|
Kuantan: “Anggota badan menjadi kemerahan dan gatal sebelum luka melepuh seperti terkena percikan api itu pecah dan amat menyakitkkan,” kata pelajar Kolej Profesional Mara (KPM), di sini, mahu dikenali sebagai Zul, 19, selepas terkena toksin serangga dikenali sebagai ‘Charlie’.
Charlie atau nama umumnya kumbang Rove mempunyai toksin yang boleh menyebabkan penyakit kulit atau radang selaput mata ‘dermatitis linearis’, malah boleh mengancam nyawa jika mengalami alahan teruk.
Serangga yang turut dikenali sebagai ‘semut kayap’ itu dilaporkan banyak merayap di asrama pelajar kolej terbabit semenyebabkan ramai pelajar mengalami simptom berkenaan.
Zul berkata, dia terkena toksin serangga itu seminggu lalu ketika tidur dan akibatnya beberapa anggota badanmya luka melepuh selain bengkak mata kiri.
“Sepanjang tiga semester belajar di sini, ramai rakan terkena racun serangga berkenaan, namun ini kali pertama saya mengalaminya. Nasib baik luka itu sembuh selepas seminggu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14
Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014071408145620140714081456/Article/index_html
|
|