View: 18917|Reply: 253
|
[Tempatan]
Boikot: Pendapatan merosot 80 peratus
[Copy link]
|
|
KEMAMAN - Pendapatan restoran McDonald’s di Kerteh dan Dungun terjejas teruk selepas kempen boikot dibuat di perkarangan McDonald’s Dungun, kelmarin.
Pemilik francaisnya, Syed Hussain Tuan Embong berkata, pendapatan yang diraih kedua-dua restoran itu merosot kira-kira 80 peratus sejak dua hari lalu.
Lebih teruk katanya, tindakan agresif segelintir peserta demonstrasi di hadapan restoran di Dungun yang turut bertindak membaling batu ke arah premis itu mengakibatkan pekerja ketakutan dan ada yang mahu berhenti kerja.
“Saya tak boleh halang orang berkumpul kerana itu hak individu tapi saya kesal apabila ada yang melontar batu ke arah premis saya. Untuk elak berlaku kejadian tidak diingini, saya terpaksa kunci premis waktu itu.
“Sikap agresif peserta demonstrasi itu beri kesan kepada mental pekerja saya, ada antara mereka cakap nak berhenti kerja tapi alhamdulillah dengan nasihat yang diberi kakitangan bahagian sumber manusia, semangat pekerja yang ketakutan dipulihkan semula,” katanya.
Bagaimanapun menurutnya, insiden baling batu itu tidak menyebabkan kerosakan pada premisnya sebaliknya hanya bahagian belakang restoran menjadi kotor.
Jumlah pekerja di kedua-dua restoran miliknya itu adalah seramai 80 orang, dengan kesemuanya beragama Islam dan berbangsa Melayu.
“Saya harap kalau demonstrasi diadakan lagi selepas ini, janganlah ada antara peserta bertindak di luar kawalan kerana ia boleh timbulkan rasa takut kepada pekerja dan pelanggan.
“Sebagai orang Islam saya sendiri pun tidak suka apa yang dilakukan tentera Yahudi ke atas rakyat Palestin. Namun saya harap tindakan boikot biarlah rasional dan tidak menghukum tanpa usul periksa. Sebelum ini McDonald’s Kerteh dan Dungun juga banyak bantu anak
yatim dan anak istimewa. Jadi diharap selepas ini peserta demonstrasi lebih rasional,” katanya.
Ditanya mengenai desas-desus kononnya demonstrasi akan turut diadakan di McDonald’s Kerteh pada petang esok susulan kempen boikot McDonald’s di seluruh negara, Syed Hussain berkata, beliau masih belum terima maklumat isu itu.
“Kalau perkara ini betul saya akan pastikan keselamatan pekerja terjamin. Saya juga mungkin akan upah pengawal keselamatan untuk awasi premis selain membuat laporan polis untuk mengelakkan insiden baling terjadi di Kerteh,” katanya.
Dalam demonstrasi kelmarin, seramai 200 anak muda dari seluruh Dungun berhimpun sambil pegang sepanduk.
|
|
|
|
|
|
|
|
so sohih la ada ummah ganas baling batu
Lebih teruk katanya, tindakan agresif segelintir peserta demonstrasi di hadapan restoran di Dungun yang turut bertindak membaling batu ke arah premis itu mengakibatkan pekerja ketakutan dan ada yang mahu berhenti kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 7-8-2014 11:05 AM
so sohih la ada ummah ganas baling batu
Lebih teruk katanya, tindakan agresif segelintir peserta ...
dalam kes dungun...penduduk kampung di situ bgtau...masa demostarasi tu ramai orang2 luar dungun dtg...tp ade juga dari penduduk situ...insiden baling batu tu...suma ada...tu yang Aqsa Syariff marah tu..barbarik sungguh...mcm israhell juga perangainya
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan i staf kat MCD sbelah giant K.Trg tu bagitau memang terasa kesan boikot. sebelum2 ni dah pernah ada boikot tapi tak seteruk macam kempen boikot tahun ni. |
|
|
|
|
|
|
|
moga dengan boikot kita ni Israel terjejas sedikit |
|
|
|
|
|
|
|
Mcd di malaysia ni baik pegi berunding dengan ramly burger..
Daripada senstiasa di boikot berkali-kali buka je ramly burger |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknye.. bukan israel shj yg terjejas |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat camno kebencian meluap2 atas keganasan zionis berbalas gan keganasan jugak la..
nak poei Isroel baling batu dok leh, mangsa terdekat ialah agen zionis terdekat yaitu tak lain tak bukan MEKDI loh..bak kata peminat2 bak mekdi..terpulang la nk makan ke idak natang ning..samalah gan pembenci zionis, terpulang lah derang nk buek apo pung..tp sebolihnya, tolong2 la jgn kita terover lak, sb ni sume kan jadi modal atau peluru utk pencacai zionis tembak kita balik...aaaa tu kena ingat tu. Jumaat ning habis-habisan boikot mekdi..orait? cantek! |
|
|
|
|
|
|
|
kesian staff yg cari makan kat situ.. mesti dihina.. kesian2.. nk cari keje lain makan masa.. itu pon kalo ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak demo boikot tak agak2, staf/majikan jugak yg kena. caprut sungguh baling batu. baik melayu pergi kumpul duit beli tanah hartanah rumah kedai |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti McD menyumbang pada zionis pemboikot pengganas PPRT boleh bagi dak? Ke sbb dia tu cakap, dia ni cakap, lepas tu seribu org bodoh kat FB cakap maka benda tu jd betul? |
|
|
|
|
|
|
|
minum milo leh x?lol |
|
|
|
|
|
|
|
aku macam nak terajang aje pekerja2 mekdi ni
tak reti berenti keja lagi ke ?
kekeke
dlm keadaan emo heheeh |
|
|
|
|
|
|
|
Elok pikir utk tukar ke business lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
boikot dah la...ni sampai baling batu..paleolitik btul pemikiran |
|
|
|
|
|
|
|
Tesco tak mau pi baling batu gak ke? Pi la pakat ramai2 serang tesco... pastu rembat barang2 dia hantar ke gaza buat bantu mangsa zionis kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
mintaklah semua owner mcD di negara kita ni tutup seminggu tanda sokongan boikot... boleh gak staff diorang beraya .. |
|
|
|
|
|
|
|
Simpati dgn staff McD |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan baling batu ke Merkava la tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
business mekt yg sebenar adalah property business. yg kedua, sales and marketing consultation depa.
concept franchise nih, franchisee bayar fee pada master franchiser, master franchiser bayar pada HQ. so kalau mekT nih byk yg tutup maka jumlah fee master franchiser kurang utk bayar HQ. kalau 2 bulan je boikot...still franchisee mekT kena cari duit utk bayar jumlah fee tahunan/ bulanan yg ditetapkan + komisyen fee bulanan ( ikut percentage jualan) kepada master franchiser. master franchiser juga ada fee tetap tahunan yg depa kena bayar kat HQ. cukup tak cukup target bukan masalah HQ, master franchiser kena pikir cara nak bayar. apa yg HQ nak buat dgn duit tuh bukan hal si master franhiser atau si franchisee.
kalau franchisee nak tukar business, maka master franchiser akan tarik balik semua peralatan dlm tuh dari dapur sampai lah kerusi meja dan supplier. kalau kedai tuh milik master franchiser, mmg kena keluar terus gitu je. sama ada master fanchiser maintain business kat situ atau dia cari franchisee lain dan percayalah akan ada individu lain yg akan pump in modal untuk mulakan business ini.
so yg ex franchisee nih kena mula dari kosong balik kalau dia nak mula business. dan tak silap ada agreement yg mengatakan mereka ni tak boleh masuk bidang yg sama untuk tempoh tertentu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|