View: 8861|Reply: 71
|
[Tempatan]
Remaja ingkar arahan bapa: meninggal eksiden
[Copy link]
|
|
![](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.292702.1403493767!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg)
Gambar kemalangan yang membabitkan dua mangsa di Lebuhraya BKE awal pagi semalam
BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita maut manakala rakan lelakinya cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Kilometer 8.6 Lebuhraya Butterworth Kulim Expressway (BKE) semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, Nor Farizah Suhaimy, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala Saiful Helmi Zulkiflee, 22, kritikal selepas dilanggar sebuah kereta Mercedes dari belakang.
Difahamkan, motosikal Honda EX5 yang ditunggang Saiful Helmi tidak melalui lorong khas yang disediakan sebaliknya menggunakan lorong kiri lebuh raya sebelum kedua-duanya tercampak di tepi jalan selepas dilanggar seorang lelaki.
Pelanggaran terbabit menyebabkan motosikal mangsa terperosok di bahagian depan kereta dan pemandu, Tan Jian Hong, 26, meneruskan pemanduan selepas beberapa ahli kumpulan motosikal yang menunggang bersama mangsa bertindak untuk
menyerangnya.
Jian Hong kemudiannya memandu sehingga simpang Kampung Tok Elong sebelum keretanya terbabas ke dalam longkang di Jalan Tengah, Perkampungan Berapit.
Ahli kumpulan motosikal terbabit kemudiannya bertindak membaling batu dan memecahkan cermin kereta terbabit kerana menyangka pemandu cuba melarikan diri.
Jian Hong yang mengalami kecederaan di bahagian kepala kemudiannya dibawa orang awam ke Hospital Island, Georgetown untuk rawatan dan dilaporkan stabil.
Saiful Helmi dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala mayat Nor Farizah turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Sementara itu, Suhaimy Yakin, 40, yang merupakan bapa Nor Farizah berkata, anaknya meminta izin untuk keluar kira-kira jam 9 malam namun tidak dibenarkan.
“Arwah tetap keluar apabila dijemput rakannya dan saya hanya tahu mengenai kemalangan yang menimpanya kira-kira jam 5 pagi.
“Saya sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpanya dan berharap orang ramai memadamkan dan tidak menyebarkan gambar kemalangan tersebut,” katanya.
p/s- takziah... |
|
|
|
|
|
|
|
Serba salah kalau aku jd driver tu..mati anak org weyhh..tp anak org tu pun x brapa menjadi..camna tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
bohsia jalang dan mat rempit kan? selayak nya lah, yang duk baling batu tu pun harus mati sekali sahaja menjadi bangkai kemudian di lahap kambing, memang bukan salah cina itu sebab akak tahu sangat macam mana sakai rempit ni memandu, cina itu lari pun sebab perangai bangsat mat rempit ni, tahu tahu lah kan perangai mereka kalau kena langgar.
elohim bayar cash sahaja dekat anak derhaka di duniawi ini. |
|
|
|
|
|
|
|
anak dara skrg memang sggup bunuh makpak janji boleh ikut jantan...
dlm kes ni dia sehidup semati dgn jantan pujaan... |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina posted on 23-6-2014 12:43 PM ![](static/image/common/back.gif)
Serba salah kalau aku jd driver tu..mati anak org weyhh..tp anak org tu pun x brapa menjadi..camna ...
pg balai je.
polis siasat.
malaysia ada undang2 lg.
kalau duk situ takut kena pukul.
melainkan org awam baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...
kesian... remaja yg tengok seronok memberontak & berbuat sesuka hati
x mau fikir kesan dr perbuatan sendiri..
makbapak yg menanggung kesedihan/kensengsaraan & macam2 tomahan dr masyarakat..
bertabah la jd parents..harap2 ank2 kita x buat semua benda ni..
kdg2 takut jugak nak cerca2 ank org..
ank sendiri pun x dpt nak dipastikan akhirnya mcam mana
minta2 dijauhkan dr semua ni..
Nauzubillah... |
|
|
|
|
|
|
|
takziah....pegajaran buat semua remaja ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nyampah plak aku baca komen2 si sissysembah ni... x abis2 ko punya elohim |
|
|
|
|
|
|
|
anaknye kuar 9 mlm
kejadian berlaku jam 3.15 pagi..
iskkkhh2 ![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dr jam 9 mlm spai waktu kene langgar tu agak2 ape la yg die bt dgn pakwe die.. Hope x bt perkara yg dilaknat... Innalillahh |
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah....pengajaran tuk anak anak diluar sana. Bergelimpangan mayat dalam gambar tu![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
takziah.. izin ibu bapa penting dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Simpati buat keluarga arwah.....Al-Fatihah... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...tak sempat nak mintak ampun kat ayah sbb tak dgr cakap. apa pon takziah kpd ahli keluarga... |
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 23-6-2014 12:49 PM
anak dara skrg memang sggup bunuh makpak janji boleh ikut jantan...
dlm kes ni dia sehidup semati d ...
pntun melayu ade kate..
nasik lemak buah bidara
syg selasih hamba lurutkan
buang emak buang sedara
kerana kasih hamba turutkan |
|
|
|
|
|
|
|
takziah utk en suhaimy sekeluarga..
|
|
|
|
|
|
|
|
selayak nya lah.
kakak harap mereput dalam neraka kelak.
elohim bayar cash sahaja sekarang ini
|
|
|
|
|
|
|
| |
|