CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4794|Reply: 19

[Jenayah] Jenayah rogol diKelantan.

[Copy link]
Post time 21-6-2014 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Tangani kemungkaran dengan cermat

Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid


MENGGEMPARKAN... Kes dua remaja perempuan yang didakwa dirogol oleh lebih 30 individu di Ketereh, Kelantan pada 20 Mei lalu menyaksikan 21 orang didakwa. Tiga beranak turut menjadi antara suspek yang direman bagi membantu siasatan di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 29 Mei lalu. - utusan/ Irwan Majid

MEMERHATIKAN pola jenayah di Kelantan, timbul rasa takut dalam kala-ngan orang awam kerana negeri itu tidak lagi boleh berbangga sebagaimana pernah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat katakan 13 tahun lalu.

"Di Kelantan, orang perempuan tidak dirogol, tidak berzina. Kenapa orang Kelantan tak rogol perempuan? Kerana Islam. Dia (orang Kelantan) tahu kalau duk (duduk) kat gelap pun malaikat ada, Tuhan tengok." Demikian kata beliau ketika masih Menteri Besar Kelantan yang dilaporkan akhbar pada 28 Ogos 2001.

Kes rogol yang berlaku di Ketereh pada 20 Mei lalu mengejutkan seluruh rakyat bukan kerana ia kes pertama tetapi mencatatkan sejarah apabila dua remaja perempuan diperkosa secara bergilir-gilir oleh 21 lelaki berumur antara 15 hingga 32 tahun. Empat remaja lelaki bawah umur yang terbabit, seorang daripadanya berusia 17 tahun dikatakan mengaku merogol remaja perempuan berusia 15 tahun.

Menurut perangkaan polis Kelantan, sepanjang lima bulan tahun ini walaupun jumlah kes menunjukkan penurunan sebanyak 1.09 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, berlaku sedikit peningkatan kepada jumlah mangsa bawah umur. Daripada 91 mangsa rogol, 84 adalah remaja di bawah 18 tahun.

Sebagai sebuah negeri yang pernah digelar Serambi Mekah dan sejak 1990 menerajui konsep ‘membangun bersama Islam’ menerima tamparan hebat atas kelahiran kes jenayah rogol yang terhebat, perogol berkumpulan yang paling ramai hingga kini dan seorang perogol bersiri yang menjalani hukuman penjara paling lama.

Kes rogol di Kelantan meningkat empat kali ganda pada 2013 kepada 225 kes. Berdasarkan rekod polis, antara 1996 hingga 2000, jumlah kes rogol yang dilaporkan 270 kes, yakni 44 kes pada 1996, 77 kes 1997, 61 kes 1998, 38 kes 1999 dan 50 kes 2000. Peningkatan ini berlaku atas beberapa andaian, termasuk apa yang pernah disimpulkan ramai pihak mengenai penghayatan dan amalan ajaran Islam.

Kalau dilihat dari perspektif agama, rogol adalah jenayah keji yang dikutuk oleh Allah SWT dan termasuk dalam kesalahan zina. Meskipun rogol dan zina berbeza dari segi orientasi tindakan, kedua-duanya tetap dikategorikan sebagai dosa besar. Zina kebiasaannya tidak melibatkan unsur-unsur paksaan kerana dua pihak yang terbabit saling bersetuju sedangkan rogol berlaku kerana salah seorangnya dipaksa.

Mengikut rekod polis Kelantan, ada kejadian zina pada asalnya bertukar kepada kes rogol apabila mangsa membuat laporan diperkosa. Kejadian itu berlaku melibatkan pasangan kekasih.

Jadi apa yang pernah disimpulkan oleh bekas Menteri Besar Kelantan pada 2001 itu boleh dianggap sebagai mitos.

Mitos pertama ialah seolah-olah tidak berlaku kejadian rogol di Kelantan manakala mitos kedua, perempuan Kelantan tidak akan dirogol walaupun berada dalam gelap atau tempat bersembunyi.

Rekod polis membuktikan sebaliknya. Analisis trend membuktikan kerajaan negeri tidak berusaha secukupnya membangunkan nilai-nilai kehidupan yang selari dengan konsep ‘membangun bersama Islam’.

Ketereh, bandar yang jaraknya sekitar 20 kilometer dari Kota Bharu. Kota Bharu telah diisytiharkan oleh kerajaan Kelantan sebagai Bandar Raya Islam manakala pihak berkuasa tempatan Ketereh dipilih sebagai model Majlis Perbandaran Islam.

Sayang sekali, Islam di Kelantan hanya pada nama.

Bersambung.




Last edited by Anak_Nogori on 21-6-2014 01:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2014 01:25 PM | Show all posts
Sejak akhir tahun lalu, Kelantan begitu bersungguh-sungguh mahu menghidupkan semula pelaksanaan hukum hudud setelah tertangguh selama 20 tahun selepas Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan diluluskan pada 1993. Kehangatan itu berpunca daripada cabaran-cabaran yang dilontarkan oleh pihak tertentu yang mahu melihat ke-tegasan Menteri Besar baharu.

Cabaran tersebut berkait rapat dengan kenyataan daripada Jabatan Kehakiman Syariah ketika Kompleks Mahkamah Syariah Kelantan yang dibiayai oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia siap dibina. Ketika itu, Pengarah Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Kelantan menyatakan kesanggupan untuk melaksanakan hudud dan menyebabkan kerajaan Kelantan ter-singgung.

Kemudian, Brunei Darussalam pula bertegas melaksanakan hukum hudud dan ia benar-benar menjadi realiti pada Mei lalu.

Kerajaan Kelantan pula terpinga-pinga kerana masih banyak persiapan yang tidak dilakukan termasuk memberikan kefahaman kepada rakyatnya sendiri.

Apabila berlakunya kes rogol berkumpulan, seperti orang mengantuk disorong bantal apabila salah seorang pemimpinnya berkata, undang-undang sekarang tidak cukup menakutkan orang ramai agar tidak melakukan kes-kes jenayah seperti rogol, mencuri dan zina.

Atas premis itu beberapa pemimpin Kelantan menyuarakan kebimbangan seandainya hukum hudud gagal dilaksanakan, kes-kes jenayah akan terus meningkat.


Ia masih bersifat retorik kerana usaha memperkuatkan kepatuhan kepada ajaran Islam masih tidak jelas.

Kelantan terus mencipta sejarah tetapi sayangnya ia sejarah hitam yang beransur-ansur menjejaskan imejnya sebagai Serambi Mekah dan menggagalkan asas ‘memba-ngun bersama Islam’.

Inilah realiti kehidupan yang sedang diperhebatkan oleh generasi muda Kelantan.



Bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2014 01:28 PM | Show all posts
Yusuf al-Qaradawi mengungkapkan sejumlah prasyarat untuk mengubah kemungkaran bersesuaian dengan hadis; "Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya dan seterusnya ....".

Pertama, kemungkaran itu adalah sesuatu yang diharamkan oleh syariat Islam dan bukan sesuatu yang khilafiah. Tidak termasuk kategori ‘al-Mungkar’ itu misalnya soal fotografi, boneka atau patung mainan, nyanyian dengan muzik atau tanpa muzik. Ini bermakna seseorang itu tidak boleh menetapkan sesuatu perkara yang masih menjadi perdebatan para fuqaha sebagai sesuatu yang mungkar.

Kedua, kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan. Kemaksiatan yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi tidak boleh diintip, memasang alat perakam atau kamera untuk mengetahuinya.

Ketiga, kemampuan untuk bertindak dan mengubah kemungkaran. Jika seseorang itu tidak mampu dengan ‘tangan’ maka dapatlah dilakukan secara ‘lisan’. Biasanya yang dapat mengubah sesuatu dengan tangan adalah penguasa. Bagaimana pula jika kemungkaran itu dilakukan oleh pemerintah atau pihak lain yang dilindunginya?

Menurut Qaradawi, para aktivis itu haruslah mempunyai salah satu daripada tiga kekuatan iaitu ketenteraan, suara majoriti perwakilan dan kekuatan massa (masyarakat, media cetak dan elektronik, individu perseorangan). Jika salah satu daripada tiga kekuatan itu tidak dimiliki, Qaradawi menganjurkan usaha mencegah kemungkaran dilakukan menggunakan cara lisan (tulisan, dakwah, nasihat, undang-undang) sehingga dapat mempengaruhi masyarakat bagi tujuan menghapus kemungkaran.

Keempat, untuk mencegah sesuatu kemungkaran perlu dilihat ke atas kesannya sama ada ia menimbulkan kemudaratan yang lebih besar atau tidak.

Melihat kepada pandangan dan syarat-syarat yang dikemukakan oleh Qaradawi, jelas sekali perlunya kecermatan dan kejituan dalam menangani sesuatu persoalan kemungkaran.

* PENULIS ialah Pengurus Besar Analisa dan Pengurusan Isu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Renc ... ermat#ixzz35FTJ7VkD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
menakutkan..nasib baik aku bukan org kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 05:23 PM | Show all posts
Kelantan bukan sekarang je terkenal dengan negeri darul sex ni.................sejak dari dulu lagik. Betina2 dia banyak jual apam kat lorong2 gelap, escort girl, penari.......macam2 lagilah.
Itu sebab bila nak cover line..........pilih PAS.........konon2 Allah Ta'ala tak tengok maksiat kat negeri mereka.......konon2 express syurga bila undi PAS. Kononnya la..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2014 05:46 PM | Show all posts
batu kikir posted on 21-6-2014 05:23 PM
Kelantan bukan sekarang je terkenal dengan negeri darul sex ni.................sejak dari dulu lagik ...

sekarang tuhan bayar cash kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2014 03:53 AM | Show all posts
somban gak juara......!

gajah depan mata tak nampak...... TT nie buto

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 09:23 AM | Show all posts
Sibuk pasal kelantan pulak pokcik nie...
N9 tue aman sgt ke? Bodoh gilo..
dah lah merempat...pui
sibuk je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Macai umno pprt bukit umo 60 tahun kubur kata mari gigih duk kutuk negeri pembangkang...meme kelate darul rogol....but you really need to SIT.
#milopanas
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Elohim bayar cash kerna xikut ketuhanan umeno melayu ka sis?..sejak bila elohim main politik sis?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelantan tu kecik tp rakyat ramai.satu family bebelas org.that explain why kes kat tpt dia tinggi.somemore walau semua penduduk dia pakai baju kitung n tudung tp pergaulan bebas still berleluasa.lgbsatu xde penguatkuasaan dr pihak berkuasa.sembang kencang jah serambi mekah..mocik rasa sana dh rupa afrika jah.pompuan jd hamba seks
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 09:47 AM | Show all posts
Aku dengar Kelantan ni negeri PAS, agama Islam kuat tapi banyak pulak kes rogol. Kalau Kelantan guna hudud nanti ramailah orang Kelantan lari ke negeri lain dan buat jenayah rogol kat negeri lain. Takut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 09:53 AM | Show all posts
batu kikir posted on 21-6-2014 05:23 PM
Kelantan bukan sekarang je terkenal dengan negeri darul sex ni.................sejak dari dulu lagik ...

oo..baru aku paham skg, good info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 11:53 AM | Show all posts
mokcikKSKB posted on 22-6-2014 09:36 AM
Kelantan tu kecik tp rakyat ramai.satu family bebelas org.that explain why kes kat tpt dia tinggi.so ...

Tapi masalahnya Nik Aziz tak nak faham..sebab tu dia kata macam ni.

"Di Kelantan, orang perempuan tidak dirogol, tidak berzina. Kenapa orang Kelantan tak rogol perempuan? Kerana Islam. Dia (orang Kelantan) tahu kalau duk (duduk) kat gelap pun malaikat ada, Tuhan tengok."
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir posted on 21-6-2014 05:23 PM
Kelantan bukan sekarang je terkenal dengan negeri darul sex ni.................sejak dari dulu lagik ...

Yg busuk hanyirnya tine2 ni menyundet di luar kltn.siang student mlm sundet. Kalau tak kluar dr kltn skandal ngan laki org.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 04:38 PM | Show all posts
maaf le tuan hamba menjampuk...kt mna2 pun ada jenayah..lg2 da akhir zaman ni..di arab saudi yg da bertahun jalankan hukum Allah tu pun masih ada yg berzina..ini kan pula malaysia, kelantan..kita cegahlah selagi kita mampu..
segala2 nya bermula dari kita sndiri..bkn sbb pemerintah atau hukuman..tgk diri kita dulu mcm mna...
sekian terima kasih dari sy penduduk bumi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2014 04:44 PM | Show all posts
penduduk_bumi posted on 22-6-2014 04:38 PM
maaf le tuan hamba menjampuk...kt mna2 pun ada jenayah..lg2 da akhir zaman ni..di arab saudi yg da b ...

Itu saya faham penduduk bumi...tapi org arab dia tak cakap macam ni.

"Di Arap, orang perempuan tidak dirogol, tidak berzina. Kenapa orang arap tak rogol perempuan? Kerana Islam. Dia (orang arap) tahu kalau duk (duduk) kat gelap pun malaikat ada, Tuhan tengok."
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
watpe nk rogol2 segala, klate kn dkt dgn Golok, seberang sungai gie Danok.. berlambak ayam Siam menanti.. servis & skill di jamin tip top.. xde la dpt bau budu je aftersex.. kah2x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 04:54 PM | Show all posts
prettymanja posted on 22-6-2014 04:51 PM
watpe nk rogol2 segala, klate kn dkt dgn Golok, seberang sungai gie Danok.. berlambak ayam Siam mena ...

pasal tu plak..teringat jugak saya kata2 seorang ulamok dari Serambi Mekoh dok kecek..tu pun ada wartawan tanya dia..kenapa maksiat banyak diKelantan...apa dia kata...tu semua salah HUMNO krn import maksiat tu dari negeri2 jirannya..termasuk siam..

namun salahnya tak jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-6-2014 04:54 PM
pasal tu plak..teringat jugak saya kata2 seorang ulamok dari Serambi Mekoh dok kecek..tu pun ada w ...

khen.. siap2 dorang dulu yg berator berebot2 kt tepi sg Golok nk gie Danok Uolss.. kiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.249649 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list