CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1597|Reply: 1

[Dunia] Lebih 5.3 juta tunai umrah menjelang Ramadan

[Copy link]
Post time 25-6-2014 09:51 AM | Show all posts |Read mode
MEKAH 24 Jun - Jumlah umat Islam yang akan melakukan ibadah umrah dijangka meningkat dengan kedatangan bulan Ramadan.
Arab News melaporkan, statistik terkini mendedahkan bahawa jumlah jemaah yang memasuki Kota Mekah telah mencecah 5.3 juta sehingga Ahad lalu.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya akan terus bersiap sedia untuk musim umrah kali ini dengan melancarkan kempen kesihatan besar-besaran untuk menyedarkan rakyat, peniaga, pelawat dan jemaah terhadap penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV).
Portal berita Saudi Gazette melaporkan bahawa, pihak kementerian mengambil sikap dengan memberi kesedaran dalam kalangan jemaah umrah mengenai langkah berjaga-jaga dan pencegahan untuk mengelakkan dijangkiti MERS-CoV.
Kementerian turut menegaskan mengenai kepentingan mengambil vaksin yang sepatutnya diambil oleh jemaah bagi melindungi diri.
Tambahnya lagi, kementerian juga sedang memantau keadaan kesihatan jemaah umrah yang masuk di kedua-dua kota suci Mekah dan Madinah dari hari ketibaan mereka sehingga meninggalkan negara ini.
Sementara itu, Kementerian Haji turut mengesahkan bahawa setakat ini tiada jemaah umrah yang dijangkiti MERS-CoV.
Kementerian Haji juga menjangkakan lebih jemaah umrah akan tiba sempena bulan Ramadan bermula minggu ini.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 04:01 PM | Show all posts
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.903965 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list