CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3614|Reply: 23

[Tempatan] Rakyat boleh tulis surat kepada PM mengenai pelancongan Malaysia

[Copy link]
Post time 4-7-2014 02:53 PM | Show all posts |Read mode
TERKINI
Rakyat boleh tulis surat kepada PM mengenai pelancongan Malaysia
04/07/2014 2:34pm

CYBERJAYA - Rakyat Malaysia berpeluang menulis surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyalurkan cadangan untuk meningkatkan industri pelancongan di negara ini melalui ’Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014’.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Che Azemi Haron berkata, tema pelancongan dipilih bersempena Tahun Melawat Malaysia, dengan sasaran penyertaan yang lebih banyak pada tahun ini berbanding 79,875 tahun lalu.

Peserta boleh memilih satu daripada tiga tajuk iaitu ’Kenapa Malaysia Menjadi Destinasi Pilihan Pelancong Asing’, ’Pengalaman dan Keistimewaan Melancong di Malaysia’ dan ’Cadangan Untuk Meningkatkan Industri Pelancongan di Kawasan Anda yang Berkonsepkan Pelancongan 1Malaysia’.

"Selain kategori Sekolah Rendah (150-250 patah perkataan), Sekolah Menengah (350-500 patah perkataan) dan Terbuka untuk 18 tahun ke atas (550-700 patah perkataan), kategori baharu yang diperkenalkan adalah untuk orang kelainan upaya (OKU) dari 9 hingga 45 tahun (tidak melebihi 300 patah perkataan).

"Surat mesti bertulis tangan dan tidak boleh ditaip kecuali bagi kategori OKU (penglihatan) surat itu hendaklah menggunakan mesin taip braille dan karya yang dihantar disertakan dengan terjemahan,” katanya pada sidang media di sini hari ini. - Bernama

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... 8.htm#ixzz36TpshkCC
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 03:03 PM | Show all posts
Surat mesti bertulis tangan
dah lame tak tulis surat pakai own handwritting.. apatah lagi tulis surat tak rasmi..huhu..

Kehadapan Abang Jib yang diingati, semoga berada dalam keadaan sihat selalu hendaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 03:18 PM | Show all posts
hehehehehehee...tak de nyer nak baca surat ko tue....deme bahagian penerbitan juga yang baca...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 03:20 PM | Show all posts
owg guna laman twitter ngan pesbuk la skang ni. . .
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 03:29 PM | Show all posts
Ah Jib Gor,
Kebelakang skit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 03:32 PM | Show all posts
Omong posted on 4-7-2014 03:20 PM
owg guna laman twitter ngan pesbuk la skang ni. . .


Last edited by NIXAR on 4-7-2014 03:37 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2014 03:38 PM | Show all posts
Dah lama jugak tak mengarang...takut terbiasa pakai short form pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 03:44 PM | Show all posts
melancong kat dalam negara sendiri pon mahal.. gi Pulau Redang kalo xde 6-7 ratus toksah mimpi.. gi Pulau Rawa mersing tu kalo xde 8-9 ratus toksah berangan.. tu lom sipadan ngan mabul hukkkk..

aritu shin survey pasal transport ngan hotel kat KK pon mahal gak #nanges
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 04:18 PM | Show all posts
boleh caye ke najib bace.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 04:22 PM | Show all posts
senahsanasini posted on 4-7-2014 03:29 PM
Ah Jib Gor,
Kebelakang skit...

  buat lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 04:23 PM | Show all posts
Bawah pm chicken nih,, malaysia semakin mengundur kebelakang, mentaliti rakyat jatuh tahap dunia keempat dah... angguk ajer semua benda2 bodoh dan pelahap yg dilakukan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 04:25 PM | Show all posts
slippergombak posted on 4-7-2014 04:23 PM
Bawah pm chicken nih,, malaysia semakin mengundur kebelakang, mentaliti rakyat jatuh tahap dunia kee ...

mentaliti rakyat cam lu...masuk longkang terus...



Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 04:59 PM | Show all posts
senahsanasini posted on 4-7-2014 03:29 PM
Ah Jib Gor,
Kebelakang skit...

akak pos guna burung melaka

tak main posmen posmen
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 08:25 AM | Show all posts
setem mahal semendjak baukari pegang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 08:28 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 5-7-2014 08:25 AM
setem mahal semendjak baukari pegang

bape mahal tu???
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 08:30 AM | Show all posts
secretservice posted on 5-7-2014 08:28 AM
bape mahal tu???

dahulu kan setem 20 sen 30 sen jah, la ni dah 60 sen 70 sen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2014 08:30 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 5-7-2014 08:30 AM
dahulu kan setem 20 sen 30 sen jah, la ni dah 60 sen 70 sen

adus susah macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 09:36 AM | Show all posts
budakshinchan posted on 4-7-2014 03:44 PM
melancong kat dalam negara sendiri pon mahal.. gi Pulau Redang kalo xde 6-7 ratus toksah mimpi.. gi  ...

Pernah bermalam di salah sebuah hotel di Cherating. Air botol mineral 1.5ml 4 botol harganya sampai RM55.00. Kitaorg kensel beli.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lista posted on 5-7-2014 09:36 AM
Pernah bermalam di salah sebuah hotel di Cherating. Air botol mineral 1.5ml 4 botol harganya sampa ...

erk.. perghh mahal sehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 01:20 PM | Show all posts
’Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014’.



muakkk la dengan segala benda ada 1Malaysia ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.254443 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list