
|
|
|
|
|
“Kami tidak pasti sama ada suspek beroperasi sendirian di dalam sindiket itu atau mengambil upah membawa masuk kereta daripada sindiket lain,” katanya, di sini semalam.
suspek bertugas di Jabatan Logistik Bukit Aman .....bukan bertugas kawasan kampung ....masaaak |
|
|
|
|
|
|
|
alahai, nak cpt kaya punya pasal. mesti dorg dah risik berbulan2 lamanya. tgu time je nak cekup. mcm kes sorg driver. guna kete gomen seludup dadah. last2 kena tangkap jugak lepas wat risikan berbulan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Mustahil laki koporal NURMIMIK kheen?
Anyway dia bin Sargent bukan inspektor........
So Let's move on..........
|
|
|
|
|
|
|
| |
|