CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3054|Reply: 13

[Jenayah] Awas! Taktik baru curi dan samun kereta

[Copy link]
Post time 18-8-2014 04:22 PM | Show all posts |Read mode
KULIM - Pelbagai kaedah digunakan penjenayah untuk melakukan kegiatan curi kereta dan samun terhadap mangsa.

Teknik ini digunakan pada waktu siang terutama di kawasan perindustrian dan bandar.

        Bekas Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian dan Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, suspek yang mencuri kereta selalunya akan melekatkan kertas bersaiz A4 di belakang cermin kereta mangsa.

        Menurutnya, apabila sukar mengundur kenderaan, mangsa akan keluar dari kereta untuk membuang kertas dan ini memberi peluang kepada suspek untuk masuk dalam kereta sebelum melarikan kenderaan.

        Katanya, taktik ini pernah digunakan untuk mencuri kereta di bandar besar yang mana suspek berjaya melarikan kereta mangsa.

“Saya menasihatkan kepada mana-mana pemilik kenderaan supaya jangan mengubah apa-apa kertas yang ditampal pada cermin belakang kereta mereka sebaliknya cuba mengundur kenderaan perlahan-lahan dan keluar dari tempat letak kereta.

        "Apabila tiba di rumah, barulah buang. Ini adalah kerana ada penjenayah yang mengekori mangsanya dan menunggu masa ia berhenti untuk membuang kertas itu,” katanya.

        Selain itu, Eng Khim turut menasihatkan pemandu supaya tidak mudah percaya sekiranya orang tidak dikenali mengetuk cermin dan memberitahu terdapat sejumlah wang pada bahagian tayar belakang kereta mereka.

        Katanya, pemandu selalunya akan melihat cermin sisi untuk melihat duit dimaksudkan sebelum bertindak keluar dari kereta. Sebaik sahaja membuka pintu, suspek akan meluru ke arah pintu dan melakukan samun terhadap mangsa.

“Jangan mudah percaya dengan taktik yang digunakan penjenayah. Semua ini dilakukan untuk memastikan mangsa keluar dari kereta. Sehingga kini kes seumpama itu berlaku bagaimanapun ia belum dilaporkan terjadi di Kulim,” katanya.

        Selain itu, beliau berkata, pemandu diminta mematikan enjin kenderaan mereka sebelum membayar duit untuk mengisi minyak di kaunter pembayaran.

        Menurutnya, ada penjenayah yang mengekori kenderaan di pandu mangsa sehingga ke stesen minyak.

“Apabila mendapati enjin tidak dimatikan dan mangsa keluar dari kenderaan untuk membayar duit di kaunter, suspek akan masuk ke dalam kereta dan melarikannya.

        "Kejadian ini berlaku yang mana ia berpunca dari kelalaian pemandu itu sendiri,” katanya.

Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/awas-taktik-baru-curi-dan-samun-kereta-1.308822
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 04:25 PM | Show all posts
otak penjenayah ni boleh pakai juga..tapi kearrah yang salah..asyik nak buat jahat je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 04:31 PM | Show all posts
Macam macam kaedah yang diguna oleh pencuri ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 04:41 PM | Show all posts
janji dpt duit... xkira halal haram da...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 04:42 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 18-8-2014 04:25 PM
otak penjenayah ni boleh pakai juga..tapi kearrah yang salah..asyik nak buat jahat je..

ni kira salah guna kreativiti la ni...
berfikir di luar kotak katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 04:48 PM | Show all posts
DOUBLE7 posted on 18-8-2014 04:42 PM
ni kira salah guna kreativiti la ni...
berfikir di luar kotak katanya...

berfikir di luar kotak la sangat...

sekalimasuk kotak(jail) baru padan muka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2014 04:52 PM | Show all posts
pegh,
modah2an kita semua selamat
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:13 PM | Show all posts
Zaman sekarang ni kena lebih berhati-hati selalu lepa je ada yang cuba ambil kesempatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 05:20 PM | Show all posts
ishishish...apa punya penyamun lah, sah sah dna otak sama cop tahap lembu kambing
kerja elok2 tamauw, maw jenis cari duit senang saja, mcm monyet atas pokok gagaw cabai...
kikiki.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:23 PM | Show all posts
mcm2 cara diorang ni kan....kreatif sungguh minda diorang ni....adakah sel2 otak mereka bersambung?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:44 PM | Show all posts
ni namanya ada akal disalah guna
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:45 PM | Show all posts
JandaMeletop posted on 18-8-2014 05:23 PM
mcm2 cara diorang ni kan....kreatif sungguh minda diorang ni....adakah sel2 otak mereka bersambung?

bnyk minum susu dumex atau dutch lady kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:47 PM | Show all posts
azrain98 posted on 18-8-2014 05:45 PM
bnyk minum susu dumex atau dutch lady kot

minum susu lemboooo..cerdik mengalahkan lembooooooooooo...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:47 PM | Show all posts
azrain98 posted on 18-8-2014 05:45 PM
bnyk minum susu dumex atau dutch lady kot

sempat ker melaun ni minum susu..entah2 minum toddy jer

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 1.031063 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list