CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10012|Reply: 59

Pelawak mtk 100k utk mengacara, Harith terkejut dituduh (pg.3)

[Copy link]
Post time 15-7-2014 01:08 AM | Show all posts |Read mode
Kecoh cerita di puncak bukit Angkasapuri sampai ke telinga Cik Pang berkenaan seorang pelawak popular minta bayaran RM100,000 untuk menjayakan rancangan khas sempena Aidilfitri.

Khabarnya, mengamuk juga produksi yang mahu melamar pelawak ini apabila mendengar bayaran diminta. Mana tidaknya, ia memang tidak masuk akal dan tidak pernah dibuat mana-mana artis sebelum ini.
Tak tahulah kalau kebanyakan rancangan dijayakan pelawak itu memang begitu bayaran diberi tapi pada Cik Pang, sangat mustahil.

Cik Pang banyak berkawan dengan orang besar stesen TV tidak kira swasta atau kerajaan, berbayar mahupun percuma.


Paling tinggi pun bayaran untuk muncul dalam rancangan televisyen atau terbabit dalam program besar selaku pengacara adalah RM25,000.


Kalau hendak demand sangat pun, bayaran yang boleh ‘pergi’ RM45,000 tapi kalau RM100,000, alamatnya dengan stesen televi-syen sekali lingkup lepas program dibuat disiarkan.

Kalaulah program yang mahu dibuat itu memang popular dan punya banyak penaja tidak me-ngapa, tapi setakat rancangan hari raya takkan pihak produksi termampu hendak bayar sebanyak itu.

Sebenarnya, Cik Pang faham sangat permainan pelawak popular terbabit meminta bayaran sedemikian rupa. Bukan duit yang dikejar, tetapi itu saja cara yang dia terfikir untuk menolak terbabit dalam program yang mahu diterbitkan.

Begitupun, khabar yang Cik Pang terima, alasan diberi pelawak itu, dia biasanya membuat persembahan secara eksklusif dan tertutup dan jarang tampil di khalayak umum.

Kalau mengadakan persembahan di khalayak umum atau untuk tontonan ramai, pasti harganya harus setaraf dan mengikut jumlah orang yang mahu menontonnya.

Cik Pang hanya mampu geleng kepala apabila mendengarnya. Kalau iya pun tidak mahu buat, carilah alasan lebih munasabah dan tidak menyakitkan hati.

Apa salahnya kalau cakap pada tarikh itu dia ditempah orang lain atau terbabit dengan beberapa program yang dipersetujui lebih awal.

Atau jujur saja dengan memberitahu dia memang tidak mahu mengacarakan rancangan ditonton umum, tapi ada ke program yang dibuat bukan untuk tontonan umum? Tak faham Cik Pang (sambil menggaru kepala yang tidak gatal).

Artikel ini diambil dari : harian metro Last edited by senahsanasini on 18-7-2014 06:21 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 01:13 AM | Show all posts
dia biasanya membuat persembahan secara eksklusif dan tertutup dan jarang tampil di khalayak umum


ai terbayang pelawak abang botak tu jah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 01:19 AM | Show all posts
dani-rox posted on 14-7-2014 05:13 PM
ai terbayang pelawak abang botak tu jah

Itulah, part eksklusif tu terus ter-guess beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa abg botak...(sambil mengaru kepala yg mmg gatal) :lol
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 01:44 AM | Show all posts
sapa kah sapa kah i slow motion malam ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 01:49 AM | Show all posts
duit kurajaan jah pun, pun nak burkira ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2014 01:49 AM | Show all posts
harith bukan ke dalam 15-20k 30 minit?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Abg botak perut buncit itukah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 02:00 AM | Show all posts
bukang zizang kang? ada siapa-siapa boleh menekangkang ni bukang zizang?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 02:14 AM | Show all posts
mari kita ber-spekulasi  daripada cik pang
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 02:20 AM | Show all posts
cayunk posted on 14-7-2014 05:41 PM
Sapa abg botak...(sambil mengaru kepala yg mmg gatal) :lol

Halusssss...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Abg botak kalau masuk tibi.. I tutup tibi jah... Botak n d gang lawak budus je selalu... Nknya member dia yg perasan mr bean dulu ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 02:26 AM | Show all posts
tengok show abg botak banyak time tak lawak daripada lawak
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu harith...bosannye lawak dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg x berbaloi la kalo bayar mahal2, tapi rating rendah. lebih2 lagi rancangan rtm. ni mesti untuk slot sampaikan salam aidilfitri mlm raya. kalo rancangan muzikal mesti dh buat rakaman sblm pose.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Take it or leave it....

Dia xpaksa korg amik dia... Igt skit org keje cari makan.. Klu dah thp professional tu.. Lntak dialh nk letak berapa pon...

Klu nk murah amik jelah pelawak xpopular
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
macai botak bajet lawak urban sama tarap lawak bodo rajalawak je pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 05:50 AM | Show all posts
tapi kalau dia jemput Kumar Singaporean tuh, akak sanggup tau
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ok jugakla dgn lawak Harith. Tp klu betul itu dia, mmg x ptutlah. Kau bkn top pun. Plus, ni rezeki bro. Klu x nak terima job, just tolak je. Tak pyh mintak byran x masuk akal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
HI??? Iols dr dolu mmg xleh nak hadam langsung lawak2 heols. Xde perasaan minat langsung nak tgk lawak2 heols.

Tp iols suka tgk anak heols. Omeyyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.062819 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list