|
London: Penyanyi terkenal Rihanna yang baru-baru ini diketahui amat meminati bola sepak dilapor melancarkan usaha untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Liverpool.
Pada musim Piala Dunia di Brazil lalu, ratu pop itu lantang menyuarakan komen mengenai setiap perlawanan menerusi
Twitter
.
Dan ekoran laporan dia berminat untuk melabur dalam sebuah kelab bola sepak Inggeris, akhbar Sepanyol, El Mundo Deportivo melaporkan, Liverpool menjadi pilihannya.
Menurut akhbar itu, Rihanna dinasihat oleh rakan rapatnya yang juga penyerang Chelsea, Didier Drogba supaya membuat tawaran untuk menguasai kelab Anfield itu.
Liverpool ketika ini dimiliki oleh John W. Henry’s Fenway Sports Group dan mereka tidak mungkin menjualnya.
Rihanna juga dikatakan berminat memulakan akademi bola sepaknya sendiri di Barbados. - Agensi
|
|