CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2463|Reply: 13

[Tempatan] Pengemis asing mampu tinggal di hotel 3 bintang

[Copy link]
Post time 4-7-2014 07:55 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Pengemis asing di ibu negara didapati mampu tinggal di hotel tiga bintang menggunakan hasil sumbangan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata maklumat itu didapati hasil siasatan beberapa agensi kerajaan ke atas golongan pengemis di bandar raya ini.

Oleh kerana itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemberi sedekah bagi memastikan sumbangan wang itu benar-benar diberikan kepada golongan yang memerlukan,  katanya.

"Kita tak mahu pengemis di sepanjang jalan. Kita juga nak hentikan kegiatan sindiket (pengemisan). Saya tahu ada sindiket yang hantar budak-budak, (warga) Rohingya dan orang asing untuk dapat duit dan dia pula jadi tauke," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataannya semalam berhubung tindakan kerajaan untuk mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah berkenaan.

"Jika kita dapat tangkap pemberi sedekah, mereka akan didenda RM150 dan diberikan resit bernombor. Wang itu akan dikumpulkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan disalurkan kepada golongan miskin," katanya.

Tengku Adnan berkata, undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi.   

Tegasnya, mana-mana pihak atau individu yang ingin bersedekah boleh menggunakan saluran seperti pusat pungutan zakat, majlis-majlis agama atau persatuan berkaitan untuk tujuan itu.

Bagi tujuan sama, pusat-pusat yang memberi makan kepada golongan gelandangan juga perlu berpindah dari pusat bandar raya bermula minggu depan atau bakal didenda dalam usaha membersihkan ibu kota daripada pengemis dan gelandangan, katanya.

Beliau berkata pusat-pusat itu kini tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi di dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks membeli belah Lot10 di Jalan Bukit Bintang.  

Tengku Adnan juga berkata pihaknya telahpun mendapatkan pekerjaan untuk golongan gelandangan dan pengemis ini, tetapi mereka ini didapati "malas" dan enggan meneruskan kerja yang telah diberikan.

Selain itu, usaha kementerian untuk mewujudkan pusat perlindungan untuk golongan itu didapati akan menyebabkan mereka rasa puas dan tidak mahu bekerja, katanya.

"Imej bandar raya ini sangat buruk. Jika kita tidak ambil tindakan itu, masyarakat akan menjadi tidak berdisiplin," jelasnya apabila ditanya sama ada beliau terlalu tegas dalam keputusannya kali ini.   

Tengku Adnan turut melahirkan kebimbangan dengan wujudnya komuniti pengemis dan gelandangan di ibu kota, yang akan menyebabkan masalah kebersihan yang boleh menggalakkan pembiakan  nyamuk aedes dan tikus.

Kementerian melalui DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai agensi berkaitan untuk melaksanakan 'pembersihan' itu, katanya. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 07:57 AM | Show all posts
bagus la kalau dorg buat operasi pembersihan besar-besaran...semak sgt dgn pengemis...gelandangan plk hidup sedap sbb ari2 ade org bg mkn...sbb tu malas nk keje...yg mane org gile...letak kat hospital bahagia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 07:59 AM | Show all posts
memang ada pro dan kontra tengkunan buat mcm ni...kita perlukan satu jawapan dan keputusan yang lebih berkesan dalam isu mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 08:02 AM | Show all posts
Ada betul kata tengku nan. Ada pengemis yg sihat tubuh badan, bukan OKU dan muda tp malas kerja. Dkt Malaysia kerja berlambak. Kalau tak takde la 2-3 juta pekerja asing.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 08:04 AM | Show all posts
utk yg cacat mental & fizikal tu takpe laa.......

yg pemalas tu patut ditembak kasik mampus
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Chow Kit ada Yayasan SALAM
Memang assalamu'alaikum la......

Kat Ipoh ada CCSC Bandaraya..
Babai n selamat hari raya.m
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2014 08:16 AM | Show all posts
apa yg Ku Nan ckp tu betoi.... itu la yg org2 yg set2 keje nak mengutuk ni tak nampak.. semua keputusan yg bukan puak depa buat asyik nampak buruk dan negatif jer..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 08:18 AM | Show all posts
Itu la...aku ni buat hati kering je...yg cukup fizikal...esp lelaki...kering2 aku buat dek je...nak2 lagi yg muka cam bangla ni...sindeket je..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 08:24 AM | Show all posts
dalam hal ini aku setuju dengan tindakan atuk nan.
sesuatu perlu dilakukan untuk membendung kes mengemis yang melibatkan sindiket dan warga asing dan yang menipu. ini adalah salah satu caranya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 08:31 AM | Show all posts
Aku salu sound@intvw  yg mai minta sedekah ni
Kdg2 yg buta ng sorg pompuan pimpin xpon bdk2 mai jual buku o minyak urat
Aku ajak depa duduk mkn ng aku kalau betul depa susa
Xmau pulak
Aku tnya mai dr mana
Depa cakap dari jauh
Aku tnya da mai dari jauh ni xkn hang naik bas
Depa cakap ada orang antaq
Aku suh tunjuk sapa orang tu
Mencanak depa lari
Aku menyirap betoi nak duit cara mudah ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 08:34 AM | Show all posts
kat penang pon byk jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 12:51 PM | Show all posts
last year masa aku keja kat area bukit bintang, on d way / susur jalan drp grand millenium ke pavillion tu bersepah rohingya dok sua tgn minta sedekah. baby yg diriba tu bertukar2 setiap hari...kena tangkap, pastu 3-4 hari ada balik...pastu depan wisma selangor tu ramai pulak peminta sedekah yg cacat plus dgn kaki berbalut2 nampak luka, nanah...oh pleaseee..aku bukan tak ada perasaan, tp it's too much la..bila nampak dbkl dok meronda, boleh pulak lari...

pd aku apa yg ngo2 buat mmg bagus & aku salute, tp mmg ada betulnya apa yg ku nan ni ckp. lepas bg makanan, sampah buang kat mana ? merata wehhh...makan duduk kat mana...tepi longkang..belakang jln2 sempit tu...kotor...aku tak tau le kot geng kitchen ni tlg kutip sampah on behalf pengemis2 ni.

selagi ada yg dok menderma, selagi tu la ada pengemis ni...is this going to be a forever charity event atau masa bulan ramadan ni je ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 12:56 PM | Show all posts
harimau76 posted on 4-7-2014 08:16 AM
apa yg Ku Nan ckp tu betoi.... itu la yg org2 yg set2 keje nak mengutuk ni tak nampak.. semua keputu ...

of kos lerr...depa yg dok bangkang ni mmg berdepan atau tgk hari2 ke pengemis2 ni...
cuba hari2 dok tgk...mau muntah...
knp depa ni jd pengemis ? ramai lg yg tersgt miskin di luar sana, tp masih menjaga adab susila,
cari rezeki w/pun kutip tin kosong, kotak, pastu jual...beli makanan utk hari tu, esok lain cerita, cari lagi...
mostly pendatang ni...buat semak negara je..

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 02:15 PM | Show all posts
aku lebih suka dengan konsep "beri mereka mata kail untuk memancing, bukan ikan.." untuk kurangkan kemiskinan ni..
memang ada pro & cons apa yg tengku adnan buat ni..pro - kita tak nak golongan2 yang ambik kesempatan, cukup fizikal tapi malas nak kerja.. tapi dalam masa yang sama, agensi kerajaan & NGO macam baitulmal, pusat zakat semua kena efektif gak..bantu yang betul2 perlukan bantuan..bukan banteras mcm ni jer..pastu, yang pengemis bersepah2 dekat kl ni, ko nak buat ape..??biar aje..???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.066858 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list