CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26839|Reply: 430

[Tempatan] Gaji ibu Firdaus RM1,500

[Copy link]
Post time 25-6-2014 05:40 PM | Show all posts |Read mode
TIDAK tahu di mana silapnya, namun penemuan remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kurus kering di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai Sabtu lalu membuatkan banyak hati tersentuh.

Malah ada menyalahkan pihak tertentu kerana didakwa tidak peka dan prihatin dengan nasib golongan OKU sehingga dibiar hidup dalam derita.

Menurut sumber, ibu Firdaus, Lolanopita, 40, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan Bajau dari negeri sama iaitu Dullah Sibil, 53, pada tahun 1995.

Merantau jauh ke Semenanjung dan meneruskan kehidupan sebagai suami isteri serta dikurniakan seorang cahaya mata istimewa iaitu Firdaus, tetapi jodoh mereka tidak panjang.

Selepas berpisah sejak 14 tahun lalu, difahamkan Dullah meninggal dunia pada 22 Januari 2012.

Berdasarkan sumber, Lolanopita kemudian berkahwin dengan lelaki yang kini berusia 46, di Thailand pada 2006 tetapi kes pendaftaran perkahwinan di Malaysia belum selesai. Difahamkan Lola isteri kedua.

Mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun.

Meneruskan kelangsungan hidup, Lola bekerja di Brahim’s Airline Catering sebagai pekerja penyajian sejak 10 tahun lalu dengan anggaran pendapatan RM1,500 hingga RM2,000 termasuk elaun.

Ia dianggap cukup untuk menyara dua anaknya.

Namun berdasarkan kenyataan Lola sebelum ini, dia seolah-olah tertekan dengan kesempitan hidup dan kecewa apabila ramai menuduhnya tidak tahu jaga anak.

Dia juga dakwa tidak pernah mendaftar anaknya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya kerana bekerja.

Mujur remaja ini ditemui Jabatan Imigresen yang melakukan operasi memburu pendatang asing tanpa izin, jika tidak, mungkin Firdaus masih terkurung di situ.

Majikan terkejut

Sementara itu, Syarikat  Brahim Airline Catering Sdn Bhd yang juga majikan  Lola,  tidak mempunyai maklumat mengenai ibu mangsa yang mempunyai seorang anak OKU.

Pengurus Kanan Modal Insan, Ahmad Reza Kamaruddin mengesahkan  ibu mangsa tidak membuat pengisytiharan kepada Jabatan Sumber Manusia syarikat  berhubung perkara itu.




“Memang ibu mangsa pekerja syarikat kami. Namun syarikat tidak mempunyai maklumat sehinggalah keluar di media.

“Selepas kes meledak di media, pemeriksaan rekod di Jabatan Sumber Manusia mendapati wanita berkenaan tidak membuat pengisytiharan mengenai anaknya berstatus OKU walaupun ada mendaftar nama Firdaus dalam rekod syarikat,”katanya.

Katanya, jika syarikat  tahu seseorang pekerja mereka ada kesukaran hidup atau masalah berhubung anak-anak, pihaknya akan membantu kerana syarikat sememangnya mempunyai unit khas menjaga kebajikan pekerja sedemikian.

“Ini adalah polisi syarikat kami. Jika kami tahu wanita itu kesusahan seperti yang didakwa, syarikat akan beri bantuan kepada mereka anak beranak,” katanya.  

Beliau mengesahkan Lolanopita Sadi  bekerja sebagai pekerja penyajian  di bahagian pastri di syarikat katering yang beroperasi di Sepang. Dia bekerja selama 10 tahun.

Namun pihak syarikat  tidak pernah menerima apa apa maklumat tentang kesempitan hidupnya kerana tidak pernah diceritakan kepada Ketua Jabatannya, kesatuan yang dianggotainya mahupun Jabatan Sumber Manusia.

“Kami terperanjat apabila berita ini gempar di dalam media.

“Dia bekerja di bahagian pengeluaran. Kami adalah syarikat pengeluar makanan. Kami boleh mempertimbangkan untuk memberi segala bantuan yang perlu bagi memastikan pekerja yang menghadapi masalah sedemikian dibantu. Bahkan semua pekerja disediakan makanan percuma setiap hari,” tegasnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 05:42 PM | Show all posts
weyyy rm1500 mana mampoo nak beli baju anak....korang ni tak paham langsung penderitaan mak firdaus ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
1500 lepas tolak epf/etc ker
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji bwh 2k miskin bandar uols.. Tp bole idop kalau jimat. Suami die mg tak btggjwb ek pd anak tiri..semoga didakwa
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji bwh 2k miskin Bandar uols.. Tp belila roti gardenia BG firdaus mkn.. Ayah tiri pon ada.. Sesuatu Sgt ayah tiri tu ye..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:54 PM | Show all posts
1500 bersih kot. ramai je pakgad yg gaji lg sket mcm tu, takde pun anak kurus kering camtu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2014 05:54 PM | Show all posts
so la ni thread utk bekap mak babi tu ke? serendah2 mana pon gaji..kalu x mampo..anak2 x akan rasa kerana ibu bapa dulu yang akan potong bahagian2 pembelanjaan depa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sdp plk bace name pnuh die.trus bc 2,3x.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 05:55 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 25-6-2014 05:45 PM
Gaji bwh 2k miskin bandar uols.. Tp bole idop kalau jimat. Suami die mg tak btggjwb ek pd anak tiri. ...

bapak budak tu kan dah meninggal...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:55 PM | Show all posts
Oh miskinnya.

Gaji cikgu yang banyak pinjaman pun bersih lebih kurang gini jah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:55 PM | Show all posts
mikasa posted on 25-6-2014 05:43 PM
1500 lepas tolak epf/etc ker

diorang kata gaji bersih... gaji pokok/kasar belum tolak itu ini dalam 2000++
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:58 PM | Show all posts
noor2 posted on 25-6-2014 05:42 PM
weyyy rm1500 mana mampoo nak beli baju anak....korang ni tak paham langsung penderitaan mak firdaus  ...

beli tudung bling bling mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:58 PM | Show all posts
masih x justify sbb badan dia dan anak no 2 yg elok berisi, bersuami, berselfie bersama paridah tp si anak oku hidup terbuang...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:58 PM | Show all posts
Tu dah gaji bersih. Sebelum yolak rm2k ++ . Takkan dia sorang menyara 2 anak? Anak baru dia takkan suami baru tak tanggung. So dia boleh tanggung firdaus. Persoalan demi persoalan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:59 PM | Show all posts
mikasa posted on 25-6-2014 05:43 PM
1500 lepas tolak epf/etc ker

gj bersih kan..... mmg membohong je tak mampu.....klau nak backup ibu lola selfie nih....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:59 PM | Show all posts
kena ada yang jaga firdaus tu fulltime, itu je penyelesaiannya.

dok berdegar2 dalam ni pun, apa yang korang dah bantu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa posted on 25-6-2014 05:43 PM
1500 lepas tolak epf/etc ker

Gaji kasar 2.3 k gitu.. 1500 gaji bersih
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 06:00 PM | Show all posts
chazey posted on 25-6-2014 05:55 PM
Oh miskinnya.

Gaji cikgu yang banyak pinjaman pun bersih lebih kurang gini jah.

gaji bersih staff gomen bwh rm500 pun ade.... yg menipu slip gaji... baki rm50
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 06:01 PM | Show all posts
noor2 posted on 25-6-2014 05:42 PM
weyyy rm1500 mana mampoo nak beli baju anak....korang ni tak paham langsung penderitaan mak firdaus  ...

ye tak ye juga kan  ..dgn gaji sebanyak tu mana mampu beli baju walaupun harga rm5
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 25-6-2014 05:58 PM
Tu dah gaji bersih. Sebelum yolak rm2k ++ . Takkan dia sorang menyara 2 anak? Anak baru dia takkan s ...

Nmpk Sgt la suami baru tu utk mengenjut je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.448304 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list