CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1565|Reply: 2

[Tempatan] MAZA: Bukan Gender Tapi Kelayakan

[Copy link]
Post time 4-8-2014 08:19 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Pelantikan wanita sebagai menteri besar di sesebuah negeri tidak menjadi masalah, bagaimanapun kredibiliti dan kebolehan individu tersebut menggalas tugas perlu dipertimbangkan.

        Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin berkata, melalui konteks Islam bidang kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah terdahulu yang menguruskan secara langsung ketenteraan, peperangan dan sebagainya.

“Pandangan ini tidak bererti saya bersetuju jika Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor, tetapi apabila kita katakan wanita tidak boleh menjadi menteri besar, kita kena beri alasan kenapa agama tidak membenarkan.

“Secara umumnya ada perbahasan serius di dalam kitab fiqah berhubung perkara ini dan majoriti para sarjana Islam tidak bersetuju wanita jadi khalifah dan mereka syaratkan lelaki. Tetapi kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

        Beliau berkata, wanita dilantik sebagai pemimpin kini sudah menjadi perkara biasa asalkan mempunyai keupayaan mentadbir kumpulan, organisasi mahupun negeri.

        Jelasnya, kebiasaan lelaki sebagai ketua atau pemimpin adalah tabiat manusia yang mahukan ia berlaku.

“Seperti contoh, calon presiden Amerika Syarikat melantik lelaki walaupun mereka membincangkan hak wanita tetapi mereka tidak pernah melantik wanita pun jadi presiden, menunjukkan memang untuk jadi pemimpin mesti lelaki.

“Tabiat wanita sendiri pun meletakkan lelaki sebagai pemimpin mereka dalam rumah tangga dan sebagainya.

        "Tetapi apabila bercakap mengenai pengurusan, wanita juga mampu urus banyak perkara dan terbukti ada wanita yang telah menjadi guru besar, ketua pejabat, menteri dan isu ini sepatutnya tidak timbul,” katanya.

        Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu wanita tidak sesuai menjadi menteri besar di negeri ini kerana tidak boleh mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menunaikan solat Jumaat adalah sesuatu yang  tidak wajar  disensasikan.

“Ikut Sultan solat Jumaat bukan tugas hakiki menteri besar. Yang menjadi persoalan adalah, adakah Wan Azizah layak? Ia tiada kaitan dengan gender tetapi kemampuan beliau menjaga negeri,” katanya.

Read here: http://www.sinarharian.com.my/politik/bukan-gender-tapi-kelayakan-1.304531
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 08:23 AM | Show all posts
yelah saya sokong...lantik lah teresa cock...dia punya majority busat oo...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:52 AM | Show all posts
terbaik dr maza. bg org yg suka berpk akan berpendapat btl jgk dr maza ni ckp.

aku suka style dr maza yg amik pendekatan yg mudah difahami dan x menyusahkan. menepati konsep islam itu mudah.

sama la kes mcm non muslim masuk muslim nak kekalkan nama bapak. idea asal dr maza ni jgk.

mufti2? ntah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039374 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list