CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24923|Reply: 102

Belalang kunyit bawak pelesit? PART 2

[Copy link]
Post time 21-7-2014 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Kisah ni terjadi pada tahun 2009 ketika aku masih menuntut di sebuah Institut Latihan Perindustrian. Time ni aku baru memasuki kolej tu. Semester pertama katakan. Mana nak tahu tentang selok belok "enviroment" kawasan tu lagi. Masa batch aku tu sesi kemasukan 2/2009 cuma sedikit je student yang terpilih. OK, aku gambarkan dulu "suasana" hostel aku tu macam mana. Hostel tu besar sangat, mempunyai 4 aras (rujuk gambar) TAPI cuma 2 aras je yang penuh iaitu aras 2 dan 3. Sebelum tu aras 3 dan 4 yang penuh. Oleh kerana tak sampai sebulan study banyak terjadi rasukan di aras 4, so warden terpaksa pindahkan semua student aras 4 ke aras 2. Sebelum ni, cuma ground floor, aras 1, dan 2 je yang dibuka untuk student. Entah kenapa semasa batch aku tu diorang buka aras 3 dan 4 untuk student. Oh ya lupa nak mention semasa semester pertama aku duduk hostel tu, 1 bilik untuk 2 orang. Sem tu aku stay at bilik aras 3 (bilik hujung sekali). That's mean, atas bilik aku tu aras 4 yang kosong tu. Oleh kerana "jiran" bilik aku tu membe dia dah berhenti, so sementara waktu sem tu dia tumpang bilik aku. Jadinya kitaorang stay 1 bilik 3 orang.

Jujur aku katakan, sepanjang aku study kat situ banyak kejadian mistik yang berlaku. Antara pengalaman yang takkan aku lupakan sampai hari ni tentang belalang kunyit yang masuk ke dalam bilik aku. Dipendekkan cerita, 1 hari tu aku gayut dengan bf aku (sekarang ni, tunang aku laaa) kat depan koridor luar. Borak punya borak tanpa sedar dah lewat malam. Masuk je bilik baru perasan tepat pukul 12.00 tengah malam. 2 orang roomate aku lagi tu sorang tengah seterika baju dan sorang lagi tengah layan mesej (kalau aku tak silap). Masuk je bilik roomate aku yang tengah seterika baju (aku namakan ain) tu bagi signal ada belalang kunyit hinggap dekat soket elektrik. Yang sorang lagi roomate (aku namakan Farah) aku tu pulak selamba je cakap, " eh naurah ko tahu tak belalang tu orang kata bawak pelesit?" .... perghhhh geram siot dengan mulut celupar si Farah tu. Dah la hostel ni gangguannya agak sakan, boleh pulak dia ikut sedap mulut je cakap.

Yang si Ain tu dah cuak la bila dengar si Farah tu cakap macam tu. Cepat-cepat Ain nak buang ke luar belalang tu. Macam tau-tau je belum sempat Ain amek belalang tu, dah terbang ke tempat yang lebih tinggi. Oleh kerana hari dah agak lewat dan esok ada kelas so, kami decided nak ignore je belalang tu. Sebelum tido, aku baca syahadat 3 kali, selawat nabi 3 kali, ayat kursi, 3 qul dan bismillah 21kali baru la aku lelapkan mata.

............................

Dalam pukul 3.00 pagi (anggaran sahaja) tapi yang pasti aku rasa macam aku dah lena agak lama. Aku terjaga daripada tido apabila aku dengar bunyi yang suara yang nyaring dan kibasan sayap yang kuat. Bila aku pandang ke sebelah Ain, ternyata dia belum lena lagi manakala Farah pulak dah hanyut ke mana daaaaa. Secara spontan, aku tanya Ain, "Eh burung apa tu" .... Ain membalas, "bukan burung, awak sambung la tido".. Bila dah dengar bunyi macam tu, sorry la nak tido. Bertambah segar ada la. Rupanya Ain lansung tak bole lelapkan mata malam tu. Aku tak pasti la dah berapa lama dah dia dengar bunyi tu.

Bunyi suara tu seakan-akan bunyi burung + bunyi meraung. Maaflah aku tak dapat nak terangkan bunyi tu macam mana. Tapi memang seram jugak la. Bunyi kibasan sayap tu sangat kuat. (aku bayangkan macam garuda je malam tu) Berdasarkan bunyi kibasan dan suara tu, aku dapat agak yang benda tu terbang di sebelah tingkap bilik kami secara "tawaf" .. Iaitu sekejap bunyi tu kuat dan sekejap sayup. Tapi yang pasti, agak lama jugak la dia terbang di tepi tingkap bilik kami tu dalam 30 - 40 minit. Lepas benda tu berhenti bunyi, sampai ke subuh la aku dengan Ain tak lelapkan mata. Kesian Ain, esok pagi tu pergi ke kelas dia dah pening lalat sebab tak tido semalaman. Perkara ni kami rahsiakan daripada Farah.

Mujurlah malam tu "dia" cuma bunyi je. Kalau tunjuk rupanya mau pengsan aku dengan Ain. Silap haribulan terus checkout daripada hostel tu.

Tapi yang Farah tu kejap je dia tumpang bilik kami. Sebab dia tak tahan diganggu. ( yang ni dia sorang je yang lalui sepanjang stay bilik kami ) ... Nanti aku ceritakan di thread yang lain ye.

Lagi satu, korang perasan tak title aku ada PART 1 , PART 2 pun mengenai belalang pelesit jugak. Yang ni baru je berlaku semalam, 20-07-2014. Nanti aku ceritakan di benang baru. Nanti panjang-panjang aku menaip ni jenuh pulak korang baca.

Maaf ye kalau tak seram.
Last edited by Naurah_rik on 4-9-2014 09:51 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 11:51 AM | Show all posts
xyah bukak tread baru laa.. letak je sume cite kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 12:06 PM | Show all posts
sambung kat sini jer.. lagi senang nak bace....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 12:19 PM | Show all posts
khailya posted on 21-7-2014 12:06 PM
sambung kat sini jer.. lagi senang nak bace....

yaka? ingatkan buka thread baru lebih senang. Btw, takpe nanti saya update semua sini ye.

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 12:22 PM | Show all posts
Naurah_rik posted on 21-7-2014 12:19 PM
yaka? ingatkan buka thread baru lebih senang. Btw, takpe nanti saya update semua sini ye.

sambung je semua cerita awak kat satu thread. senang nak catch up nanti. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 12:23 PM | Show all posts
sini la lagi best bace..hehehe
cepat sambung.. tak sabar nak bace..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2014 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Farah tu kena kacau sorang2 sebab mulut dia ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 02:14 PM | Show all posts
So aku sambung disini ajelah ye. PART 2 : BELALANG KUNYIT BAWAK PELESIT?

Kejadian ni baru je terjadi semalam. Adik bongsu aku (lelaki, 15tahun) tetiba demam. Macam biasa, dia ni kan jenis susah nak makan ubat. Mak aku, jenuh paksa dia nak bawak pegi klinik. Macam biasa, dia ada je alasan. Nanti dia sihat la apa la. So mak ayah aku decided kalau dia tak sihat jugak esok baru nak bawak pegi klinik. Tapi perangai adik aku ni jenis kalau sakit nak duduk bawah ketiak mak aku je. Makan mak suap, semua mak sediakan, nak tido pun dengan mak! (memang typical macam tu eh )

So, malam semalam mak aku tido la dengan adik aku dekat hall. Dipendekkan cerita, dalam pukul 1.45pagi aku dengar bunyi bising suara mak aku. So apalagi, meluru keluar la semua. Mak aku cerita, dia tengah tido tapi tiba-tiba terkejut sebab nampak ada 'benda' dengan wajah dia yang ... (pastu mak aku berhenti, mungkin mak aku taknak kitaorang takut kot lagipun adik aku tengah preggy now) ... benda tu datang nak terkam mak tapi macam mana ntah tiba-tiba dia pergi kat adik aku yang bongsu tu (sedang tido sebelah mak)

Tiba-tiba je adik aku mengerang dengan kuat dan seram (seakan-akan menangis) Sebab tu lah mak aku bising, sebab kejutkan adik aku. Bila adik aku terjaga dia pun terkejut, dia kata dia tak mengerang pun sebab dia tak rasa sakit atau sejuk. Dalam riuh-riuh tu ayah terpandang belalang kunyit dekat kain selimut adik. Mak terus amek belalang tu then ludah 3 kali baru buang ke luar.

Masa tu baru mak buka cerita, masa diorang nak pegi hantar adik aku yang sorang lagi ke rumah sewa dia (adik aku ni still study kat poli) adik bongsu aku ni suka hati je buang air kecil kat sebatang pokok. Lepas dia balik tu yang terus demam. Apalagi, ayah bising la marah adik bongsu aku tu. Sakit, demam Allah yang bagi. Tapi bab mulut celupar, kencing ikut suka kadang kita yang undang "sakit" tu. Bukan semua "benda" kita boleh nampak. Actually umah sewa adik aku yang no 3 tu agak besar jugak la. Even 1 rumah stay 10 orang pun ruang still luas. Rumah tu ada 4 bilik, siap dengan furniture semua sebulan bayaran sewa RM700, api air semua owner bayarkan. Setiap 1 bilik semua ada aircond. Part yang tak best tu, adik aku kata diaorang kena ganggu bukan jenis gangguan yang soft ni semua jenis "hard". (sory eh menyimpang sikit)

Maybe tempat tu agak keras, adik bongsu aku pulak main "buang" ikut suka tu yang sangkut kot. Tapi tengah hari tadi aku balik rehat, aku tengok bukan main cergas adik bongsu aku tu dah.

Last edited by Naurah_rik on 21-7-2014 03:09 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2014 02:15 PM | Show all posts
totoro-chan posted on 21-7-2014 12:22 PM
sambung je semua cerita awak kat satu thread. senang nak catch up nanti. hehe

Ok awak kita sambung sini ye ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 02:16 PM | Show all posts
khailya posted on 21-7-2014 12:23 PM
sini la lagi best bace..hehehe
cepat sambung.. tak sabar nak bace..

ok dah sambung,

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 02:17 PM | Show all posts
mai-shi posted on 21-7-2014 01:47 PM
Farah tu kena kacau sorang2 sebab mulut dia ke?

actually yang malam kita dengar kibasan sayap tu cuma saya dengan ain je yang kena. Another night, baru farah tu kena. nanti saya ceritakan ye. Mungkin la kot sebab mulut dia, celuparnyaaaa boleh tahan,

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 02:24 PM | Show all posts
ILP mana ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 02:34 PM | Show all posts
mank posted on 21-7-2014 02:24 PM
ILP mana ni

Erkkk nak cakap ke ILP mana? Saya bagi clue ye. ILP sebelah kuil Hindu. Dulu tapak ILP ni pun tapak kuil Hindu, tapi masa pembinaan tu kuil tu "dipindahkan" ke sebelah. Nama ILP ni pun nama India.. Awk cari sendiri la ye

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 02:39 PM | Show all posts
menarik ni.  selalu dengar org cerita yang bermasalah ni belalang pelesit yang kaler hijau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 02:47 PM | Show all posts
Arumugam Pillai ke ?
memang kuil hindu punye tempat pon
so mendapat lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 02:51 PM | Show all posts
mank posted on 21-7-2014 02:47 PM
Arumugam Pillai ke ?
memang kuil hindu punye tempat pon
so mendapat lah

Ha ah. pernah study situ ka apa? huhu. mendapat sangat~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 02:54 PM | Show all posts
Naurah_rik posted on 21-7-2014 02:51 PM
Ha ah. pernah study situ ka apa? huhu. mendapat sangat~

tak pernah pon
biasa la mana2 hostel
ilp ke ikbn ke ikm ke jkk ke semua yg ostel ostel ni berantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 02:54 PM | Show all posts
CikMooMoo posted on 21-7-2014 02:39 PM
menarik ni.  selalu dengar org cerita yang bermasalah ni belalang pelesit yang kaler hijau tu.

ha ah, belalang kunyit kita sini panggil .. nak upoad pic internet tenat pulokkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 02:59 PM | Show all posts
mank posted on 21-7-2014 02:54 PM
tak pernah pon
biasa la mana2 hostel
ilp ke ikbn ke ikm ke jkk ke semua yg ostel ostel ni beran ...

itulah. tapi saya rasa hostel ILP saya study dulu "special" sikit kot. almaklumlah "tapak" dia ~

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 03:04 PM | Show all posts
time aku dulu kat ilp bukit katil lagi power
tiap kali sem baru je mesti ada kes
dah la tepi bukit.
tiap2 mlm tido bertemankan salakan anjing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076164 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list