Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata: “Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: “Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari”. (Riwayat al-Bukhari, Ibn Hibban, Ibn 'Abd al-Barr dll)
Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.
Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak juga umat Islam berkabung.Kita semua tidak lebih mulia dari meraka.
batmana posted on 30-5-2014 03:35 PM
mufti tido kot..
tgk video tu part last sekali, Dr Asri dpt tau dpd wartawan, bila tanya mufti lain, diorg bagitau takmo ulas taknak masuk campur institusi diraja punya hal..
teringin gak nak dengan ulasan ulama muda umno fathul bari dan radzi othman (yang kata muslimah berdemo setaraf dengan pelacur) mengenai isu ni.
Mana pegi ulama2 umno ni? Senyap je. Hari tu masa budak mati kt konsert arak tajaan kerajaan BN pun mereka senyap. Diaorg ni ulama utk semua ke atau ulama khas utk orang2 umno je?
Post time 30-5-2014 04:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bagus dr maza ni. seorg yg forward thinking. patut ustaz kat sekolah rendah menengah universiti dan masjid semua mcm dr maza. aku rs dia sgt berintegriti.