View: 4113|Reply: 25
|
[Tempatan]
Jerebu: salah Sumatera lagi
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Aktiviti pembakaran di Sumatera Tengah Indonesia, menjadi punca munculnya jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu negara.
Tiupan angin barat daya ketika aktiviti pembakaran membawa asap ke negara ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel.
Beliau berkata, menurut laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) berpusat di Singapura Sabtu lalu, wujud lingkaran asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di wilayah Riau negara itu.
"Pihak ASMC melaporkan bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan melalui imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) di Sumatera pada 21 Jun adalah sebanyak 88," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Imej satelit itu turut mengesan 17 titik panas di dalam negara iaitu Pahang (1), Sabah (5), Sarawak (10) dan Terengganu (1).
"Dalam keadaan cuaca panas dan kering serta keadaan atmosfera yang statik (tenang), habuk-habuk terampai yang dibawa merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan kekal berkumpul dalam ruang udara dan menyebabkan keadaan sedikit berjerebu," katanya.
Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa memantau bagi mencegah pembakaran terbuka.
Katanya, 194 pegawai JAS diberi kuasa menangkap penjenayah alam sekitar di bawah peruntukan Seksyen 37 C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, (Pindaan) 2012.
Sementara itu, menurut portal JAS, 30 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiap2 tahun Indon bikin masalah...memang dasar yahudi betul indon ni...Jew=Jawa |
|
|
|
|
|
|
|
apa itu warna kelabu aku nampak macamlah debu,
oh rupanya itulah ohhh jerebu...
nampak asap berdebus-debus,
bila terhidu memang tak bagus,
wahai kabus bila kau hendak berambus bus oss buss buss ooss berambus oss oss oss...
ayam dikampung kuat berkokok,
kita disini terbatuk-batuk,
uhuk uhukk uhukkk,
gara-gara apa ye,
OHHH JEREBU~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo kita nuke dorang setel masalah x?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur - Pencemaran jerebu merentas sempadan yang melanda negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.
Beliau berkata lingkaran asap jerebu sederhana daripada kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia, dan tiupan angin dari arah barat daya membawa asap jerebu ke kawasan tengah pantai barat Semenanjung Malaysia.
Ini ditunjukkan oleh peta jerebu serantau dan peta imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 18 yang dikeluarkan pada Ahad oleh Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) berpusat di Singapura.
"ihak ASMC juga melaporkan 116 titik panas (hotspots) dikesan melalui imej satelit NOAA 18 di Sumatera pada 22 Jun," kata Palanivel dalam satu kenyataan.
Selain itu, 11 titik panas dikesan dalam negara iaitu empat di Sabah, Selangor (3), Negeri Sembilan (2) serta masing-masing satu di Melaka dan Pahang.
Palanivel menjelaskan dalam keadaan cuaca panas dan kering serta keadaan atmosfera yang statik (tenang), habuk-habuk terampai yang dibawa merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan kekal berkumpul atau terperangkap dalam ruang udara dan menyebabkan keadaan sedikit berjerebu.
Bagi menangani musim panas dan kering Monsun Barat Daya serta impak fenomena El-Nino, kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil beberapa langkah awal termasuk mengaktifkan pelan tindakan pencegahan pembakaran terbuka di seluruh negara mulai Februari lepas.
------------------
Selamat menyedut jerebu hingga September
|
|
|
|
|
|
|
|
Yindon punya kerja ni selalu tak semenggah. Ada je yg tak senonohnya. Dah la skrg tgh panas. Tambah lagi dgn jerebu |
|
|
|
|
|
|
|
Yindon dna mak aku ni time panas ni la nak membakar...bikin panas je |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku pelik di Malaysiakini...cina-cina xmahu plak mengakuinya.... cina sayang indon rupanya asalkan dpt knekan Bn umno |
|
|
|
|
|
|
|
sedarlah wahai korang2 semua
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai...dahla cuaca panas..
jerebu plk... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa mereka menyusahkan negara lain ?? |
|
|
|
|
|
|
|
kat n9 ni mmg jerebu sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
dasar yindon caprut...xreti bahasa...time2 panas ko nk membakar |
|
|
|
|
|
|
|
hazab sgt indon ni
selayaknyalah kalo elohim turunkan bala gempabumi pada mereka ni
dah le musim panas, gatal bijik lak nak gi bakar2 hutan nih sume
lagilah bertambah2 jerebu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi ai, selain Sumatra, Msia pun sama bertanggungjawab.. tu kat area KLIA ahad lepas.. mcm resident evil u tau!! |
|
|
|
|
|
|
|
jangan main mat luar n pakai la topeng |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam ngn Ahad teruk jerebu...ingatkan nk hujan, tp panas je, hujan x turun2... |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox posted on 24-6-2014 01:57 AM
sedarlah wahai korang2 semua
Yang ni mmg legend.
Boleh diletakkan sebaris dgn kata2 Gandhi dan lain icon dunia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|