View: 5372|Reply: 27
|
[Tempatan]
Jutawan segera di zaman pra gst...tahniah ler... x perlu risau!
[Copy link]
|
|
Pemenang RM1 Juta Al-Awfar Tak Dapat Tidur Malam
Pemenang Al-Awfar anjuran Bank Islam. Dari kiri Idayu Idris, Mohd Idrus Ibrahim dan Mohd Hafiz Abd Khalid.
PETALING JAYA: Memperolehi wang berjumlah RM1 juta pada usia muda pasti tidak pernah terjangkau dek fikiran. Namun itulah yang berlaku kepada tiga pemenang cabutan pemegang akaun Al-Awfar anjuran Bank Islam yang diumumkan pada Selasa. Menurut salah seorang pemenang, Idayu Idris,35, dia membuka akaun Al-Awfar bertujuan menyimpan duit untuk kegunaan peribadi.
"Saya sendiri tidak tahu pun mengenai cabutan ini. Saya hanya simpan duit hasil perniagaan online, sebagai stokis Double Stem Cell ke dalam akaun Bank Islam.
"Jujurnya, saya tidak pernah menyangka dan pada mulanya pihak Bank Islam tidak dapat menghubungi saya kerana saya telah bertukar nombor telefon.
"Memang sudah dikatakan rezeki saya, kawan telah memaklumkan nama saya diumumkan sebagai pemenang cabutan Al-Awfar dan saya menghubungi pihak bank dua hari selepas itu," katanya kepada mStar Online pada majlis penyampaian replika cek kepada pemenang cabutan bertuah Al-Awfar di Menara Star pada Selasa.
Ibu kepada tiga orang anak ini berkata, dia merancang untuk terus menyimpan wang yang dimenanginya itu bagi kepentingan anak-anaknya serta menunaikan haji bersama keluarga.
"Memang saya tak terfikir sebab semua ini datang mengejut. Saya bersyukur kerana selama ini saya hanya menyimpan duit dalam akaun Bank Islam, kerana takut untuk membawa wang tunai terlalu banyak.
"Saya juga ada menyarankan kawan-kawan agar menyimpan duit di Bank Islam selepas ini. Mana tahu mungkin ada rezeki mereka pula selepas ini," katanya.
Idayu (kiri), Mohd Hafiz (dua kiri), Datuk Seri Zukri dan Mohd Idrus (dua kanan) bersama replika cek masing-masing.
Bagi seorang lagi pemenang, Mohd Hafiz Abd Khalid, 31, dia merancang untuk menyelesaikan pinjaman kewangannya terlebih dahulu.
"Saya hendak selesaikan hutang kereta dan rumah. Selepas itu saya mahu simpan untuk masa depan anak-anak. Memang ada niat nak pergi haji," katanya.
Bapa kepada empat orang anak ini berkata, dia membuka akaun Bank Islam di cawangan Pekan untuk membayar pinjaman peribadi dan ansuran rumahnya.
Hafiz yang juga Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya, di TUDM Gong Kedak, itu berkata sejak mendapat panggilan telefon daripada Pengurus Bank Islam cawangan Pekan, dia tidak dapat melelapkan mata.
"Saya memang tidak tahu mengenai kempen anjuran Bank Islam ini. Masa mula dapat berita memang tak percaya bila kawan saya beritahu. Bila saya semak di laman web Bank Islam saya pun terkejut dan hendak tidur malam pun tak boleh," katanya.
Pemenang ketiga, Mohd Idrus Ibrahim, 27, berkata dia ingin membawa ibu dan ayahnya menunaikan haji dengan wang yang dimenanginya itu.
"Saya hendak hantar mak ayah pergi haji. Sehingga hari ini saya masih tak percaya dengan kemenangan yang saya perolehi.
"Saya juga hendak simpan duit untuk persiapan kahwin saya satu hari nanti," katanya.
Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat.
Di bawah kempen Al-Awfar pengguna perlu menyimpan sebanyak RM1,000 selama empat bulan bermula daripada Januari hingga April 2014.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergh....alhamdulilah, kalau dah rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Aku Tang Bab Nasib Ni
Memang out..
Setakat menang cabutan bertuah function jabatan ade le.
Yang mampu kuucapkan hanyalah:
|
|
|
|
|
|
|
|
bahaye kalu org tau kite ni menang ape2,menang loteri ke,mmg akan jd sasaran sedare mare yg xpernah jumpe,kawan2 yg xpernah tegur,strangers2 yg tibe2 sedia membantu, atau penyamun2 yg dah get ready dgn plan nak mrompak bagai, tu blom lg dgn yg dengki2 hantar pelesit bg sakit derita, kalu dpt pitis byk jgn dok canang, ni kan msia lg2 dipenuhi dgn org melayu khenn |
|
|
|
|
|
|
|
Untung nye..ble lah aku nak menang 1 billion nie. |
|
|
|
|
|
|
|
ape hal tayang muka ..kan cari pasal nanti ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku bukak akaun bank muamalat sbb benda2 gini la
hampeh xdpt jugak berbulan2 tggu
1 hadiah pon xdpt
mmg xde luck la...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya..
Ada gak pemenang melayu menang peraduan |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan berita2 dulu
mana2 Melayu yg menang RM1 juta
memang tetiba byk dtg ke rumah mengaku saudara jauh |
|
|
|
|
|
|
|
sekejap jer nanti kena hurung dgn sahabat handai, sedara mara mintak pinjam. |
|
|
|
|
|
|
|
bestnye....rezeki rezeki.... |
|
|
|
|
|
|
|
Murahnya rezeki..aku bab bab ni memang tak de rezeki baik lucky draw family day mahupun dinner company...jarang nama naik |
|
|
|
|
|
|
|
waahhhh betul2 durian runtuh.. syukur Alhamdulillah.. btambahla sikit Melayu & Islam kaya kat negara nie |
|
|
|
|
|
|
|
sapp73 posted on 29-5-2014 10:15 AM
Murahnya rezeki..aku bab bab ni memang tak de rezeki baik lucky draw family day mahupun dinner compa ...
samalah dgn ana ni
xdenya nak lucky, mmg sedih
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. itu namanya rezeki. |
|
|
|
|
|
|
|
IDAYU IDRIS adalah kakak aku..tahniah diucapkan....harap2 jangan lupa kat aku lah...muehehehehe..tapi sampai skrg takde inform lagi pada ahli keluarga..tapi berita sudah tersebar 1 dunia..oh oh oh its ok...apa2 pn tahniah |
|
|
|
|
|
|
| |
|