View: 2381|Reply: 6
|
[Jenayah]
Edisi Betul Ke Melancong Dekkk:Warga Somalia Terapung Kelaparan Di Laut
[Copy link]
|
|
Pelabuhan Klang: Impian lapan warga Somalia untuk mengunjungi lokasi menarik di negara ini berakhir dengan kejadian yang hampir meragut nyawa mereka apabila ditemui dalam keadaan lemah selepas dibiarkan hampir dua hari dalam sebuah bot uzur yang tidak berenjin dalam satu kejadian Sabtu lalu.
Lebih menyedihkan, mereka mendakwa ditipu tekong yang melarikan diri bersama enjin bot selepas mendakwa enjin berkenaan mempunyai masalah dengan membiarkan kelapan-lapan mangsa termasuk dua wanita kelaparan dalam bot berkenaan.
Pengarah Operasi Daerah Maritim Klang KDR Maritim Romli Mustafa, siasatan awal pihaknya mendapati semua mangsa merancang untuk bercuti dan melawat tempat menarik di Malaysia, namun impian mereka akhirnya musnah apabila ditinggalkan kira-kira 60 batu nautika dari barat laut Pelabuhan Klang.
Menurutnya, mangsa dipercayai mula ditinggalkan kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu dan tekong bot berusia lingkungan 30-an itu memberi alasan bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin sebelum seorang rakannya tiba dan membawanya pergi bersama enjin itu.
WARGA Somalia diselamatkan selepas tekong melarikan diri bersama enjin bot.
Difahamkan, warga Somalia berkenaan membayar RM 1,500 seorang kepada tekong berkenaan untuk membawa mereka melawat beberapa tempat menarik termasuk Pulau Langkawi, Sabah dan Sarawak.
Romli berkata, mangsa ditemui ketika anggotanya sedang membuat rondaan Op PATKOR 23A/2014 sebelum mereka menemui sebuah bot nelayan Indonesia kelas A terapung di laut.
“Hasil siasatan mendapati seorang daripada penumpang adalah pelajar IPTA tempatan. Mereka berusia antara 23 dan 32 tahun dan bertolak dari jeti Kuala Selangor pada jam 4 petang pada hari kejadian,” katanya.
Bagaimanapun katanya, semua mangsa kini direman sehingga 21 Ogos ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan juga Akta Imigresen.
Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelancongSomaliaterapungduahari/Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
bot jenis apa yg diorg ni naik utk pi melancong sampai ke Sabah Sarawak tu..??
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 masuk mesia guna bot pancung dr indon sana |
|
|
|
|
|
|
|
bukan melancong tapi nak masuk negara ini secara haram...pelarian ekonomi... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la hangkot reramai masok Meleisia...... kang kene virus ebola sape mau jawab.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh percaya ka alasan tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|