CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32584|Reply: 275

Nik Michael Nekad Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Fitnah

[Copy link]
Post time 8-7-2014 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest


Nik-Michael

Chef selebriti Nik Michael Imran, 24, naik angin dan cukup kesal apabila timbul dakwaan beliau kononnya tidak menghormati waktu berbuka puasa. Beliau yang juga merupakan pemilik restoran PickNik yang terletak di Publika, Solaris Dutamas ini, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah.

"Tuduhan yang mengatakan saya tidak sensitif terhadap waktu berbuka adalah sangat mengarut. Itu fitnah! Orang yang buat cerita itu sangatlah busuk hati dan sengaja cari pasal dengan menimbulkan isu ini.

"Pada hari tersebut ada ramai orang yang yang boleh jadi saksi bahawa tuduhan itu sama sekali tidak benar", itu respon Nik Michael apabila diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut, ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anuran Air Asia dan Air Asia X, bertempat di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, malam tadi.

Semalam, sebuah akhbar tempatan ada menyebut yang Nik Michael tidak sensitif akan waktu berbuka puasa. Kejadian berlaku pada 2 Ramadan lalu.

Pada hari tersebut, ada jemputan sebuah syarikat gergasi ke restoran milik Chef itu untuk memperkenalkan perkakasan masakan. Bila majlis bermula, Nik Michael dikatakan galak memperkenalkan perkakasan elektrik yang digunakan sehinggalah Azan Maghrib sudah berkumandang dia masih juga belum berhenti membuat demonstrasi.

Tetamu yang hadir hanya dihidangkan makanan pada pukul 8.15, iaitu ketika sudah hampir hendak masuk waktu Isyak. Lantas tindakan Nik Michael itu sifatkan sebagai tidak menghormati waktu berbuka dan juga para tetamu yang beragama Islam yang berada di majlis itu.

Ada Tatu?

Mengulas lanjut mengenai isu itu, tambah Nik Michael lagi, dia berasa terkilan. Malah jejaka berdarah kacukan Melayu-Australia ini tekad mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sengaja menyebarkan fitnah tersebut.

"Perkara ini sikit sebanyak telah menjejaskan nama saya dan juga restoran saya. Saya mahu mengambil tidakan terhadap individu yang telah menyebarkan fitnah ini.

"Bahkan tabah mengecewakan, ekoran laporan akhbar tersebut, ada pula komen mengatakan saya mempunyai tatu. Tuduhan tentang itu mengarut!", katanya dengan nada tegas.

Bagaimanapun dia mengaku yang makanan hidangan utama dihidangkan lewat 20 minit. Tetapi sementara menanti, para tamu telah dijamu dahulu dengan juadah 'alas perut' iaitu kurma, kuih buah melaka, kuih seri muka dan kentang goreng.

"Saya akui hidangan utama siap lewat 20 minit kerana saya sendiri yang mahu masakkan di hadapan mereka. Tetapi sementara menunggu, kami sediakan kurma, kuih buah melaka, kuih seri muka dan kentang goreng untuk mereka jamah dulu.

"Saya terkilan bila dituduh tak bagi orang makan. Sedangkan sudah menjadi tugas saya untuk memberi makan kepada orang. Sudah dua tahun saya uruskan restoran saya, jadi semestinya saya sudah tahu bagaimana hendak melayan para pelanggan yang datang di restoran saya terutama ketika bulan Ramadan", tuturnya.

Ditanya sekiranya individu berkenaan tampil dan memohon maaf kepadanya, apakah dia tetap mahu mengambil tindakan?

"Saya sudah pun mendapat kerjasama daripada pihak agensi yang menganjurkan acara berkenaan, tempoh hari. Saya akan tetap ambil tindakan terhadap individu itu kerana pada saya, kalau pun dia datang minta maaf, dia tidak ikhlas.

"Saya buat semua ini untuk mempertahankan nama baik saya. Pada saya, orang seperti ini hanya berani cakap di belakang saja tetapi tidak berani untuk cakap depan-depan", katanya.


Last edited by adik^manis on 8-7-2014 09:09 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Abis la wartawan kena saman
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:16 AM | Show all posts
sapa yg kata dia ada tatoo tu pun dia nak saman juga ke? habis la forumer Cari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:20 AM | Show all posts
kdng2 wartawan ni kena kasi ajar skit. tulis berita ikut suka hati dia jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:21 AM | Show all posts
wartawan ni pemalas..semua cilok dari sini...senang la hidup
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:22 AM | Show all posts
ha...ha... tak tahu....

laju plak dia tau pasal forumer kat sini cakap dia ada tatoo. ape daaa wartawan pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2014 09:23 AM | Show all posts
marah nau nampak nyer tue...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:25 AM | Show all posts
saman selagi boleh.. aku sokong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 09:26 AM | Show all posts
hahaha...

makanan tak cukup kot....yng sebar cerita tu sbb dai tak dapat mkn...so dia ingat takde makanan...




ko hidang berape bnyk makanan alas perut chef...?
ni org yg tak pose pun mkn sekali tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
seriously nik mikel?
saman jgn tak saman.. kalau btl fitnah penyebar fitnah harus diberi pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha dia godeh forum cari ker smpai trbaca komen ada tatoo....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:30 AM | Show all posts
so achik la yg kene eh
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:31 AM | Show all posts
itik_kuning posted on 8-7-2014 09:22 AM
ha...ha... tak tahu....

laju plak dia tau pasal forumer kat sini cakap dia ada tatoo. ape daaa wa ...

saper la wartwan bimbo tu. kena propa sikit jer ngan geng cari terus cilok masuk paper. Mohon terasa yer!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:33 AM | Show all posts
rosevelvet posted on 8-7-2014 09:31 AM
saper la wartwan bimbo tu. kena propa sikit jer ngan geng cari terus cilok masuk paper. Mohon tera ...

khennn??

hadap sangat sumber dari Cari macam dah takde modal lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:33 AM | Show all posts
haiyokkk tak tau...siapa buat...
takkan takde orang selfie2 masa kat event tu
maybe ambik gambar kuih ke...
sabar ajela ya, dua2 pihak bincanglah baik2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:34 AM | Show all posts
cintalara posted on 8-7-2014 09:16 AM
sapa yg kata dia ada tatoo tu pun dia nak saman juga ke? habis la forumer Cari tu.

habislah dia ..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 09:35 AM | Show all posts
padan muka sapa2 yang suka mengata tu...harap2 kena saman betol lah, baru dia tau best ke tak fitnah2 orang ni lelebih lagi di bulan puasa ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:36 AM | Show all posts
stp kali time berbuka jah, iols mesti pasang atro ria sbb nak tgk Helo Bro Tolong Masak
and aku suke gak tgk chef sherson lian (5 rencah 5 rasa) tu masak2
and makcik2 pakcik2 dlm Jaguh Kampung
nampak mcm senang n sedap2 jah walau menu tu mcm hardcore sket
plg aku benci skali ialah Chef Surpise @ Astro Prima by fazley
geliiiii tgk cara dia masak2...dgn gaya dia mcm metroseksual x siap tu
pastu bajet2 urban sbb kengkonon nak masak2 mskn perancis yg kita sume susah nak sebut nama menunya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:37 AM | Show all posts
tapi dia tak take five utk solat maghrib ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 09:38 AM | Show all posts
ayukkk..x tau. chef dah marah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.206123 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list