CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1445|Reply: 3

[Tempatan] Misteri Tempurung Kelapa Iskandar

[Copy link]
Post time 5-8-2014 08:40 AM | Show all posts |Read mode


Tempurung kelapa yang tertera nama Iskandar.[url=][/url][url=][/url]

        SHAH ALAM - Dua bahagian  tempurung kelapa dipercayai digunakan untuk tujuan ilmu hitam  yang tertera  nama Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad ditemui di kawasan Kampung Pandan dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun berkenaan, semalam.

        Tempurung kelapa yang dibelah dua itu dipenuhi nama Iskandar yang ditulis oleh individu tertentu  menggunakan pen marker.

        Iskandar yang juga Adun Cempaka, Iskandar ketika dihubungi memaklumkan bahawa dua bahagian tempurung kelapa itu ditemui oleh ahli Pas dan juga petugas  pusat khidmat masyarakatnya pagi semalam.

        Menurutnya dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan.

“Saya  yakin ada orang cuba menakut-nakutkan dengan cara ini,”katanya.

        Menurutnya lagi, sepanjang kariernya menjadi ahli politik dan pemimpin masyarakat ini kali pertama dia menerima ugutan seperti itu.

“Mungkin ada yang tidak berpuas hati dan mahu menguji saya dengan cara tidak elok seperti ini.

“Setakat ini tiada apa-apa gangguan halus diterima oleh saya mahupun ahli keluarga yang lain, saya hanya berserah dan berlindung hanya  kepada ALLAH,”katanya.

        Menurutnya, bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, Pas kawasan Pandan akan  mengadakan solat hajat pada malam Jumaat minggu ini.

“Pegawai saya akan buat laporan polis tentang perkara ini untuk tujuan keselamatan kerana tindakan ini seperti cuba mengugut saya,”katanya.

        Katanya, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak terbabit dalam perkara berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Read here: http://www.sinarharian.com.my/semasa/cubaan-sihir-exco-selangor-1.304792

[url=]
[/url]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 03:53 PM | Show all posts
Iskandar Abdul Samad ..keno berani le..kalu nak jadi ketua...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 07:59 AM | Show all posts
scary owh!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 08:08 AM | Show all posts
black magic ker..???
org melayu ni.. x abis2 guna ilmu hitam..
ilmu yg berfaedah/memberi kebaikan x nak dituntut/diamalkan
keje nyer asyik dengki kat org jerk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046375 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list