View: 17323|Reply: 52
|
Suami Ziana Zain Menggeletar Bila Dapat Berita MH17
[Copy link]
|
|
Teks oleh Haswari Ali
Email: [email protected]
Instagram:mrstailista
Twitter:@mrstailista
KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2014: Suami kepada penyanyi popular Ziana Zain iaitu Armin Zaharin menggeletar sebaik sahaja dikhabarkan tentang kesahihan kemalangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang jatuh terhempas di timur Ukraine dekat dengan sempadan Rusia.
Situasi itu diceritakan sendiri oleh Ziana Zain ketika ditemui portal murai.com.my pagi tadi ketika majlis Syawal Berlian Safi Rania Diamond di Perkasa Ballroom, Wisma Perwira, di sini.
Menurut Ziana Zain, hati suaminya tiba-tiba sebak dan tangannya menggeletar sebaik sahaja menonton berita yang tersiar dibeberapa saluran berita antarabangsa malam semalam.
“Ketika suami saya telah menerima kiriman mesej daripada kawannya tetang berita itu dia agak terkejut, tapi sebaik sahaja melihat kesahihan berita itu di CNN dan BBC saya dapat melihat tangannya menggeletar.
“Katanya, dia baru sahaja berjumpa dengan anak-anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan dan sama sekali tak menyangka ianya benar-benar terjadi,” katanya yang kini sudahpun berhijab sejak 15 Julai lalu.
Suami Ziana Zain merupakan salah seorang ketua pramugara syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan antara yang paling senior dalam syarikat berkenaan.
Tambah Ziana Zain, dia memang tidak mengenali rakan sekerja suaminya itu, bagaimanapun pernah ternampak beberapa orang daripada mereka apabila berkesempatan.
Susulan daripada kejadian itu dan juga pesawat MH307 yang hilang beberapa bulan lalu, Ziana Zain bagaimanapun tidak pernah menghalang suaminya daripada terus berkhidmat dengan syarikat penerbangan MAS.
“Saya tak pernah rasa risau dengan keselamatan suami saya yang masih lagi berkhidmat bersama MAS, kerana bagi suami saya dia percaya ajal seseorang itu akan dijemput di mana sahaja, tak kira di mana sahaja kerana itu semua urusan Allah,” katanya tenang.
Credits: murai.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
apa2 sahaja berkenaan MH17 pasti jadi bahan berita..
#prayforMH17 |
|
|
|
|
|
|
|
#prayforMH17 |
|
|
|
|
|
|
|
Tragisnya
Kalau aku pon sure menggeletar
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah laki dia ni masih setia ngan MAS
Harap ngan ZZ pon setia |
|
|
|
|
|
|
|
MH 307???
Typo k penulis artikel ni |
|
|
|
|
|
|
|
harap kesopanan tudung dan pakaian ziana tu berterusan.... amin... |
|
|
|
|
|
|
|
alinone78 posted on 18-7-2014 05:42 PM
MH 307???
Typo k penulis artikel ni Susulan daripada kejadian itu dan juga pesawat MH307 yang hilang beberapa bulan lalu, Ziana Zain bagaimanapun tidak pernah menghalang suaminya daripada terus berkhidmat dengan syarikat penerbangan MAS.
Typo apanya? betul lah wartawan tu mention pasal dua insiden yg berbeza... Satu libatkan MH17 DAN satu lagi libatkan MH 307
|
|
|
|
|
|
|
|
ziana dulu pun keje dgn mas jugak kn. Last edited by drivethru on 18-7-2014 07:19 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
matagua posted on 18-7-2014 07:03 PM
Typo apanya? betul lah wartawan tu mention pasal dua insiden yg berbeza... Satu libatkan MH1 ...
MH370
MH307 tu flight hantu. |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru posted on 18-7-2014 07:20 PM
MH370
MH307 tu flight hantu.
hihihi gua baru perasan...
|
|
|
|
|
|
|
|
matagua posted on 18-7-2014 07:03 PM
Typo apanya? betul lah wartawan tu mention pasal dua insiden yg berbeza... Satu libatkan MH1 ...
MH370 atau MH307 |
|
|
|
|
|
|
|
alinone78 posted on 18-7-2014 07:59 PM
MH370 atau MH307
mata gua pun senget sama cam wartawan yg tulis tu
|
|
|
|
|
|
|
|
macam ni pun nak buat berita.. logik la hubbynya terkesan dengan berita tu. kolig kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo..ketua pramugara gak somi dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa komen suami misha omar pula?
Fauziah gous tak nak komenapa2 k
Anuar Zain kan bekas pramugara
Komen komen |
|
|
|
|
|
|
|
Kes kiki lala sibuk tepek komen artis
Kes mh17 pun twpek komen artis juga
Komen ustaz2 yg ditunggu2 tak kunjung tiba |
|
|
|
|
|
|
|
Betul kata suami dia, ajal tu semua urusan Allah. Harap2 kejadian macam ni tak berlaku lagi pada kapal terbang Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Majority, sape2 pun terkejut dgn tragedy yg tak disangke ni |
|
|
|
|
|
|
|
kalo rakan sekerja mestilah terkejut akan insiden ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|