KUALA LUMPUR 18 Jun - Seorang pelajar tahun 3 jurusan Kejuruteraan Mekanikal di sebuah universiti di London, United Kingdom, Aiman Ahamad Latif yang dipercayai hilang sejak beberapa hari lalu ditemui mati di sebuah hotel di London hari ini. Menurut Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (United Kingdom), Ikmal Hazlan Ikmal Hisham, polis menjumpai mayat tersebut di Hotel Holiday Inn, London. Bagaimanapun, katanya, punca kematian pelajar tersebut masih belum diketahui dan masih disiasat oleh pihak polis. "Kita masih belum mendapat maklumat punca kematian Aiman Ahamad dan tidak mengetahui bagaimana mayatnya boleh ditemui di hotel tersebut. "Bagaimanapun, ahli keluarga pelajar terbabit sudah tiba di London untuk menguruskan jenazah mangsa," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140619/je_11/Pelajar-Malaysia-ditemui-mati-di-London#ixzz355XbgoqV
© Utusan Melayu (M) Bhd
|