CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Itik bakar rangup Untuk berbuka!

[Copy link]
Post time 10-7-2014 12:13 PM | Show all posts |Read mode
BILA sebut tentang hidangan itik, ramai yang melahirkan rasa gembira kerana berpeluang menikmati hidangan yang didambakan selama ini, sementelah lagi ia memang sukar didapati di pasaran.

Pengasas Itik Bakar Gembo, Mohamad Ainudin Abdullah Suhaimin, 28, berkata, daging itik tinggi dengan vitamin B dan membantu penghadaman makanan. Dek khasiat itu, hidangan itik menjadi pilihan ramai dewasa kini.

Menurutnya, wanita mengandung juga tidak ketinggalan menginginkan hidangan itik sebagai pilihan utama, namun disebabkan sukar mendapatkan daging itik, hasrat untuk menikmati terkubur begitu sahaja.

Melihatkan akan situasi tersebut, timbul idea berniaga itik bakar. Kajian dan rujukan dilakukan bagi memastikan keputusan dibuat tidak salah.

Bila maklumat mencukupi, Ainudin memberanikan diri membuka warung di Jalan Kebun Bt.7 pada Oktober 2013. Perniagaan berasaskan jualan itik bakar gembo dipertaruhkan dan berharap ia diterima ramai.

Seminggu, dua minggu, jualan itik bakar makin meningkat. Ainudin tidak menang tangan melayan pelanggan. Jika dulu, 15 ekor itik sehari berjaya dibakar tetapi kini, setelah menggaji seorang pekerja, Ainudin sudah mampu membakar kiri-kira 25 ekor dan akan bertambah bila tibanya hujung minggu.

Beliau berkata,  itik bakar gembo yang dijualnya itu berpatutan dan boleh dibeli semua orang. Untuk seekor, harganya RM45 manakala separuh itik pada harga RM25.

Pada mereka yang tidak sabar ingin menikmati hidangan itik yang cukup menyelerakan itu, segeralah ke Jalan Kebun Bt.7 pada waktu yang ditetapkan.

Dua jam untuk masak

Tempoh dua jam diperlukan untuk membakar seekor itik dan proses membakar akan dibuat di atas mesin pengolek yang telah tersedia.

Rahsia keenakan itik bakar Ainudin ini terletak pada resipi yang digunakan.

"Saya hasilkan resipi menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di semua kedai. Bila sudah siap, saya lumurkan pada itik dan perap semalaman.





"Dengan resipi tadi, itik bakar gembo ini menjadi rangup, lembut, tidak hanyir dan manis. Inilah keistimewaan yang tidak ada pada itik bakar lain," katanya yang mendapatkan bekalan itik dari Taiping, Penang dan Negeri Sembilan.

Ujar anak didik Dr Azizan Osman ini, hidangan itik bakar yang dijual itu, boleh dimakan begitu sahaja. Namun, bagi yang menginginkan hidangan berserta sos cili, Ainudin turut menyediakannya.

Kata Ainudin, banyak harapan yang ingin direalisasikan nanti. Salah satunya, mahu menambah mesin pengolek yang boleh membakar 40 ekor itik sekaligus.

"Sekarang, saya hanya ada sebuah mesin pengolek yang boleh membakar empat ekor itik sahaja. Oleh kerana masalah itu, pelanggan perlu menunggu untuk mendapatkan hidangan itik.

"Insya ALLAH, saya akan berusaha meningkatkan jualan itik dan akan mendapatkan mesin pengolek dalam masa terdekat," katanya.

INFO
- Beroperasi setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 9 pagi - 6.30 petang manakala Sabtu dan Ahad seawal jam 7 pagi - 6.30 petang. Jumaat tutup.

- Harga bagi seekor itik bakar gembo RM45 (2.2 kilo) dan untuk separuh itik pada harga RM25 (1.1 kilo).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili.

- Akan mendapat potongan sebanyak 10 peratus pada hari lahir anda.

- Layari facebook itik bakar gembo untuk maklumat lanjut.

Lokasi:
Lot 6773-E, Jalan Kebun Bt.7,
Seksyen 30, Kampung Jalan Kebun,
40460 Shah Alam, Selangor.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    3-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.047454 second(s), 26 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list