CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2058|Reply: 7

[Tempatan] Malaysia tangga ke-15 kenaikan harga rumah

[Copy link]
Post time 4-6-2014 07:53 AM | Show all posts |Read mode


Malaysia menduduki tempat ke-15 dalam kalangan negara yang mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi pada suku pertama 2014 daripada 54 negara yang dikaji oleh laporan terbaharu Indeks Harga Rumah Global Knight Frank.

Laporan Knight Frank itu mendapati harga rumah di negara ini pada suku pertama 2014 meningkat lapan peratus dalam tempoh setahun berbanding suku pertama tahun lalu.

menjadikan Malaysia sebagai negara kelima di rantau Asia yang mencatatkan kenaikan harga tertinggi sepanjang tempoh itu, di belakang Emiriah Arab Bersatu (UAE), China, Taiwan dan Indonesia.


UAE menerusi bandar raya utamanya, Dubai menduduki tangga teratas dalam indeks itu buat suku keempat berturut-turut apabila harga rumahnya melonjak 27.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama 2013.

Penyelidik Kediaman Antarabangsa Knight Frank, Kate Everett-Allen, berkata Indeks Harga Rumah Global terus meningkat buat lapan suku berturut-turut, namun kadar pertumbuhan harganya sedikit perlahan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Katanya, walaupun indeks menyaksikan pertumbuhan lebih perlahan pada suku pertama 2014 apabila hanya berkembang 0.6 peratus berbanding 1.2 peratus pada suku sebelumnya, ia masih mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 7.1 peratus.

“Suku terakhir biasanya menyaksikan kemuncak urus niaga jualan memandangkan pembeli bergegas untuk menyelesaikan pembelian sebelum tahun baharu apabila pelbagai peraturan cukai selalunya berkuat kuasa.
“Ini menyebabkan pasaran biasanya lebih lengang pada suku pertama,” katanya mengulas laporan Indeks Harga Rumah Global Knight Frank dalam satu nota, semalam.

Sementara itu, pemulihan dalam pasaran perumahan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan Iceland terserlah apabila ketiga-tiga negara itu muncul di 10 tempat teratas peningkatan harga rumah yang turut disertai pasaran sedang pesat membangun utama seperti China, Turki dan Brazil.

Kadar pertumbuhan harga rumah di AS sedikit perlahan pada suku pertama, yang secara puratanya meningkat 10.3 peratus setahun, berbanding 11.3 peratus pada suku sebelumnya.

Sepuluh negara menduduki tempat terbawah dalam indeks terbaharu itu pula rata-ratanya terdiri daripada negara Eropah Timur dan Eropah Selatan.

Buat kali pertama sejak tahun 2008, tiada sebuah negara dikaji oleh indeks itu mencatatkan penurunan harga tahunan melebihi 10 peratus. Singapura dan Jepun muncul dua negara bukan Eropah yang berada di kedudukan 14 terbawah dalam indeks berkenaan.

Indeks Harga Rumah Global Knight Frank yang dimulakan pada tahun 2006 ialah pengukur utama kepada pelabur serta pemaju untuk memantau dan membandingkan prestasi pasaran kediaman di seluruh dunia.

Maklumatnya dikumpulkan pada setiap suku tahun menggunakan perangkaan rasmi kerajaan atau data bank pusat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 09:12 AM | Show all posts
Alhamdulillah. Nilai 8 peratus ni takde banyak sangat.
Just berpadanan dengan kadar inflasi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 11:42 AM | Show all posts
Kita harus berbangga sebab dapat mengalahkan Singapork dalam ranking ini. Malah, kelibat nama Singapork tak nampak pun.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 11:43 AM | Show all posts
alhamdulillah...pasaran hartanah kita tinggi dan baik..tanda ekonomi baik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni mak bapak kena beli rumah sendiri wariskan rumah kat anak sendiri nanti 10 thn ke 20 thn takut anak x mampu nak beli rumah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:45 PM | Show all posts
wah...pencapaian yang baik tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2014 04:11 PM | Show all posts
nak bangga ke tak pencapaian "hebat" ini?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 08:07 AM | Show all posts
giler wei.... xmampu nk ada rumah sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.367503 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list