CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4752|Reply: 8

Nissan Teana telah terjual sebanyak 600,000 unit

[Copy link]
Post time 25-6-2014 04:52 PM | Show all posts |Read mode



MENCATAT kejayaan di peringkat global, Nissan Teana serba baharu telah terjual sebanyak 600,000 unit di seluruh dunia sejak ia dilancarkan di pasaran China pada Februari 2013.

Dikilangkan di Tan Chong Motor Assemblies (TCMA), Serendah Malaysia, Nissan Teana serba baharu generasi ketiga menawarkan pelanggan di Malaysia dengan penampilan yang lebih berprestij.

Pada majlis pelancarannya, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Datuk David Chen berkata, sedan terbaharu dalam segmen D itu merupakan model utama pihaknya.

Rekaan luarannya, agak elegan dan menarik. Penampilan baharu lebih aerodinamik. Gril hadapan diletak kemas di antara lampu utama jenis projektor yang menghasilkan gayaan berani dan sofistikated.





Varian 2.5XV dilengkapi bumbung suria yang menawarkan pandangan dan cahaya semula jadi ke dalam kabin.

Melihat lebih dekat dalamannya, kabin ini sememangnya luas dan selesa.

Nissan Teana serba baharu hadir bersama kapasiti ruang kargo sebanyak 516 liter. Tempat duduk boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 menggantikan reka bentuk generasi terdahulu.

Dikatakan seperti menaiki kelas pertama penerbangan, Teana serba baharu dilengkapi reka bentuk tempat duduk 'berinspirasikan kepada sifar graviti' yang dikatakan membantu mengurangkan beban pada otot dan tulang belakang.

Material menyerap bunyi bising, meredam getaran dan kekasaran (NVH). Varian 2.5XV dilengkapi Sistem Audio Premium BOSE dengan sembilan unit pembesar suara.

Paparan ADAD (Advanced Drive Assist Display) bersaiz empat inci, butang kawalan audio dan sistem kawalan jelajah (cruise control) diletakkan pada stereng.

Perubahan utama pada Nissan Teana serba baharu ialah enjin QR25DE baharu dibangunkan bersama penambahbaikan ketara pada julat tork rendah dan sederhana.

Enjin penuh kuasa ini didatangkan bersama sistem CVTC Berkembar (Twin Continuously Variable-valve Timing Control) Nissan.

Teana 2.5XV hadir dengan kuasa maksimum 173hp dan tork lebih tinggi iaitu 234Nm jika dibandingkan dengan model terdahulu (228Nm).

Nissan mengekalkan penggunaan enjin MR20DE yang telah terbukti pada varian 2.0XL dan 2.0XE. Enjin empat silinder, 16 injap bersesaran 1,997cc itu menawarkan kuasa maksimum 136hp dan tork 190Nm.

Kesemua tiga varian itu dibekalkan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi.

Turut ditawar suspensi belakang Multi-link dan sistem Stereng Kuasa Elektro-Hidraulik (Electro-Hydraulic Power Steering, EHPS) membantu ketika membelok.





Ia dilengkapi enam beg udara SRS di seluruh kabin. VDC (Vehicle Dynamic Control) dan TCS (Traction Control System) bersama beberapa sistem kawalan keselamatan seperti AUC (Active Understeer Control), ABS (Anti-locking Braking System), EBD (Electronic Brakeforce Distribution) dan BA (Brake Assist System) turut disedia. Sementara HSA (Hill Start Assist) pula mengelakkan kereta daripada mengundur ketika hendak memulakan perjalanan di laluan berbukit.

Teana serba baharu boleh didapati dalam tiga varian: 2.5XV, 2.0XL and 2.0XE. Lima warna termasuklah satu warna baharu iaitu Storm Blue, Tungsten Silver, Diamond Black, Bronze Gold dan Brilliant White.

Harga Nissan Teana serba baharu di atas jalan ialah RM169,900 untuk varian 2.5XV, RM149,800 bagi model 2.0XL dan RM139,800 untuk 2.0XE.

Maklumat lanjut layari laman web  www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 09:01 PM | Show all posts
akak berkenan. entahlah kia optima atau kereta ni? siapa dh beli nissan teana tlg komen
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 08:36 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 25-6-2014 09:01 PM
akak berkenan. entahlah kia optima atau kereta ni? siapa dh beli nissan teana tlg komen

kalau nak pemanduan yg selesa, amik teana la.


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 09:06 PM | Show all posts
waksir posted on 26-6-2014 08:36 PM
kalau nak pemanduan yg selesa, amik teana la.

selesa?

akak belum test drive lg.

akak kena racun dengan k5.

tp tak de model yg akak nak turbo cgi.

fening2.



Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:58 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 26-6-2014 09:06 PM
selesa?

akak belum test drive lg.

kalau nak cgi tu ... amik merc la.

pegi dulu test drive K5 & teana tu .... tengok features mane yg best & bersesuaian dgn kehendak diri.
cuma bg sy, kalau selalu drive long distance & jalan biasa ... mmg elok amik teana.



Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:33 AM | Show all posts
tgk skang ni bersepah org duk pakai honda accord baru tu..
dh mcm myvi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2014 12:19 PM | Show all posts
waksir posted on 26-6-2014 08:36 PM
kalau nak pemanduan yg selesa, amik teana la.

mmg nak selesa tak nak gadget pelik2 mcm akak nak pg angkasa lepas.

tp kia optima 5 tahun warranty..

hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nissan teana ada keluar model baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2014 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Vote for Teana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.159005 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list