CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

SYAITAN TU MUSUH, SO?????????

[Copy link]
Post time 26-7-2014 11:16 AM | Show all posts
hantukiller posted on 22-7-2014 11:15 AM
Terbuka hijab nur atau terbuka hijab NARR????

Terbuka hijab nur atau terbuka hijab NARR????


laaaaaa hang ni
NARR tu ada hijab ke

cuba hang bohong atau perungus atau marah
    senang je dgn NARR ni kan tukiran
    tarak hijab2 maaaaaaa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 11:22 AM | Show all posts
hantukiller posted on 22-7-2014 11:24 AM
Ada syaitan selain syaitan jin dan syaitan manusia meh?????????

Ada syaitan selain syaitan jin dan syaitan manusia meh?????????

bukti????? bertahun aku tunggu bukti ko tu


ni tak ngaji AL QURAN ni

lagipun yg buat hang jadi riak sombong takabur tu
   hang perasan ke dr syaitan yg mana?
   syaitan ke (yg dok bisik2 selalu tuuuuuuuuu)
   syaitan jin ke (mana boleh kan hang perawat tersohor)
   atau hang sendiri le syaitan manusia nyeeeee



Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 05:51 PM | Show all posts
salam


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم


wassalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 10:13 AM | Show all posts
AwgSagi posted on 25-7-2014 02:59 PM
Trimas replynya.

Diri peribadi para sahabat Rasul SAW saya tak sentuh selain apa yg direkodkan ol ...

Ilmu Allah ni terlalu lalu luasnya, dan yg hanya diberitau pada manusia hanya ibarat setitis air di lautan.


Dari zaman dahulu lagi ada ilmu Allah yg dikurniakan pada manusia untuk melawan syaitan, untuk berkawan syaitan, untuk menundukkan syaitan, untuk mengkhadamkan syaitan, atau sebaliknya untuk dijadikan kaldai syaitan atau tunggangan syaitan.

Ada ilmu mengalahkan syaitan yg telah dikurniakan pada orang terdahulu(sebelum turunnya AlQuran) terutama pada pawang atau bomoh dahulukala dalam menangani sihir dsb. dan juga pada manusia selain islam juga ada yg mampu menundukkan syaitan, menewaskan syaitan malah ada yg mampu membunuh syaitan dengan kaedah mereka sendiri. Kesemuanya ilmu Allah jua.

Umat islam kini kebergantungan merawat gangguan syaitan lebih menjurus kepada penggunaan ayat ayat Quran, atau ayat ayat pilihan yg dipetik dari Quran, seolah ayat Quran ada yg khas diturunkan oleh Allah untuk mengalahkan syaitan, walhal Allah terang terang memberitahu, bahawa AlQuran diturunkan pada sekelian Alam, termasuk juga pada syaitan, so, syaitan pun baca quran yg sama yg kita baca untuk mengalahkannya. Jika syaitan pun baca ayat Quran yg sama seperti apa yg kita baca, mustahil syaitan itu terkalahkan dengan pembacaan kita tu.

Ayat Quran tidak mampu menjauhkan syaitan, seperti firman tuhan dlm surah An Nahl 98. So nak baca Quran terutama ayat ayat yg digunakan untuk mengalahkan syaitan tu pun perlu memohon perlindungan Allah terlebih dahulu. So, untuk mengalahkan syaitan, yg dari golongan jin yg berbagai peringkat tu, perlulah menggunakan kaedah yg lebih berkesan, sebab tu perlu dibincangkan oleh umat islam untuk mencari jawapannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 10:14 AM | Show all posts
orangbesi posted on 26-7-2014 11:22 AM
Ada syaitan selain syaitan jin dan syaitan manusia meh?????????

bukti????? bertahun aku tunggu  ...

Tak jumpa dalil kan, hantam sajalah labu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 10:15 AM | Show all posts
NorAddin posted on 27-7-2014 05:51 PM
salam

Waalaikumsalam.

Bagus sangat Doa pada Allah untuk memohon perlindungan dari syaitan yg direjam tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2014 10:08 PM | Show all posts
Bismillah

syaithon baca Quran sbb nak putarbelitkan tujuan Al Quran

pengamal sihir pun guna ayat Quran juga utk develop sihir dia org, tp dgn cara terbalik ayat Quran

sama juga mcm zionis, kaji ilmu Quran & Hadis sblm nak cari kelemahan dlm Hadis tu

kalau tak jumpa kelemahan dlm Hadis, diaorg cari plak kelemahan pada pengamal Quran & Hadis

blh bezakan tak ?

WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam.

Saya ada terbaca satu post dlm forum ini teknik rebounding yg digunakan syaitan utk memalingkan hati manusia dari mengingati Allah. Teknik ini sudah lama terjadi cuma kita belum menyedari akan kehadiran syaitan.

Contoh : Jika terdpt manusia yg selalu berkata hal ehwal duniawi, "Alah, kalau nak beli kereta, beli aje kereta merz" atau "Alah, harga rumah tue baru rm400 ribu". Ini antara metafora yg sering digunakan syaitan supaya diri manusia dipaling ke arah mencapai perkara2 duniawi. Syaitan PASTI akan mula MEMUJUK MANUSIA jika jiwa manusia berpaling utk mendptkan dunia ketika berlaku angan2 mat jenin.

Sebenarnya, syaitan berkehendakkan org yg beriman utk berusaha mendapatkan dunia supaya mudah utk menghilangkan iman org berkenaan. Trick jenis ini KERAP digunakan dlm konteks menentukan hala tuju kehidupan individu utk memusnahkan individu berkenaan.

Syaitan itu sikapnya GEMBIRA sambil MEMBODEK ketika menerima habuan duniawi sedangkan jika diminta utk memberikan harta, masa, kedudukan kerana Allah (berdasarkan syariat), maka mereka kikir utk memberikan sambil berusaha MENIMBULKAN FITNAH yg akhirnya MERUGIKAN diri sendiri.

Syaitan itu manusia dan jin.

Jika manusia memandang manusia bawahannya itu TIADA APA2, malah menjadikan dirinya sombong dan bongkak, ketahuilah! saat kebinasaannya amatlah dekat dan tidaklah terduga apa yg Allah tetapkan kpdnya.

Bersyukur dan sabar itu suatu pengorbanan. Jika tidak bersyukur, masakan wujudnya pengorbanan. Sesungguhnya syaitan itu dari kalangan JIN dan MANUSIA.

Adakah sama muslim dan juga mukmin? Lu org fikirlah sendiri Last edited by Abangcute on 5-8-2014 10:28 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah syaitan akan dihukum olehNya? Jawapan adalah YA!

Samaada syaitan itu sedar ataupun tidak sedar, masa menentukan balasan yg akan diterima oleh mereka.

Teknik ugutan antara method yg digunakan oleh syaitan.

Contoh, seseorg manusia mempunyai duit utk membeli keperluan rumahtangganya. Tetiba dtg seekor kucing yg tampak kelaparan meminta sedikit makanan. Manusia itu tidak mahu memberi sedikit makanan kpd kucing itu kerana bersangka rezeki yg Allah berikan itu sekadar utk keluarganya sahaja. Yg menariknya, hari2 manusia itu membuang lebihan makanan ke tong sampah. Tidakkah ini menunjukkan sesuatu yg perlu kita pelajari?

Manusia itu bakhil kerana menyangka semua rezeki yg dirinya terima itu miliknya. Adakah patut diri manusia itu berkata "kamilah org2 yg sentiasa bersyukur kpd Allah?" Atau ada nama lain yg boleh kita kenali berdasarkan petunjuk-Nya.

Kehidupan ini tiada apa2 jika manusia belum memahami pengertian kehidupan di atas muka bumi ini.

Syaitan itu hanya berminat utk melakukan kerosakkan sedangkan mereka tidak menyedari kiamat semakin hampir pada ketika mereka melakukan kerosakkan. Dia mendatangkan bencana demi bencana utk memberi peringatan supaya manusia tidak bersifat syaitan.

Jika syaitan mempunyai harta sepenuh dunia, adakah sama dgn nikmat yg Allah berikan kpd para syaitan? Sedangkan syaitan itu terlupa mereka hanyalah ciptaan Allah. Perlu ke syaitan membinasakan kehidupan manusia lain sedangkan diri mereka on da way to jahannam?

Manusia mampu bersifat lebih hebat dari Malaikat, akan tetapi disebabkan manusia itu menyintai dunia. Maka tiadalah kebaikkan sekiranya dizahirkan syaitan dgn izin-Nya melainkan kpd sesiapa yg benar2 ikhlas beriman kpd Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa tanda diri manusia itu bersifat syaitan a.k.a syaitan jin berjaya menguasai diri manusia itu?

1. Apa yg mereka lakukan SEBENARNYA bukan kerana Allah.
2. Apa yg mereka fikirkan SEBENARNYA bukan kerana Allah.
3. Apa yg mereka niatkan SEBENARNYA bukan kerana Allah.

Kerana bagi mereka sesuatu perkara itu perlu dikuasai sambil membelakangkan hukum dan ketetapanNya samaada mereka sedar ataupun tidak sedari.

Sebatang pen tugasnya utk menulis. Sebatang pensil tugasnya pun utk menulis. Amat mudah memadamkan tulisan jika tahu caranya. Dan amat mudah agama dihilangkan di atas muka bumi ini jika tahu caranya. Apa pun semuanya bergantung kpd tugas yg telah ditetapkan olehNya.

Apa yg Allah ingin lihat, adakah kita mendengar dan mentaati perintahNya?

Syaitan itu byk bantahannya kerana mereka mencari cara utk memadamkan agamaNya. Tidaklah syaitan tinggalkan ke atas manusia melainkan dgn harapan merekalah yg terbaik amalannya menurut undang2 dan ketetapannya yg berbentuk kebatilan.

Wallah Hu'alam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 11:52 AM | Show all posts
nelayan posted on 4-8-2014 10:08 PM
Bismillah

syaithon baca Quran sbb nak putarbelitkan tujuan Al Quran
pengamal sihir pun guna ayat Quran juga utk develop sihir dia org, tp dgn cara terbalik ayat Quran

sama juga mcm zionis, kaji ilmu Quran & Hadis sblm nak cari kelemahan dlm Hadis tu

kalau tak jumpa kelemahan dlm Hadis, diaorg cari plak kelemahan pada pengamal Quran & Hadis

blh bezakan tak ?

WALLAHU'ALAM
Tak payah terbalik ayat Quran, baca direct ayat Quran pun, jika tujuannya nak pekene orang, syaitan laju je bantu.

Ko pernah guna ayat pengasih tak? seperti Lakod Jaa akum.... tu ke, Yuhibbunahum... tu ke.....  ko buatlah tujukan kat orang, laju je setan bantu ko merealisasikan impian tu, cuma samada berjaya atau tak je bergantung pada siapa yg dituju tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sgt kasihan kpd para syaitan kerana mereka tidak mengakui Allah itu Tuhan yg Maha Esa.

Sambil para syaitan cuba MENYEMPITKAN kehidupan mereka2 yg BERSABAR dgn ujian Allah dengan memenuhi kesombongan sejauh mata memandang, maka Allah TIMPAKAN GEMPA DEMI GEMPA, BANJIR DEMI BANJIR, TAUFAN DEMI TAUFAN semata2 utk memberitahu siapalah diri mereka jika perasaan cinta Allah kpd mereka bertukar kpd kemurkaan Allah. Adakah sama org yg bersifat hamba kpd Allah dan juga hamba kepada dunia?

Jika Allah kehendaki diberikan kekuasaan menguasai dunia ini kpd sesiapa jua, samaada jin atau manusia, PASTI diletakkan SYARAT yg mana TIADA SESIAPA YG LAYAK MEMERINTAH DUNIA TANPA IZIN ALLAH.

Seorg hamba Allah sekadar mencari-Nya agar ditampakkan makna hamba kpd Allah. Barang sesiapa yg BERUSAHA menyekat apa yg diberikan petunjuk oleh-Nya, TIADALAH KEUNTUNGAN melainkan dirugikan dikala mereka sebenar2nya menganiayai diri mereka sendiri.

Nasihat saya kpd diri saya dan semua, jgnlah berusaha MENGUBAH ciptaan Allah terhadap hamba2Nya MELAINKAN dgn petunjukNya.

Apa yg terjadi di Palestin baru2 sekadar pertolongan kecil dari Allah melalui DOA para hamba2Nya. Jika sudah 2 biji bom tidak meletup TIDAK DIJADIKAN PERINGATAN, ketahuilah wahai para syaitan, Allah tidaklah menjadikan sesuatu perkara itu SIA2 melainkan MENYEDARKAN sesungguhnya dunia ini tiada apa2 maknanya kpd yg bernama BERIMAN dan BERTAQWA hanya kpd-Nya.

Semoga para syaitan SEDAR bukan semua perkara boleh digunakan logik akal.

Kasihan sungguh saya kpd para syaitan sejak mula saya mengenali agamaNya.

Para syaitan nak jadi kaya? Minta aje kpd-Nya PASTI Allah tunaikan ITUPUN jika tiada niat MEROSAKKAN IMAN org yg beriman kpd Allah. Tak caya? Try ler.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Para syaitan tidak tahu doa yg paling MERBAHAYA kpd mereka adalah menyerahkan segala suatu urusan yg dilakukan syaitan kpd Allah SAMBIL bersyukur dan memohon keampunan kpdNya.

Memohon doa diampunkan Allah akan segala dosa merupakan SENJATA yg PALING KUAT utk menghadapi syaitan. Kerana JANJI ALLAH BENAR dgn dilindungi hamba itu dari semua arah samaada syaitan itu sedar ataupun tidak sedar. Jika org kafir BERANI MENGANIAYAI org yg beriman ketika diri yg beriman kpd Allah SENTIASA MEMOHON AMPUN kepada Allah, jawapannya kpd para syaitan adalah "bersediakah anda berperang dgn Allah?"

Kiamat itu PASTI DATANG ketika para mukmin DITINDAS, DIANIAYA, DISISIHKAN sehingga datang keputusan setelah DIBERIKAN TANDA2 AMARAN sebelum dikiamatkan.

Zaman ini para syaitan itu sudah diupgred kerana mereka berada dimana2. Tidakkah para syaitan berfikir betapa BERTUAHNYA MEREKA didatangkan beberapa para mukmin utk memberi peringatan kpd mereka sebelum didtgkan olehNya saat yg tiada berguna apa yg mereka rencanakan selama ini?

Jika anda adalah para mukmin yg dikelilingi oleh para syaitan, BERSABARLAH. Memohonlah ampun SAMBIL memperbaiki amalan mengikut keadaan zaman. Jgn TINGGALKAN PARA SYAITAN kesepian. Berilah nasihat dan peringatan. Pertolongan Allah amat dekat jika diri sentiasa beristiqomah TANPA MENDOAKAN kecelakaan pihak yg lain. (so dah terjawablah BETAPA BAHAYANYA MENGANIAYA PARA MUKMIN).

Wahai para syaitan, jika Allah kehendaki, seluruh kekayaan itu PASTI MENJADI HAK para mukmin yg memahami kehendak-Nya sahaja. Masaalahnya, para mukmin itu TAK BERMINAT utk AMBIL TAHU URUSAN SYAITAN kerana tiada gunanya membantu syaitan yg hanya tahu MENSYIRIKKAN ALLAH. Dan mereka bersyukur kpd Allah dgn apa yg diperolehi selama ini.

Apa yg para mukmin yg bertaqwa mahukan adalah memberi nasihat dab peringatan kpd semua termasuk para syaitan utk kembali mendengar dan mentaati perintah Allah.

So, dah terjawab lum DOA yg Allah kehendaki dari manusia?

Masih adakah manusia yg MAMPU BERSABAR ketika dianiaya oleh makhluk ciptaan-Nya ketika mereka beriman kpd Allah TANPA memohon kecelakaan terhadap org lain?

Mana yg lebih baik? Dunia ataupun syurga ataupun kedua2nya sekali?

Tepuk dada, tanyalah Dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mukmin itu bila mendengar nama Allah, meremanglah bulu romanya, malah hatinya TUNDUK hanya kpd Allah Tuhan sekelian makhluk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 11:31 PM | Show all posts
Sihir tu kufur, bkn ilmu
- belajar dgn alim utk ilmu, belajar dgn ahli sihir utk kufur

Ilmu tu benar, dan temberang bkn lah ilmu
- belajar dgn kaki temberang utk yg batil2 adja gtu, xmau dianya kpd kebenaran

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2014 11:35 AM | Show all posts
nelayan posted on 5-8-2014 09:09 PM
Bismillah

kau dh tua la, aku taknak byk sgt cerita dgn org lebih tua
Bismillah

kau dh tua la, aku taknak byk sgt cerita dgn org lebih tua

nanti blh jadi kurang ajar plak kan

kenapa kau suka malukan diri kau sendiri ?

WALLAHU'ALAM
hehe

ko biasa buat macam tu kan, baca baca ayat untuk tujuan tertentu, Allah ajar macam tu ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2014 11:47 AM | Show all posts
Sihir
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:

“        
Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani. Last edited by hantukiller on 6-8-2014 11:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 07:20 PM | Show all posts
hantukiller posted on 6-8-2014 11:35 AM
hehe

ko biasa buat macam tu kan, baca baca ayat untuk tujuan tertentu, Allah ajar macam tu ...

Bismillah

nak apa lagi ni?

kalau betul ada hajat dtg direct jumpa aku

berani tak?

WALLAHU'ALAM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2014 10:41 AM | Show all posts
nelayan posted on 6-8-2014 07:20 PM
Bismillah

nak apa lagi ni?

ada hajat??????

boleh jugak, boleh bagi aku RM10 juta, besar hajat aku tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2014 12:39 PM | Show all posts
KISAH BEZA NIAT KERANA ALLAH VS NIAT KERANA DUNIA DALAM BERLAWAN DENGAN SYAITAN



Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”. Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya.

Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,”Apa yang kau ingin lakukan ?" Lelaki itu menjawab,’Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini". Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini. Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut.

Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu. Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab,’Aku nak tebang pokok ini. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan. Kau telah tipu aku". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini".

Lalu terjadilah pergelutan dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu" Syaitan berkata,”Tahukah kamu siapa aku?" Syaitan memberitahu dia sebenarnya adalah syaitan". Lelaki itu bertanya, mengapa hari itu aku dapat kalahkan kau tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?" Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah maka aku berjaya mengalahkan kau".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.288772 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list