CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3279|Reply: 14

[Jenayah] Leka kira duit hasil jual dadah

[Copy link]
Post time 14-7-2014 12:34 PM | Show all posts |Read mode
SABAK BERNAM - Seorang anggota polis bersama isteri serta seorang wanita yang sedang leka mengira duit hasil penjualan dadah di sekitar Sekinchan dicekup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Penerangan, Sekinchan, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kira-kira jam 12 tengah malam hingga jam 3.30 pagi itu, suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditahan bersama isterinya, 35 dan seorang wanita, 21.





Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, semasa serbuan dilakukan, lelaki terbabit berada di sebuah bilik bersama isteri dan seorang lagi rakannya di rumah berkenaan.

“Serbuan yang diketuai dua pegawai dan empat anggota itu mendapati pintu rumah berkenaan bertutup tetapi tidak berkunci sebelum polis memasuki rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis di bilik terbabit mendapati terdapat seorang lelaki berada di atas lantai manakala dua lagi wanita berada di atas katil dalam bilik tersebut dipercayai sedang mengira hasil keuntungan menjual dadah.

Beliau berkata, polis kemudiannya masuk ke bilik itu membuat pemeriksaan lanjut dan menemui barang yang disyaki dadah.

“Polis menemui enam paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 0.8647 kilogram dan satu bekas plastik besar lutsinar yang mengandungi 17 paket berisi syabu dengan berat 74.03 gram,” katanya.

Noor Mushar berkata, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM5,700 dan enam telefon bimbit ketiga-tiga suspek.

Katanya, ketiga-tiga suspek dibawa ke JSJ Narkotik IPD Sabak Bernam dan hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2014 12:42 PM | Show all posts
nah polis jual dadah kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 01:11 PM | Show all posts
polis jual dadah???
memang haramjadah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 01:18 PM | Show all posts
wahhhhhhhhhhhhhhhhhh sekinchan????
@dilaOHdila
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 01:31 PM | Show all posts
patutnya polis2 ni nak kena buat random drug test... aaaaaa baru ler dapat mengurangkan risiko.... salunya penjual dadah ni tak sah kalo tak rasa dadah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 01:33 PM | Show all posts
isteri sukarela subahat ke kena paksa ni???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2014 01:33 PM | Show all posts
huh, polis pun jual dadah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 01:35 PM | Show all posts
polis buat serbuan dadah.. dapat tangkapan 20kg, declare 15kg..

baki 5kg diorang jual balik...

mmg biasa itu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2014 02:24 PM | Show all posts
waaaaaaaaaa..polis nak cari duit raya ni..dadah ko..jual hasil rampasan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 10:21 PM | Show all posts
polis pun xleh harap...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis duit raya mereka
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 11:14 PM | Show all posts
Harapkan polis, polis jual dadah.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 07:04 PM | Show all posts
apa citer ni bosss??tu yang tertangkap..yg tak tertangkap banyak lagi kot..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 08:00 AM | Show all posts
nilah pengkhianat negara....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la polis kan.. Bukan takat jual dadah, jd mcm gangster taukeh2 kn byr duit perlindungan, jual anak dara ke bapak ayam pun ada.. Rasuah lg jgn ckp la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.329874 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list