View: 8129|Reply: 91
|
[Tempatan]
ULASAN DR. MAZA - CALON2 PILIHANRAYA KECIL TELUK INTAN
[Copy link]
|
|
ULASAN DR. MAZA - CALON2 PILIHANRAYA KECIL TELUK INTAN
Alyaa Azhar
| May 31, 2014
Walaupun Dyana belum lagi mencapai tahap seorang pemidato yang baik, Dr Asri berpendapat bahawa undi kaum Cina sememangnya untuk wanita berusia 27 tahun itu.
dr-maza-asri-tajdidPETALING JAYA: Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sememangnya harus memperbaiki lagi kemahirannya dalam memberi ucapan.
Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberitahu FMT bahawa Dyana belum cukup mantap di atas pentas, lebih-lebih lagi di khalayak ramai.
Asri malam tadi telah menghadiri kedua-dua ceramah DAP serta Barisan Nasional (BN) di Teluk Intan.
“Dyana memang ada pakej, ada rupa. Saya menjangkakan bahawa dia seorang pemidato yang baik, dan saya tahu dia masih baru, tetapi hakikatnya dia belum sampai tahap itu lagi.
“Cara dia mengulas sesuatu isu juga kurang menarik. Jadi dia harus menambah baik kemahiran berucapnya.”
Asri yang turut menghadiri ceramah BN terlebih dahulu malam tadi berkata bahawa ceramah BN tampak lengang.
“Anggaran saya paling ramai pun 100 orang. Untuk DAP pula, saya dapati lautan manusia, anggaran saya dalam 10,000 orang.”
Melalui pengamatannya yang melihat begitu ramai kaum Cina yang hadir di ceramah DAP, ia seperti suatu isyarat bahawa undi kaum Cina untuk Dyana.
“Kaum Cina pada kebiasaanya tidak berminat mendengar ceramah politik. Tetapi melalui kehadiran mereka malam tadi, saya menjangkakan bahawa 70% sokongan kaum Cina adalah untuk Dyana.”
Beliau turut memuji kemahiran pihak pembangkang dalam berkempen, yang menurutnya, jauh lebih elok daripada BN.
`Ceramah DAP meriah’
“Mereka menggunakan pendekatan kempen presiden seperti di Amerika Syarikat. Ceramah DAP nampak meriah, seperti sebuah konsert.
“DAP nampak lebih bersedia dengan menggunakan skrin besar dan sebagainya. Gerak tubuh (body language) calon DAP juga lebih baik,” katanya.
Beliau turut merasakan bahawa penggunaan Bahasa Malaysia pemimpin DAP, terutamanya yang muda, jauh lebih baik berbanding pemimpin BN.
“Walaupun Bahasa Malaysia [pemimpin veteran DAP] Lim Kit Siang tidak begitu baik, tetapi pemimpin muda DAP rata-ratanya berbahasa Melayu dengan baik.
“Bahasa Malaysia pemimpin BN yang berucap malam tadi memang teruk, sehingga apa yang diperkatakan tidak difahami.
“Jika mahu jadi pemimpin yang benar-benar berjiwa Malaysia, seharusnya mereka fasih berbahasa Melayu,” katanya.
Tambah Asri, tidak banyak sebenarnya isu yang dibangkitkan kedua-dua pihak malam tadi, malah mereka hanya saling menuduh sesama sendiri tentang isu perkauman.
“Walaubagaiamanpun, kita harus berterima kasih kepada semua pihak, DAP serta BN, yang telah memeriahkan demokrasi,” katanya.
PRK Teluk Intan yang menyaksikan perlawanan satu lawan satu di antara Dyana serta calon BN Datuk Mah Siew Keong akan tamat petang ini dengan keputusan diumumkan seawal jam 9 malam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
undilah en. mah kalo nak dia jadi menteri kabinet... |
|
|
|
|
|
|
|
myvios posted on 31-5-2014 03:57 PM
undilah en. mah kalo nak dia jadi menteri kabinet...
tak perlu ada menteri cina dalam kabinet.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok ape ulasan dia.fair enough. |
|
|
|
|
|
|
|
“Bahasa Malaysia pemimpin BN yang berucap malam tadi memang teruk, sehingga apa yang diperkatakan tidak difahami. ya ampun... selama neh sebilangan DAP yg hazab bahasa melayu.rupa-rupanya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dyana menang, cina senang.... Melayu? Habuk pun x ada |
|
|
|
|
|
|
|
KALAU pengundi teluk intan bijak berpolitik, mereka akan undi BN...dan tuntut segala janji2 BN yg diberi sempena PRK ini...kalu hampehhhhh PRU akan datang undi DAP semula
kalau mereka undi DAP kali ini, hanya kekalkan status quo saja...tak merubah pemerintahan negara pun
pengundi malaysia perlu bijak
kerana pemimpin yg perlu bekerja untuk mereka, bukan sebaliknya |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa Dyana ni sepatutnya dicalon kan pada PRU tahun 2017. Tapi oleh kerana MP Teluk Intan (kawasan yg mempunyai kaum Melayu & Cina yg hampir sama) meninggal dunia secara mengejut, DAP terpaksa mencalonkan Dyana lebih awal dari yg dirancangkan
Dyana perlu banyak belajar lagi, terutamanya cara2 berpidato & cara menghadapi soalan perangkap wartawan.
Proses grow-up Dyana & Nurul Izzah berbeza. Nurul Izzah terpaksa membantu Ibunya terjun ke dlm bidang politik & melihat kejatuhan bapanya...serta menghadapai pelbagai serangan Mahathir keatas keluarganya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus ulasan dr maza...fair |
|
|
|
|
|
|
|
NeoMatrix posted on 31-5-2014 04:38 PM
Saya rasa Dyana ni sepatutnya dicalon kan pada PRU tahun 2017. Tapi oleh kerana MP Teluk Intan (kawa ...
dap tak harap menang pun
kalu menang itu satu bonus
teluk intan ni utk test market pengundi melayu saja
matlamat utama depa: kwsn campuran lain di seluruh negara yg depa bakal bertanding pru akan datang
teluk intan is mah's to lose
|
|
|
|
|
|
|
|
Calon Cina DAP ramai sekolah kebangangan jadi Bahasa Melayu dan ada resampling Melayu di hujung jari..
Bagus groom calon awal,tak macam
BN bolot semua kat keluarga,sedara,Sepupu sendiri..
Ni jawatan PM pun nak pas baton kat sepupu
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg dyana perlu byk blaja lg dlm pengucapan ni..tp xpe bg aku die ni byk lg masa..dlu masa anwar masuk penjara.ade la aku pg ceramah wan azizah.masyaallah teruk btul die berucaptp skang much better |
|
|
|
|
|
|
|
Inipon jenis doktor lalang xdak pendirian ,takat 4senawi 8 senawi tu smua maseh cari makan, suka publisiti dannn ramaiii sgt org yg tak mengaji kitab suka penceramah glamer mcm dia ni, hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
mast3rshad0w posted on 31-5-2014 04:49 PM
Inipon jenis doktor lalang xdak pendirian ,takat 4senawi 8 senawi tu smua maseh cari makan, suka pub ...
ni mesti org umno yg komen ni ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Calon bn nk jd calon pn bm masih x bagus smpi org xpaham???camne leh jd adun 2 penggal |
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 31-5-2014 04:33 PM
KALAU pengundi teluk intan bijak berpolitik, mereka akan undi BN...dan tuntut segala janji2 BN yg di ...
pengundi di malaysia mana ada yg bijak. majoritinya mengundi ikut sentimen jer ... klu mrk pandai mrk blh guna org politik utk kepentingan mrk.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|