Sebelum aku berkata-kata, eloklah kiranya aku bagi salam dulu ye dak? Assalamualaikum readers. Nama samaran aku Padha, ikut lu orang nak panggil mana satu: P boleh, Ha boleh, Padha boleh. Nama Padha ni senang sikit dan guwa memang suka kalau readers tertanya tanya apa jantina guwa. Haha.
Selama ni dah 2 tahun juga aku ikut forum MPS ni, dan jadi silent reader yang sangat berjaya. Punyalah silent reader, akaun forum pun aku tak register sebab niat aku yang cuma nak baca thread thread horror yang mampu mengetarkan jantung serta menegakkan segala bulu yang ada. Tapi bila dah baca, terpanggil juga aku untuk buka thread. Tapi aku tak menjangkakan respon yang impressive sebab aku bukanlah good storyteller. Oh ya, aku suka je nak cerita ikut style aku sambil aku kenang kembali kenangan silam. Harap lu orang tak kisah la.
Aku ni nak menaip pun guwa rasa mengigil. Dah lama aku tak menaip.
****************************************************************************************************************
Dulu aku tinggal kat satu kampong kat Melaka ni, aku bagilah nama kampong tu kampong Pinang 2 Batang. Kampong ni boleh juga kalau aku kata agak terceruk dari Bandar Melaka. Kalau nak pergi Melaka naik bas M.O.S (time tahun 2000 famous dengan bas ni) itupun dah makan masa 1 jam. Sebelum duduk Melaka.. aku merupakan rakyat Selangor, duduk kat rumah setinggan tepi sungai Klang. Family pindah Melaka pun sebab abang lemas kat sungai Klang time umur beliau 9 tahun. Sedih betul, sebab aku merupakan saksi utama. Nak ingat pun sedih. Al-fatihah untuk arwah abang.
Pasal taknak kenang sungai jahanam yang baham abang aku (sebenarnya itu takdir Allah, kami terima dengan redho.Saja nak exaggerate, haha), jadi family kami terus blah dari Selangor dan pindah Melaka pasal kat Melaka ada rumahpusaka yang kami boleh duduk. Better dari setinggan kat Taman Medan tu,sekarang aku dengar Sungai Klang kat situ pun makin luas dan makin ganas. Seganas cinta aku pada orang yang aku cintai (tipu, bercinta pun tak pandai)
Jadi bila dah sampai Melaka,kitorang pun unloading barang dari lori. aku ada la tolong sikit-sikit, time tu pun kecik lagi baru 5 tahun. Biasa la naluri budak 5 tahun, main adalah benda utama dalam kepala otak. Haa. Rumah yang kitorang duduk time tu usang sangat, rumah papan. Kalau berjalan, memang berdesing bunyi keriut papa n tu.Pastu ada satu bilik je, dalam bilik tu pulak ada satu tingkap yang usang. Dah tak payah bunga angin kat atas tingkap pasal bahagian atas cuma tutup dengan zink je, dahla tak berpaku. Kalau angin ke hujan ke, habis basah guwa adik beradik. Ayah pun sibuk bekerja, takde masa nak layan betulkan atap ni. Walaupun satu bilik, tapi rumah ni agak besar dan panjang kebelakang.
Nak cakapnya sepanjang 14 tahun duduk kat rumah puaka ni, hidup kitorang memang tak penah senang. Makanan tak pernah cukup, miskin je rasa. Ayah aku jadi panas baran. Sebenarnya dia memang panas baran tapi bila duduk bertambah level panas barannya. Pernah sekali dia pijak kepala guwa kat tangga batu sampai demam aku tiga hari, kakak dengan abang guwa pun dah lali kena libas besi sampai demam demam. Menda-menda la ayah aku ni time muda.Pastu nak pujuk balik dia cakap “ayah pukul sebab sayang”. Sayang kepala abah ayah. Haha
Ok macam aku cakap rumah kitorang ni rumah pusaka, sangat usang tapi kami tinggal juga kat situ sebab dah takde rumah lain dan time tu pun kami memang tak mampu. Sepanjang duduk kat sini banyak juga benda aneh yang berlaku, tapi sebab semua kat dalam rumah jenis hardcore dan malas nak pedulik, hidup juga kami selama 14 tahun kat sana. Haa
Panjang tak panjang mukadimmah aku?Sori. aku memang suka bubuh mukadimah panjang panjang ni.
Last edited by Padha on 12-7-2014 10:57 AM
|