CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7999|Reply: 26

ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK(KISAH BENAR)

[Copy link]
Post time 9-7-2014 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayatorang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang,Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilikberkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba sayalihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanyasaya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakinhitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu denganteliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minitberlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaantidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Sayakeluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yangberlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnyatelah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalandemi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalanmenuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yangberjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama diasemakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia60-an dan memakai baju kurung.Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dansudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya."kata wanita berkenaan dengan lembut.Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanitaitu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutupwajahnya
"Betulkahini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapikulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepasditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalahanaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan
menolakkembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tibadi luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampaiwajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahumenjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi iamasih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalaumak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini."kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambilmengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dantaat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatukerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memanganak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcikkejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan makcik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akanpergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akanterus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawabarang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dariwajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahayakeimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untukpulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yanggelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepatmungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid SultanSallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entahkenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut.Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,sayahubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkanorang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebihelok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di KualaLumpur lebih dekat dengan Klang."ertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orangtua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya,tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuanitu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Sayaterpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datangmenemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti katasebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahukita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemudaberkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu,tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadisnabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satuwaktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000tahun.Bayangkanlah seksaan
yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahundi dunia.
Kalau 80,000 tahun?Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidakputus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semogakita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasamenjaga solat,InsyaAllah.. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan forum anda.Sharing is Caring.


NAK TAU CARA MUDAH NAK TAMBAH SIDE INCOME? BOLEH CUBA DISINI. lets join us.
http://monthlyyouth.com/?ref=62524




Last edited by royzy888 on 9-7-2014 04:08 AM

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 11:27 AM | Show all posts
"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampaiwajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahumenjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi iamasih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalaumak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini."kata saya untuk menggertaknya.


bole plak main gertak2..?kan dah memang tugas...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 12:06 PM | Show all posts
berapa kali ulang dah rasanya kat bod nih...

hurm...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 12:11 PM | Show all posts
penah keluar kat mastika kot cerita ni dulu, dah lama dah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 12:15 PM | Show all posts
ana_una posted on 9-7-2014 11:27 AM
bole plak main gertak2..?kan dah memang tugas...

Setuju. At least cakaplah, "takpe la kalau makcik taknak cita, saya tak memaksa" ... macam desperate sangat kan nak tahu. Apapun cita ni dapat memberi tauladan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 12:16 PM | Show all posts

nak mandikan mayat pkl 4 pagi/?
mula mula tak ada waris, tp lepas tu ada pulak no tel sedara jauh.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2014 12:17 PM | Show all posts
sharing is  caring..
Maybe la kott..

NAK TAU CARA MUDAH NAK TAMBAH SIDE INCOME? BOLEH CUBA DI SINI.
http://monthlyyouth.com/?ref=62524
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 12:21 PM | Show all posts
emmaisa posted on 9-7-2014 12:11 PM
penah keluar kat mastika kot cerita ni dulu, dah lama dah kan...

cter lama dah ni..zmn ak skolah rendah dulu.

emmaisa x sambung cter kat rumah baru ke? ade gangguan lg tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 12:49 PM | Show all posts
banyak dah citer ni
kalau google tu berpuluh dah
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 01:14 PM | Show all posts
cter dah lama. tp bguslah dimuat naik smula. moga dpt pengajaran. solat itu tiang agama..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 01:17 PM | Show all posts
lama sudah bahh
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 01:39 PM | Show all posts
chinta89 posted on 9-7-2014 12:21 PM
cter lama dah ni..zmn ak skolah rendah dulu.

emmaisa x sambung cter kat rumah baru ke? ade gang ...

citer dah tamat...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 02:11 PM | Show all posts
emmaisa posted on 9-7-2014 01:39 PM
citer dah tamat...hehehe...

cte awak best..

teringat psl nenek kamsia.. hot jugak forumer tu kalau bab2 cter seram
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 02:23 PM | Show all posts
pergh seram tp ade pengajaran...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 02:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 04:15 PM | Show all posts
dah pernah baca before ni..da x seram dahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 10:11 PM | Show all posts
chinta89 posted on 9-7-2014 02:11 PM
cte awak best..

teringat psl nenek kamsia.. hot jugak forumer tu kalau bab2 cter seram

hahaha
sini pun ada nenek kamsia

btw
astrok!!!

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 10:31 PM | Show all posts
ipo pernah baca kisah ni di FB

pengajaran yang baik...jangan derhaka pada mak bapak
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 10:50 PM | Show all posts
Ipo ada cerita juga pasal orang yang dah meninggal ni balik ke rumah

tak silap...dari satu majalah..ditulis kat situ kisah benar..
ceritanya gini

minah (bukan nama sebenar) berkahwin ngan mamat (bukan nama sebenar). Mamat ni kerja shift malam. Satu hari, mamat ni kena outsation (kat malaysia jugak). si minah ni duk rumah dengan anak dua orang. Selang dua hari, minah ni terjaga dari tidur tengah malam. Bunyi orang ketuk pintu.
Kuat ketukannya..tuk! tuk! tuk! banyak kali.

Minah ni dah risau..takut..sebab laki dia tak dak kat rumah.

Tuk! tuk! Tuk!

bunyi ketukan tu kuat sangat.

Minah bangun juga dan buka pintu perlahan-lahan. Anak2 dia semuanya dah tidur..time tu..dah 1 am. Sebaik dia buka pintu..terkejut dia melihat suaminya (mamat) tercongok kat depan pintu. Rambut kusut masai, baju kotor. Terus dia tanya, "Kenapa baju kotor? awalnya abang balik? kata outstation seminggu?"

Suami minah ni tak jawab apa-apa. Dia hulur satu kotak hadiah kepada minah. Lepas tu dia terus masuk bilik air bersihkan diri.
Minah ni dah bingung. Dia tutup pintu semula. Kotak hadiah tu diletak atas meja solek. Dia tunggu suami dia selesai mandi. Bila dah habis mandi, suami minah ni terus tidur. Minah pula tidur jugalah.

Bangun pagi esok, minah tengok suami dia tak ada. Dia cari satu rumah. Masa tu baru lepas subuh. Dia jenguk bilik air. Pun tak ada. tapi masa dia  jenguk bilik air..dia bau hanyir darah. Kuat sangat!

Dia pandang pula kotak hadiah tadi. Bila buka kotak tu, ada rantai emas dan sebelah je anting-anting. Dia mula fikir, tentu anting2 sebelah lagi dah hilang.

Malam berikutnya, suami dia balik lagi. Sama juga keadaannya. baju kotor dan bila pintu dibuka, suami dia ni terus ke bilik air mandi. Esoknya, minah rasa pelik. Dia tidur sebab mengantuk sangat. bangun pagi esok, suami dia tak ada di rumah. Bilik air bau hanyir darah lagi.

Malam berikutnya, kira dah malam ke tiga, datang dua orang pegawai polis, beritahu mamat ni kemalangan dua hari lepas dan mayatnya baru ditemui tadi. Polis tu hulur anting2 kepada minah. Polis tu kata anting2 tu ada dalam kereta mamat ni. Rupanya mamat ni kemalangan seorang diri dan jatuh gaung. Sebab tu mayatnya  baru jumpa sebab orang yang kebetulan lalu kawasan situ baru nampak kereta mamat ni.

Minah ni dah menggeletar. Dia terus ambik kotak hadiah tu...memang ada rantai dan anting2 sebelah lagi tu...hhuhuhu...
masa tengah bersedih dan bingung dengar berita tu, anak minah yang umur lapan tahun berlari ke arah minah. Pucat muka budak tu..dia tunjuk ke arah bilik air..

dengan perasaan takut dan ingin tahu, minah dan anak dia berhati-hati jenguk ke dalam bilik air...sekali nampak laki dia tengah mandi..dan yang paling terkejut...air yang terkena tubuh laki dia tu..bila jatuh ke lantai..tukar jadi merah...bau hanyir toksah cerita.

Minah ni dan anak2 dia..bungkus kain baju dan terus blah dari rumah tu...pergi menumpang rumah sedara..



Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 9-7-2014 10:50 PM
Ipo ada cerita juga pasal orang yang dah meninggal ni balik ke rumah

tak silap...dari satu majala ...

Seramm oiii....
Ade g x ipo..cite lg..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.127558 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list