JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki yang dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam parit di KM24.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Ruslan Khalid berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat daripada Plus tengah hari tadi.
Identiti mangsa belum diketahui dan pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat daripada Hospital Sultanah Aminah. - Bernama