CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4294|Reply: 30

[Tempatan] Edisi Raya:Tradisi Pelita Tak Luput Dek Zaman

[Copy link]
Post time 27-7-2014 11:32 PM | Show all posts |Read mode
MARANG - Tradisi orang Melayu memasang lampu pelita semasa bulan Ramadan terutama menjelang malam tujuh likur atau 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kini semakin berkurangan dan jarang dapat dilihat di Malaysia.
   
Bagaimanapun di Terengganu tradisi itu tidak mungkin dilupakan setelah kerajaan negeri menjadikannya sebagai pertandingan serta acara tahunan.
   
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, pertandingan yang dianjurkan itu mampu menjadi produk pelancongan selain diketengahkan sebagai ikon warisan negeri terutama semasa sambutan Aidilfitri.
   
Katanya, bagi memastikan tradisi itu tidak lapuk ditelan zaman, pihaknya berhasrat menggilirkan penganjuran Pertandingan Pelita Raya yang diadakan hampir saban tahun sejak 2009 ke setiap daerah jika sambutan diterima pada tahun ini memberangsangkan.
   
"Sebelum ini kita adakan pertandingan ini di Kuala Nerus dan pada tahun ini di daerah Marang iaitu Kampung Alur Limbat dipilih menjadi tuan rumah dan Insya-Allah tahun depan kita akan buat di daerah lain pula.
   
"Pada masa yang sama kita berharap agar pertandingan ini dapat diadakan dalam skala yang lebih besar, sekali gus berupaya menjana ekonomi kepada penduduk setempat," katanya kepada Bernama di sini.
   
Dalam pertandingan tahun ini, 140 rumah peserta men-gesahkan penyertaan mereka dalam pertandingan bertemakan 'Warisan Cahaya Budaya Bangsa' yang berlangsung selama enam hari bermula 15 Julai lalu yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM12,000.
   
Untuk penganjuran tahun ini, beliau berkata RM70,000 diperuntukkan bagi menjayakan pertandingan tersebut di Kampung Alor Limbat kerana istimewanya kampung tradisi itu terletak pada rumah-rumah tradisional yang masih kekal keasliannya selain pernah dinobatkan sebagai 'Desa Lestari Abad Ke-21' oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah pada tahun 2012.
   
Dalam pada itu, tinjauan Bernama di kampung tersebut mendapati pelbagai replika pelita minyak tanah hasil kreativiti penduduk kampung dipamerkan antaranya penciptaan replika berbentuk perahu, ketupat, masjid dan pokok kelapa.
   
Sementara itu, seorang peserta Mamat Tayib, 60, berkata beliau mengambil masa kira-kira seminggu bersama isteri serta dua anaknya untuk menyiapkan pelita\ minyak tanah replika perahu serta pintu gerbang gergasi di hadapan rumahnya.
   
Katanya, apa yang menarik dalam pertandingan ini ialah kesemua pelita yang dipasang di perkampungan ini tidak seperti pelita-pelita yang terdapat di pasaran, tetapi dihasilkan daripada bahan terpakai dan buangan serta bahan semula jadi.
   
"Memandangkan ini merupakan tahun pertama kampung kami dipilih menjadi tuan rumah pertandingan ini, boleh dikatakan semua penduduk kampung bersemangat untuk menyiapkan replika pelita minyak tanah mengikut kreativiti, Malah ada di antara kawan-kawan pak cik sanggup bersengkang mata untuk menyiapkan replika di rumah mereka.
   
"Replika pak cik senang saja buatnya. Pak Cik guna buluh, tin minuman serta rotan untuk menghasilkan replika ini dan bagi mencantikkan lagi hasil kerja, kami beli dan tambahkan pelita yang terdapat di pasaran," katanya. - Bernama

Read here: http://www.sinarharian.com.my/ed ... elan-zaman-1.303326




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2014 04:05 AM | Show all posts
macam krismas dah jadinya...

err ke krismas tiru hari raya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
TRADISI MENYALAKAN PELITA...

mulai malam 7 likur hingga malam hari raya ...



http://www.riaumelayu.com/2011/08/tradisi-lampu-colok.html

http://metroterkini.com/berita-8 ... l-di-bengkalis.html
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 09:21 AM | Show all posts
Xda pn kt kg aku...gelap aje...yg ada eksiden stiap kali raya je..tgk drama sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 09:25 AM | Show all posts
Kt kmpg ada la beberapa rumah yg psang pelita, cantik je tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2014 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dlu kecik2 pelita DIY je gune buloh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasan pelita 10 mlm terakhir ni bukan ajaran agama. Ini budaya melayu. Mungkin juga budaya ini timbul pada zaman dahulu kala semasa tiada lampu jalan dan ramai org pergi solat terawih di masjid pada malam terakhir, maka dipasanglah pelita di tepi jalan dan rumah utk memudahkan org ramai. Akhirnya benda ini jadi amalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2014 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Pagi2 korek idung
Penuh jelaga
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 10:55 AM | Show all posts
                                             
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:02 AM | Show all posts
pesta cahaya ...Deepavali.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan.aku dah konfius nih adalah pesta deepavali,christmast ataupon perayaan majusi?

Meleis suka asilimilasi purayaan ugama lain pastu gigih mengherdik hina ugama tersebut tidak mengikut syariaat..senyum sinis jah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:13 AM | Show all posts
ultra78 posted on 29-7-2014 09:50 AM
Pasan pelita 10 mlm terakhir ni bukan ajaran agama. Ini budaya melayu. Mungkin juga budaya ini timbu ...

budaya hindu laaa... perayaan cahaya or divali or deepavali tuh.. bila melayu dari agama hindu kendian masuk islam , depa kekalkan sikit adat deepavali tuh..so tang mana nak bubuh? ahaaa..lagi 10 hari nak raya mai kita buh pelita..so jadi ler malam tujuh likurrrrrrr

baik ke tidak? haram ke halal? dosa ke pahala? hangpa ada akai..malah ada majelis patwa..pikioooooo sendiri

budaya cina macam kasik angpau tu pun meresap masuk budaya hari raya..kasik budak2 duit..alaaaaaaa sedekah gitew bang aji oiii...lantak ko laa

oang cina depa yang dah kawin aje kasik kat yang belum kawin angpau..adaaa maknaaa tu..tapi melayu tiru ntah apa2..main kasik duit aje malah jadi sindiket budak2 tu seme..last2 bila dah beso jadi penunggu brim brom bram ahahahahaha

macam lah budaya bersanding tuh..itu budaya hindu masih di kekalkan

tepung tawar aaaa pakai sireh junjung dan banyak lagi

serupa macam roman people..masa emperor ajak masuk kristian, depa tak mauuu pasei nanti tokleh celebrate the NEW SUN , end of the year depa sambut tiap 25 disember, gregorian calender, hari sambut anak matahari depa buat fiesta seharian semalaman mabuk dan segalanya, kalo masuk kristian seme tu kene tinggai so depa takmo , so emperor dengan bijaksana nya declare hari itu ialah hari son of the god di lahirkan

depa dulu sembah matahari so matahari tu tuhan depa dan bila ada new sun jadi ler the birth of the son of the god so jadi ler hari natal or hari krismas, hari depa dakwa kelahiran anak tuhan so masih tetap hari cuti gak..so people of rome baru setuju nak tuko jadi kristian..tu yang jadi roman katolik

tu pasei kad raya seme dulu2 tu penuh gambo PELITA.. ni sebenonya saduran dari DIVALI FESTIVAL of hinduism belief

oang melayu dulu asalnya agama tauhid kendian sesat jadi pagan kendian jadi hindu kendian jadi orang islam..sama je macam kisah di mekah tu dulu

asalnya agama tauhid, kendian depa sesat kan diri dok sembah berhala kendian mai nabiiiiii ..haa

manusia ni setiap depa asalnya agama tauhid, betui la nabi kata anak2 di lahirkan fitrah bersih, tiada dosa dan ibu bapa yang jadikan depa kristian kaaa yahudi kaa or majusi kaa

tu pasal tugas utama bukan buat hudud tugas utama yang fardhu ain pada tiap yang mengaku ORANG ISLAM ialah ajak manusia yang sesat dari mengesakan Allah swt tu seme kembaliiiiiiiiiiiiiii ke jalan lurus..seru dengan hikmah, berbincang pasal ketuhanan dan contohkan diri tu macam contoh akhlak nabi haa..ni yang wajib walo ke atas diri propesorrrrrr makdya maza tuh

lagi utama ajak acong tu masuk islam dari ajak dia bedemo untuk nak hudud di malaya !!! terlalu banyak mende nak di pebeki tapi terlalu sedikit masa yang ada, itu ler cabaran paling besar , untuk yang mengetahui
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:23 AM | Show all posts
Pada ambo, cantik jah. Apa salah tradisi jaman dedulu dijaga. Abih sume nak persoal ikut agama budaya itu ini,

Apa saja yang tinggal dalam sambutan perayaan? Isok ketupat pun dipersoal tiru bentuk illuminati bagai.

Udah udah lah dampening the fun in festivities and life. Muzik dop boleh, mak yong dop boleh, ukiran gambo nate

dop buleh, tarian dop buleh....nok sokmo ikut arab, deme pung ada tarian riuh rendah happening gitu. Nape kita

sume kene jadik robot belaka? Kekdahnya, yang fun segala neh haram. Kena sokmo duduk tikar sembayang dan

hafal berapa jenis siksaan neraka dan meratap sesalan dosa dan hina diri adja kah?

Selayaknya lah ummah kita rata rata tidak happy dan pemarah cepat membenci.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelita skang mengalami revolusi..hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2014 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Aah selagi tak ridiculous ok jah untuk happy2.Yang ridiculous tu jah xpayah nak ngikut sangat.
Kalau ketat sangat aku bajet tahun depan kacau dodol pun xboleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2014 11:27 AM | Show all posts
ultra78 posted on 29-7-2014 09:50 AM
Pasan pelita 10 mlm terakhir ni bukan ajaran agama. Ini budaya melayu. Mungkin juga budaya ini timbu ...

Anggap adjalah tradisi ini kerna jaman dulu dop ada lampu jalan.

Jadi kita teruskan sebagai kenangan jaman ummah kg miskin dop ader letrik.

Sekaligus berasa syukur sekarang berlampu bagai. Peringatan tuuu...

perlu ke tiap mende kaitkan dgn agama lain?

dop buleh?

Kalau sume nak kaitkan agama lain, cara solat kita tu, seakan sama beberapa agama lain, tunduk sujud, gimana tuh?

takkan jatuh syirik pulop?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:41 AM | Show all posts
nagapompuan posted on 29-7-2014 11:23 AM
Pada ambo, cantik jah. Apa salah tradisi jaman dedulu dijaga. Abih sume nak persoal ikut agama buday ...

dunia adalah penjara untuk orang orang MUKMIN
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:47 AM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 29-7-2014 11:41 AM
dunia adalah penjara untuk orang orang MUKMIN

Ye kerr? Baru ambo tahu...takat ini bahagia adja ambo dengan agama ambo neh. Hidup ambo happy, dop ghaso dipenjara pung..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:57 AM | Show all posts
nagapompuan posted on 29-7-2014 11:27 AM
Anggap adjalah tradisi ini kerna jaman dulu dop ada lampu jalan.

Jadi kita teruskan sebagai ken ...

ko tokleh ubah sejarah camna MANUSIA MENGADAKAN BUDI DAN DAYA depa menjadi budaya hidup depa

macam soang kristian tokleh kata 25 disember tu hari lahir anak emperor konstantine

hidup ni cik kak..bukan main anggap anggap or serkap serkap ok? hidup ni realiti and u kene hadap realiti as what it is..bukan anggap anggap

melayu dulu semua hindu dan sambut deepavali or divali or perayaan cahaya..mana2 seme ada pelita or cahaya pelita, atas kolam atas jamban pun ada kut

kendian melayu masuk islam bila RAJA masuk islam jadi sultan ..tapi depa sayang nak buang tradisi perayaan cahaya nih but what to do?

depa di islamkan oleh puak2 SUFI..seme kenai puak2 ni sangat2 berlemah lembut dan faham PSIKOLOJI , JIWA MANUSIA, pasei tu depa senang di terima

adakah kebetulan depa buat pelita pasei dulu tak dok letrik..ohhhhhhhh pelissssss lah cik kak? plis do not insult people intelijen hokey

saya tak kata ianya HINA, saya tak kata ianya HARAM, saya tak kata ianya sesuatu yang TIDAK BOLEH..saya cuma kasik tau asal usul malam tujuh likur yang dok pasang pelita tuh..

serupa bersanding, tabur beras, tepung mawar, sireh junjung, dengan bahasa dengan makanan, dengan macam2 adat lagi, pengaruh hinduism memang kuat dalam masarakat melayu.. itu kisah sebenonya

evolusi budi dan daya manusia dari satu masa ke satu masa yang lain..takdok satu mende apaaaa pun dalam hidup ini yang TETAP..takdokkkkk!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.308918 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list