CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3632|Reply: 22

[Tempatan] Isyarat Tangan Di Mulut Undang Bahaya

[Copy link]
Post time 18-8-2014 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Kehadiran seorang wanita misteri berusia 50-an yang menunjukkan isyarat lapar kepada pemandu kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sunway dekat Lebuhraya Persekutuan di sini mengundang bahaya terhadap lalu lintas di laluan itu.
Rata-rata pengguna jalan raya yang ditemui melahirkan rasa takut setiap kali dihampiri wanita.





Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang bimbang ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain apabila kelibat wanita itu muncul secara tiba-tiba di celah kenderaan.

Tinjauan Harian Metro mendapati, wanita berkenaan yang berbaju kurung dan bertudung tiba-tiba menghampiri kenderaan yang berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah.
PENGEMIS wanita menunjukkan isyarat lapar kepada pemandu kereta di persimpangan Sunway.


Tanpa menghiraukan keselamatan diri, dia akan menghampiri setiap kenderaan yang berhenti dengan menunjukkan isyarat tangan di mulut seperti meminta.

Dia bagaimanapun tidak menunjukkan rasa marah apabila permintaannya itu ditolak, sebaliknya beralih kepada kenderaan lain.

Apabila tidak mendapat apa-apa yang dihajati termasuk wang atau makanan, dia mengulangi aktivitinya itu sehingga kenderaan bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mohonsimpatiundangbahaya/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 08:40 AM | Show all posts
bersepah la dorang ni, asal merah je terus gerak dari kereta ke kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 08:41 AM | Show all posts
ini masuk islam jadi KIMMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 08:43 AM | Show all posts
yg pasti dia org ni bkn local.......kdg bkn islam pun.....kdg2 benda mcm memberi imej buruk kepada agama islam tu sendiri....yg pelik nyer ada gak org yg turunkan cermin pastu bg derma.....tu yg dia org ni makin hari makin bertambah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 08:44 AM | Show all posts
Tinjauan Harian Metro mendapati, wanita berkenaan yang berbaju kurung dan bertudung tiba-tiba menghampiri kenderaan yang berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah.



reporter bongok mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 08:50 AM | Show all posts
kucen_miang posted on 18-8-2014 08:44 AM
Tinjauan Harian Metro mendapati, wanita berkenaan yang berbaju kurung dan bertudung tiba-tiba mengha ...

celah mana baju kurung kan ?
main sedap petik je , haihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2014 08:53 AM | Show all posts
Kat Malaysia tu je orang fikir kalau tudung macam tu orang Islam. Bangsa lain yang tak berugama Islam pun ada yang bertudung macam tu. Mereka bertudung kerana tradisi macam perempuan Sikh, setengah bangsa India bukan keturunan Sikh pun ada yang bertudung. Orang afrika bukan Islam pun ada yang tudung macam tu. Orang indonesia bukan Islam pun ada tudung. Orang timur eropah pun ada yang tudung macam tu.


Nampak cara pakaian tu macam bangsa Sikh ataupun India or Pakistan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:05 AM | Show all posts
cehhh... aku rasa aku dah jumpa orang ni sejak dari 2010... selalu jumpa kat area sunway ni dgn traffic light lepas tol batu 3 flyover nak ke stadium shah alam tu..dan memang bukan orang sini.. dia buat keje ni bermusim.. byk kali dah aku jumpa.. dengan berpeluh minyak dok meminta2... bukan orang miskin ni.. silap2 berkepuk duit dalam beg dia.. peragut takde plak nak jadikan mangsa...

kalau kat shah alam dulu yg dok meminta2 ni lelaki.. dia pakai baju carik2 koyak2.. tunjuk parut kat belakang badan dia.. aku rasa dia pernah kena hukum sebat sebab banyak parut kat belakang badan dia.. yg tu agak kasar, buat muka sedih, terhencot2 bila lampu merah.. elok lampu hijau terus elok je jalan ke tepi elak keter.. ada sekali tu masa keter jalan lampu hijau dia dok kira duit.. banyak plak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 09:05 AM | Show all posts
pernah jumpa makcik ni kat puchong dan dkt equine. Dok ketuk cermin kereta masa traffic light merah. Bhaya tul
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:08 AM | Show all posts
Kat jalan semarak bawah flyover tu macam bangsa Pakistan ataupun afghan. Tu mungkin suami dia!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:10 AM | Show all posts
Pempuan ni dekat traffic light sri gombak green wood tu tiap petang ada gak.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:10 AM | Show all posts
Ostaz ostaz tak ada ke yang nak ambil sebagai istery? Bole bagi payong mas kat isteri di rumah tu!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:27 AM | Show all posts
dh mcm kat indon lak kan....
kang ade yg kena langgar ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:29 AM | Show all posts
nak wat cam kat india ke nie....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam Mana nak paste gambar melalui phone. Kalau di damansara ini memang ada sindiket. Bahkan bergilir gilir laki dan perempuan. Nak add gambar mereka ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:40 AM | Show all posts
jauh betul minah ni berjalan.....
hari tu aku jumpa dia kat shah alam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 10:02 AM | Show all posts
polis xbole ambil tindakan ke kalo dorg ni bkn warganegara...?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 10:17 AM | Show all posts
blackred99 posted on 18-8-2014 08:40 AM
bersepah la dorang ni, asal merah je terus gerak dari kereta ke kereta..

dah macam yindon punyer negara dah..

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Byknya tempat dia mintak mkn...tak kenyang kenyang ke?..tangkap je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 10:32 AM | Show all posts
dah lama dah benda nih...bertahun... tapi tak de gak kena tangkap

wartawan nih baru tau ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.066884 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list