View: 5387|Reply: 50
|
[Tempatan]
Perkhidmatan monorel ditutup awal pada Jumaat
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Perkhidmatan monorel RapidKL akan ditutup sejam lebih awal daripada biasa pada 11 malam, Jumaat ini, untuk kerja-kerja operasi penuh sistem semboyan yang baharu.
Perkhidmatan monorel untuk hari berikut pada Sabtu akan bermula lewat sejam pada 7 pagi dan bukan 6 pagi seperti biasa.
Ketua Pegawai Operasi Monorel, Abdul Hadi Amran berkata penutupan itu perlu untuk membolehkan sistem semboyan yang baharu mula beroperasi kerana sistem semboyan itu perlu untuk permudahkan operasi tren empat koc yang baharu.
"Pada pukul 7 pagi Sabtu ini, perkhidmatan monorel akan beroperasi menggunakan sistem semboyan baharu yang menggabungkan operasi tren dua koc dan tren empat koc yang akan memulakan perkhidmatan pada suku ketiga tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata susulan pemberhentian perkhidmatan monorel selama satu jam pada malam Sabtu, perkhidmatan bas pengantara akan disediakan bagi penumpang dengan bayaran RM1 bagi perjalanan sehala.
"Sebanyak enam buah bas pengantara disediakan dengan melalui tiga laluan yang serupa seperti pada April termasuk perkhidmatan terus dari KL Sentral ke Titiwangsa.
Dua lagi laluan ialah antara KL Sentral dan Bukit Bintang, dan antara Bukit Bintang dan Titiwangsa, kata beliau.
"Kami memohon maaf kepada pengguna atas kesulitan ini dan dengan tulus berharap pengguna memahaminya. Ini untuk penambahbaikan perkhidmatan monorel pada masa depan," kata Abdul Hadi. -
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
iols dah taknak naik monorel.....not convincing
rasa macam naik roller coaster......kalau dia kona fuh macam kona baring |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa lagi 3 jam jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Semboyan telah berbunyi...
menujuuuu medan bakti... |
|
|
|
|
|
|
|
inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang |
|
|
|
|
|
|
|
Semboyan tu hape? Horn ke? X paham sgt..monorel dia guna semboyan...nak semboyankan sape? Ada org melintas tgh2 rail ke ape? |
|
|
|
|
|
|
|
BeeHaa posted on 12-7-2014 06:10 AM
Semboyan tu hape? Horn ke? X paham sgt..monorel dia guna semboyan...nak semboyankan sape? Ada org me ...
signalling system diorg aaa... utk support 4 gerabak tuh...
best tukar bahasa melayu jd semboyan.... mcm bljr dulu.... klau istilah teknikal guna bm...
search jd gelintar.... scanning jd pengiaman...... klasik....
|
|
|
|
|
|
|
|
BeeHaa posted on 12-7-2014 06:10 AM
Semboyan tu hape? Horn ke? X paham sgt..monorel dia guna semboyan...nak semboyankan sape? Ada org me ...
signalling...kalau perasan, kat tepi landasan tu ada lampu merah/hijau... itulah dia semboyan..
semboyan tu penting, sal nak menunjukkan tren boleh bergerak/tidak...sistem ni main peranan penting in terms of kekerapan tren tu... lagi bagus sistem semboyan, lagi kuranglah masa nak menunggu...
|
|
|
|
|
|
|
|
sueism posted on 12-7-2014 08:51 AM
Semboyan tu apa benda?
Dah di jwb di atas |
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 12-7-2014 07:42 AM
signalling...kalau perasan, kat tepi landasan tu ada lampu merah/hijau... itulah dia semboyan..
...
Selama ni mmg ada signal lampu kan? Ke mcm mana..s |
|
|
|
|
|
|
|
BeeHaa posted on 12-7-2014 09:34 AM
Dah di jwb di atas
ok roger that
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 12-7-2014 07:42 AM
signalling...kalau perasan, kat tepi landasan tu ada lampu merah/hijau... itulah dia semboyan..
...
lama tul nak setel ek.... ingat hr tu dah start 4 gerabak.....testing lg.....
yg kat bukit bintang apa cite?
|
|
|
|
|
|
|
|
BeeHaa posted on 12-7-2014 06:10 AM
Semboyan tu hape? Horn ke? X paham sgt..monorel dia guna semboyan...nak semboyankan sape? Ada org me ...
bergayut macam monyet kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
BeeHaa posted on 12-7-2014 09:35 AM
Selama ni mmg ada signal lampu kan? Ke mcm mana..s
sebelum ni mereka pakai sistem 'fixed block signalling', dimana tren itu akan bergerak ikut kaedah manual, tren itu akan berhenti disesebuah stesen tu utk tempoh yg ditetapkan....kelemahan nya, ialah jarak antara dua tren, agak jauh, dan pengaruhi jarak masa/frkuensi tren tu tuk sampai ke stesen...
nowadays, banyak yg dah guna 'moving block signalling', dimana kawalan secara automatik...lampu tu akan beri isyarat based pada kedudukan semasa sesebuah tren tu, lagi bagus signalling, lagi kuranglah masa menunggu di stesen...
page ni terangkan secara ringkas, bhgn CBTC and moving block
http://en.wikipedia.org/wiki/Communications-based_train_control Last edited by oni313 on 12-7-2014 02:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 12-7-2014 06:21 AM
signalling system diorg aaa... utk support 4 gerabak tuh...
best tukar bahasa melayu jd semboyan. ...
Umur ko bape ek skang..istilah tu agak purba aku lihat..hihi |
|
|
|
|
|
|
| |
|