CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9763|Reply: 92

[Tempatan] Dua tahun sewa rumah tak berbayar

[Copy link]
Post time 30-5-2014 11:55 AM | Show all posts |Read mode

Dr Amiruddin berbual dengan Minah bagi mengetahui dengan lebih dekat masalah dialaminya.

AKIBAT kedaifan hidup, seorang warga emas tidak mampu membayar sewa rumah sejak dua tahun lalu.

Minah Shaari, 85, yang tinggal bersama dua anaknya di Kampung Matang Kerian di sini, kini buntu apabila pemilik rumah tersebut menyuruh mereka keluar dari kediaman itu.

Menurutnya, pendapatan tidak menentu diperoleh dua anaknya yang bekerja sebagai nelayan tidak mampu untuk menjelaskan sewa tertunggak.

“Kami tak mampu membayar sewa rumah sebanyak RM60 sebulan dan kini sudah dua tahun bayraran itu tertunggak.

“Mahu atau tidak kami terpaksa juga tinggal di sini memandangkan kami sudah tidak ada tempat untuk berteduh," katanya.

Minah berkata, walaupun dia menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM200 sebulan, namun hanya cukup untuk membeli makanan mereka sahaja.

Dia kini mengharapkan ada pihak yang sudi memberikan bantuan rumah kepadanya sekeluarga memandangkan mereka kini sudah tiada tempat berteduh.

Masalah dialami keluarga itu mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (Maipk) Dr Amiruddin Mohamed yang meluangkan masa melawat mereka sempena program ziarah ke kawasan Pengkalan Baharu.

Dr Amiruddin berkata, pihaknya akan membantu keluarga itu bagi menyelesaikan masalah dihadapi.

“Kita akan melihat keperluan mereka dan seterusnya mencari jalan bagaimana mahu membantu keluarga ini seperti yang sepatutnya,” katanya.


p/s- 2 orang anaknya hanya mengharapkan rezeki turun dari langit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
- 2 orang anaknya hanya mengharapkan rezeki turun dari langit...

Setuju.. bagi penampaq je
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:59 AM | Show all posts
makcik tu mmg la x boleh nk cari rezeki
tp 2 org ank tu keje nelayan mmg x boleh yerk nak support ..
ke aku yg x tahu mcam mana susahnya jd nelayan utk mencari rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:00 PM | Show all posts
Kenapa la org melayu ni terlalu mudah berputus asa
terlalu cepat meminta2.. rm60 pun tak boleh diusahakan membayar?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:04 PM | Show all posts
Aku ingat org tua di malaysia ni sume ada tanah kg, buat rumah, tu yg ada istilah balik kampung. Tp x jugak ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:04 PM | Show all posts
dah 2 tahun baru penjaga zakat jumpa?

selama ni korang buat apa??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2014 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cammie1711 posted on 30-5-2014 12:00 PM
Kenapa la org melayu ni terlalu mudah berputus asa
terlalu cepat meminta2.. rm60 pun tak boleh dius ...

Makcik ni mintak xbyk pun...sebijik umah je
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:07 PM | Show all posts
kalau tak ada rezeki semasa menangkap ikan, knpa x cari kerja lain mcm keja2 kg, keje kdai makan, buruh or lain2??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 12:11 PM | Show all posts
Menurutnya, pendapatan tidak menentu diperoleh dua anaknya yang bekerja sebagai nelayan tidak mampu untuk menjelaskan sewa tertunggak.


anak 2 org tu keje sbg nelayan... bukan tak keje pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:11 PM | Show all posts
Mcik ni tak bersalah.....anak dia dua org tu buat pe?....

Pendatng haram dtg sini, mewah je hidup....dah lah sewa rm60 je sebln, duit jkm mak yg rm200 tu pun nak share sana.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:12 PM | Show all posts
theotherfriend posted on 30-5-2014 11:58 AM
- 2 orang anaknya hanya mengharapkan rezeki turun dari langit...

Setuju.. bagi penampaq je

Typical of "Melayu"...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:15 PM | Show all posts
kalau dah 2 tahun ini ketua kampung x buat kerja, org keliling jiran2 pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nelayan ni selalu dikaitkan dgn menghisap dadah... Kebanyakan deme pon mengaku hisap dadah sebelum turun laut baru leh tahan gelora air laut.. Tah la.. Melayu kan.. Kata lebih kang dikata apa lak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kerikangkung posted on 30-5-2014 12:04 PM
dah 2 tahun baru penjaga zakat jumpa?

selama ni korang buat apa??

Dia ada anak 2 org.
perlukan nak guna duit zakat?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:19 PM | Show all posts
Ini baru melayu. Kalau cina, india ...laagi la menyedihkan.

Dapat nasi percuma dari tuan melayu pun masih takde tempat tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:21 PM | Show all posts
poyohabis posted on 30-5-2014 12:16 PM
Nelayan ni selalu dikaitkan dgn menghisap dadah... Kebanyakan deme pon mengaku hisap dadah sebelum t ...

nampak sangat engko baru menagih syabu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Murahnya sewa. Cumanya lubang di dinding tu besar sangat. Senang org nak skodeng kita dlm rumah

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:26 PM | Show all posts
theotherfriend posted on 30-5-2014 12:17 PM
Dia ada anak 2 org.
perlukan nak guna duit zakat?

apa yg tak perlu plak bai...

tau tak definisi asnaf cam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:28 PM | Show all posts
bagi ler keje kat anak yg 2 org tu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kerikangkung posted on 30-5-2014 12:26 PM
apa yg tak perlu plak bai...

tau tak definisi asnaf cam mana?

Makcik tu dh dapat dari baitulmal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.133941 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list