CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5314|Reply: 48

[Tempatan] Malaysia lubuk rezeki

[Copy link]
Post time 27-5-2014 07:51 AM | Show all posts |Read mode
KEKAYAAN bumi Malaysia menyebabkan warga asing berpusu-pusu masuk ke negara ini, sama ada secara sah atau haram untuk mengambil peluang demi meneruskan kelangsungan hidup.

Warga asing meninggalkan orang tersayang untuk berhijrah ke Malaysia.

Walaupun memperoleh gaji yang rendah, mereka bersyukur kerana peluang mendapatkan rezeki di negara ini jauh lebih baik berbanding negara mereka.

Tetapi malangnya, ramai orang Malaysia sendiri yang kurang sedar hakikat ini dan tidak menceburkan diri dalam bidang yang paling banyak memberi rezeki, iaitu perniagaan.

Tinggal keluarga demi sesuap nasi

Bagi Rozilah Osman, 56, yang sebelum ini merupakan warga Singapura, dia tekad meninggalkan ‘negara dilanggar todak’ itu kerana kecintaannya kepada bidang kecantikan yang meluap-luap.

Padanya, Malaysia dianggap lubuk rezeki kerana bidang perniagaan tersebut masih baharu di negara ini pada masa itu.

Bermodalkan RM4,000, Rozilah menggunakan lesen perniagaan di atas nama sepupunya untuk memulakan perniagaan kecantikan pada 1983 di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

“Saya tidak boleh berniaga di sini kerana kehadiran saya sebagai lawatan sosial sahaja pada waktu itu. Alhamdulillah, sepupu saya banyak membantu.

“Bukannya mudah warga asing seperti saya untuk berniaga di sini. Stigma masyarakat yang menganggap ‘kenapa orang luar berniaga di negara ini’ hampir melemahkan semangat saya.

“Walaupun pedih, saya tetap tekad untuk mencari rezeki di bumi bertuah ini,” katanya.

Rozilah berkata, perniagaan kecantikannya mendapat sambutan menyebabkan dia mula membuka kelas aerobik pula untuk membantu mereka yang mengalami masalah berat badan.

“Saya berulang-alik dari Singapura ke Johor. Kadang-kala saya bermalam di rumah saudara-mara kerana terlalu penat selepas seharian bekerja,” katanya yang berkahwin pada 1984 dengan penduduk tempatan, Samad Dogah.

Bagaimanapun katanya, kelas aerobik yang dianjurkan tidak mendapat sambutan pada sekitar 1980-an di Malaysia.

Rozilah tidak berputus asa, sebaliknya membuka kelas tuisyen mengajar Bahasa Inggeris bagi pelajar sekolah kebangsaan dan menengah untuk penduduk setempat.

“Saya perlu mencari alternatif lain untuk menambahkan pendapatan keluarga.

“Selepas setahun berada di sini, saya berkahwin dengan rakyat tempatan dan ahli keluarga semakin bertambah,” katanya.

Ibu kepada tiga anak tersebut berkata, dia juga bekerja separuh masa dengan agensi pelancongan untuk membawa jemaah haji dan umrah ke Makkah.

“Saya membantu arwah ayah, Osman Ariffin yang juga membawa jemaah haji dan umrah pada awal 1990-an. Alhamdulillah, saya mampu melakukan tiga kerja dalam satu masa.

“Alhamdulillah pendapatan saya pada ketika itu mencecah RM2,000 sebulan. Sejumlah daripada pendapatan tersebut saya simpan kerana akan dijadikan modal berniaga,” katanya.

Rozilah berkata, pada bulan puasa, dia akan berniaga kuih di Kampung Melayu Majidee dan Best World (yang kini dikenali sebagai Danga City Mall).

Menurutnya, dia bersyukur kerana diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 1998.

“Alhamdulillah, menjadi warganegara Malaysia ialah anugerah ALLAH dan ia membahagiakan saya. Ini ialah peluang semakin luas untuk saya berniaga di sini,” katanya.

Tambahnya, pada 2010, dia berjaya membuka syarikat pelancongannya sendiri dikenali sebagai Suhaa Travel and Tours Sdn Bhd yang terletak di Kampung Melayu Majidee.

“Saya bersyukur, Suhaa ialah hadiah keperitan yang saya alami sebelum ini dan rezeki saya di bumi bertuah ini. Terlalu banyak peluang yang ada di Malaysia, alah bisa tegal biasa untuk menghadapi segala kesulitan sebagai bukan rakyat tempatan sebelum ini,” katanya.

Rozilah berkata, sebagai rakyat Malaysia kini, dia bersyukur kerana berada di lubuk rezeki.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan rakyat di negara ini kerana memberikan peluang kepada saya. Saya tidak mampu membalas kebaikan yang diberikan selama ini dan hanya ALLAH sahaja membalasnya.

“Saya hanya mampu mempromosikan Malaysia di mata dunia apabila membawa jemaah Malaysia untuk menunaikan umrah empat kali setahun dan haji di Makkah. Saya juga membawa pelancong luar ke beberapa destinasi menarik di Malaysia antaranya Kota Kinabalu;
Sabah, Pulau Langkawi; Kedah dan negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia serta beberapa negara Asia,” katanya.

Rozilah berkata, dia bersyukur berada di bumi Malaysia kerana pelbagai kemudahan disediakan untuk kebajikan rakyat di negara ini.

“Saya susah ketika berada di Singapura kerana untuk menyambung pelajaran saya memerlukan wang yang banyak dan harga barang di sana mahal berbanding di negara ini. Kebebasan untuk mencari rezeki ialah kelebihan di Malaysia.

“Banyak peluang pekerjaan di negara ini yang perlu direbut untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih Malaysia,” katanya.

Pengelap perabot jadi usahawan

Seorang lagi peniaga yang berasal dari Bangladesh, Md Nasir Uddin berkata, Malaysia mempunyai segala-galanya iaitu sebagai negara Islam, aman dan ekonomi yang stabil.

Md Nasir yang kini memegang jawatan Pengarah Urusan Sun Moon Galaxy (M) Sdn Bhd berkata, dia datang ke Malaysia pada 2006 untuk mencari rezeki walaupun tidak mempunyai kelulusan akademik yang baik.

Dia menggunakan pas pelancong untuk melihat sendiri keadaan Malaysia dengan menumpang rumah kawannya, Imran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

“Saya ambil keputusan untuk bekerja apa sahaja di sini walaupun saya tidak tahu nasib saya. Biar ALLAH menentukan.

“Saya juga mahu sambung belajar di sini, saya memohon pas pelajar, Alhamdulillah, saya diterima belajar di sebuah kolej di Selangor,” katanya.

Md Nasir, 32, berkata, melihat keadaannya yang serba kekurangan dan keluarga jauh di Bangladesh, Imran mengajaknya bekerja secara sambilan untuk meneruskan kehidupan dan membiayai pelajarannya.

“Saya nekad mahu bekerja bersamanya sebagai pengelap perabot dan menjaga stor di kedai perabot yang terletak di Puchong, Selangor. “Alhamdulillah, walaupun saya hanya pekerja sambilan iaitu tiga hari seminggu, saya dapat gaji RM800 sebulan,” katanya.

Md Nasir berkata, ketika menjadi pengelap perabot dan penjaga stor, dia belajar ilmu perniagaan.

Selepas lapan bulan bekerja di bahagian tersebut, dia dipindahkan ke bahagian jualan.

“Walaupun hanya bergaji RM800, saya tetap hantar duit ke kampung halaman. Selebihnya saya menyimpan walaupun sedikit. Biarlah saya susah di sini, saya mahu berdikari.

“Pada 2008, saya dinaikkan gaji menjadi RM1,800 dan mendapat komisen berdasarkan jumlah jualan. Alhamdulillah, saya habis belajar pada 2010 dan dinaikkan pangkat untuk menguruskan salah sebuah cawangan kedai perabot milik majikan,” katanya.

Menurutnya, dari situlah dia menyimpan hasrat untuk membuka kedai perabot sendiri tetapi dipendamkan kerana ia memerlukan modal yang besar iaitu RM200,000.

“Saya menyimpan duit selama dua tahun setengah untuk merealisasikan hasrat membuka kedai perabot sendiri. Pada Ogos 2010, saya letak jawatan dan kembali ke Bangladesh, sebelum pulang ke Malaysia semula,” katanya.

Menurutnya, pada Februari 2011, dia yang pada masa itu baru saja melangsungkan perkahwinan dengan rakyat tempatan iaitu Nurul Aini Md Noh, 32, mula membuka perniagaan secara kecil-kecilan iaitu kedai komputer di Seksyen 17, Shah Alam.

Menurutnya, dia hanya menggunakan modal RM40,000.

“Selepas lapan bulan saya menyimpan wang daripada perniagaan tersebut, saya membuka kedai perabot di Setia Alam bermodalkan RM200,000. Saya menjual pelbagai jenis perabot seperti katil, almari, meja makan dan sofa. Alhamdulillah, pada 2013, saya membuka cawangan kedai perabot di Bangi.

“Kedai di Bangi begitu bermakna kepada saya. Saya membelinya daripada majikan saya sebelum ini dengan harga RM300,000.

“Saya bersyukur, rezeki saya di Malaysia dan saya berharap saya akan menjadi rakyat di negara ini kelak,” katanya yang kini mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Bukan itu sahaja, pada Februari 2014, Md Nasir membuka dua lagi kedai perabot baharu di Seksyen 15, Shah Alam bagi memenuhi permintaan pelanggannya yang ramai menetap di sekitar Lembah Klang.

“Kedai perabot di Shah Alam menjual pelbagai jenis perabot eksklusif. Kebanyakannya diimport dari pelbagai negara antaranya Itali, China dan Indonesia serta Amerika Syarikat,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik.

Md Nasir berkata, dia tidak akan melupakan permulaan kehadirannya di Malaysia kerana terpaksa mengikat perut untuk menyimpan wang bagi membiayai pengajiannya.

“Saya hanya makan biskut dicecah minuman ringan. Alhamdulillah, saya banyak dibantu rakan-rakan dan bos saya pada ketika itu. Walaupun susah dan perit, saya yakin Malaysia ialah negara yang terbaik untuk saya mencari rezeki dan berkeluarga.

“Saya melihat Malaysia mempunyai rezeki yang melimpah ruah. Banyak peluang perniagaan di sini. Insya-ALLAH, saya akan membuka syarikat pelancongan untuk membawa jemaah menunaikan umrah pada tahun hadapan,” katanya yang kini mempunyai seramai 22 pekerja.

Md Nasir berkata, kejayaannya pada hari ini banyak didorong isteri dan keluarga mentuanya di Muar, Johor dan doa ibu bapanya di Bangladesh.

“Saya yakin rezeki ALLAH ada di mana-mana dan Malaysia ialah negara istimewa kepada saya,” katanya.

Pembantu kedai runcit jadi bos

Warga Indonesia, Rudy Joko, 50, berkata, seingatnya, kegembiraan rakan-rakannya yang membawa pulang wang kerana bekerja di Malaysia membuatkan hatinya meronta-ronta ingin datang ke Malaysia pada awal 1990-an.

Rakan-rakannya dilihat mewah, berbaju baharu, berkahwin dan mampu membayar minumannya dan rakan lain.

"Saya tekad mahu berhijrah ke Malaysia. Pada mulanya, saya mahu masuk secara haram tetapi apabila memikirkan keselamatan diri, saya lupakan hasrat tersebut.

"elawaan rakan saya, Jemari untuk bekerja buruh kontrak di Kuala Lumpur dan dia mahu meminjamkan wangnya untuk membuat pasport, dianggap seperti durian runtuh. Saya menerimanya dengan hati terbuka," katanya.

Rudy berkata, dua hari selepas kehadirannya di Kuala Lumpur, dia kagum kerana bangunan dan persekitaran yang cantik berbeza dengan kampung halamannya yang hanya dipenuhi kebun-kebun dan sawah padi.

"Saya diajak ke Kajang untuk diperkenalkan dengan Abu Bakar Ibrahim, seorang peniaga yang kini merupakan bapa mentua saya. Saya diarahkan tinggal bersama Abu Bakar dan bekerja bersamanya.

"ada mulanya saya membantah kerana takut keseorangan tetapi Abu Bakar meyakinkan saya.

"Alhamdulillah, saya mula bekerja bersamanya sebagai pembantu kedai runcit. Rutin saya setiap hari hanya membelah kelapa serta menyiang ikan dan ayam," katanya.

Tambahnya, gajinya hanya RM250 tetapi diberikan makanan dan rumah percuma. Gaji tersebut disimpan untuk digunakan apabila kecemasan.

"ada 2001, saya berkahwin dengan isteri saya, Siti Junaidah Abu Bakar dan mengambil alih perniagaan bapa mentua. Malangnya, kesusahan terjadi apabila pembinaan lebuh raya di kawasan kedai kami menyebabkan ia dirobohkan. Saya buntu kerana saya hanya tahu
berniaga dan bertani.

"Saya mula bercucuk tanam di sekitar kawasan kediaman dan menyara keluarga dengan wang simpanan yang ada. Rumah saya dijadikan kedai runcit sementara kerana pelanggan masih ada," katanya.

Menurutnya, pada 2006, dia kehabisan wang dan tidak mampu membeli susu untuk tiga anaknya.

"Saya menangis apabila melihat mereka hanya makan nasi bersama telur dadar manakala isteri mengambil alih perniagaan yang tidak mempunyai cukup barang. Saya kemudian menjadi buruh kontrak di Putrajaya," katanya yang kini sudah menjadi penduduk tetap.

Rudy berkata, selama dua tahun, setiap gaji bulanan akan disimpan di atas nama isteri dan bonus tidak diusik.

"Tahun 2009 memberikan sinar baharu kepada kami sekeluarga apabila wang simpanan itu dijadikan modal dan kami mula berniaga di Shah Alam.

"Alhamdulillah, kini saya mampu menyewa beberapa kedai di sekitar Lembah Klang," katanya.

Menurutnya, kesusahan dilalui tidak boleh dijadikan alasan kerana rezeki ALLAH luas, dan Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan serta bantuan kepada mereka yang ingin berniaga.

"Saya yakin dengan rezeki ALLAH dan saya sering mengingatkan pekerja-pekerja saya jangan tinggalkan solat dan amalkan cara hidup Islam jika mahu berjaya.

"Saya bertuah berada di Malaysia dan jika di kampung saya, saya ialah jutawan segera," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/bi ... buk-rezeki-1.283973

yg ada di Malaysia merungut itu ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 07:54 AM | Show all posts
Org malaysia kne keje kat luar negara gak la klu nk jd jutawan segera...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:57 AM | Show all posts


org kita?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:59 AM | Show all posts
tak bayar income tax boleh le sembang kencang.....sampai tutup rezeki locals tu tak zalim ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 08:12 AM | Show all posts
Yg Ya perasan.. 'penghijrah' ni mmg akan kontrol makanan diaorg.. sama la cam kita masa blaja dedulu.. so jimat dari belanja makan..

Satu lagi keje diaorg mmg majikan biasanya sediakan tempat tinggal/makan minum/transport ex. keje kedai, tukang cuci dll.. so byk dah jimat kat situ.. skang ni tengok diaorg pun mampu pakai smartphone..

klo dari segi lain mmg diaorg bole bjimat sesangat sbb umah leh share reramai.. sbln dlm 100++ je.. keje dekat2/ada transport.. mcm kita ni rumah je sewa dah 5-6 ratus, transport, makan minum belanja lain lagi..

Cuma org kita ni kekadng mmg suka komplen.. bila suruh buat part time x mo.. alasan x de masa dgn family padahal x denya ngabiskan masa dgn family.. duk lepak2 kedai mamak, mancing layan game bjam2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 08:13 AM | Show all posts
org kita dah rase selesa dengan apa yg ada sampai x nampak peluang and x berani nak tanggung risiko
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2014 08:14 AM | Show all posts
secretservice posted on 27-5-2014 07:59 AM
tak bayar income tax boleh le sembang kencang.....sampai tutup rezeki locals tu tak zalim ke

ntah...dah tu tk kena levy plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 08:42 AM | Show all posts
memang pun lubuk, lubuk bagi mamat Nigerian buat scam berjuta2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 08:48 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 27-5-2014 08:14 AM
ntah...dah tu tk kena levy plak tu

lubuk jenayah,dagang orang,pengganas antarabangsa n etc
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 08:50 AM | Show all posts
kena cari sepupu dia nih...... mengalibabakan lesen tempatan untuk orang luar.... pengkhianat


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Terang2 ler diaorg cerita betapa susahnya sblm berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
x kira la kamu bangsa apa.. berasal dari negara mana.. kalo dah memang pemalas nauzubillah..  campak kat memana mmg x kan berjaya kecuali dengan kuasa Allah s.w.t la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:08 AM | Show all posts
kenapa pendatang lebih berjaya berbanding rakyat tempatan;

1. pendatang lebih kepada survival mode, sedangkan rakyat tempatan lebih kepada leisure mode.
2. pendatang tak payah bayar income tax, gaji yang diperolehi adalah hasil net sedangkan rakyat tempatan kene bayar mcm2 tax (income tax, cukai tanah, cukai pintu, cukai servis, cukai kerajaan)
3. pendatang ada union sendiri, blh bantu masa2 susah, rakyat tempatan kene ada kenal2 org2 tertentu baru blh mohon bantuan..kalo tak jgn berniaga!
4. pendatang tak ada sijil spm pun dapat gaji spm, siap dgn makan dan tempat tinggal percuma. datang balik keje dgn bas kompeni. rakyat mesia ada sijil spm pun gaji mcm pendatang. duduk dgn makpak or sewa luar. tak koser sama bas dgn pendatang sebab nanti org ingat pendatang pulak.. satu hal lagi nak clear nama
5. pendatang tak perlu rasa malu2 nak buat mcm2 keje..takder sapa kenal pun... tapi kalo minah/ mamat sekampung buat keje kilang/buruh kasar, satu kampung ngata memacam...risiko tak dapat jodoh pun tinggi sebab bukan org keje standard..hanya kuli2 sahaja.. silap aribulan nak ngorat org pun dipandang hina..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:26 AM | Show all posts
No. 5 tu mengingatkan aku masa keje kilang time semeste break dulu2...Minah indon je yg pandang...haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:36 AM | Show all posts
leylapple posted on 27-5-2014 09:08 AM
kenapa pendatang lebih berjaya berbanding rakyat tempatan;

1. pendatang lebih kepada survival mod ...

Pada aku, melayu nak maju, anggap laa diri sendiri sebagai cina atau pendatang, bukan melayu yg berketuatnan.. kerana berketuatnan tuh sendiri melemahkan jati diri melayu sendiri menjadi pemalas... anggap diri sedang tinggal di oz, atau uk dan fikir camna nak survive... tuh resepi kejayaan dengan rejeki yang halal, pak..... lain laa melayu pelahap.. yg nih perlu cable sana sini....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:37 AM | Show all posts
leylapple posted on 27-5-2014 09:08 AM
kenapa pendatang lebih berjaya berbanding rakyat tempatan;

1. pendatang lebih kepada survival mod ...
  1. 4. pendatang tak ada sijil spm pun dapat gaji spm, siap dgn makan dan tempat tinggal percuma. datang balik keje dgn bas kompeni. rakyat mesia ada sijil spm pun gaji mcm pendatang. duduk dgn makpak or sewa luar. tak koser sama bas dgn pendatang sebab nanti org ingat pendatang pulak.. satu hal lagi nak clear nama
Copy the Code
aku suka yang point ke 4 ni...
memang betul pun nok, buat naya penduduk Malaysia ja, ade ke gaji SPM dengan gaji mamat bangla sama.
dah tu sewa rumah mahai plak tu, ade majikan sediakan rumah cam bangla
depan rumah aku, siap kilang sewakan rumah untuk pakat IT dari Philipine
sedangkan pakar IT Malaysia, ko cari la sendiri rumah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
leylapple posted on 27-5-2014 09:08 AM
kenapa pendatang lebih berjaya berbanding rakyat tempatan;

1. pendatang lebih kepada survival mod ...

inilah msalah org tmptan. dihina nye org kjer kilang. gov malaysia ni pon mcm xnk je bntu pkrja kilang ni. ak tgok dorg kjer 6 hri smggu 12 jam shri demi nk dpt rezeki. sbb tu la brbondong nk kjer krajaan. boleh mngular kjer lbih skit diciternye kat org rmai mcm stiap hri kjer lbih masa. disebabkan kjer lbih skit ni la tiap2 thun mnta gaji naik je. tp kjer ttap thap smpah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:43 AM | Show all posts
lizaliza posted on 27-5-2014 09:37 AM
aku suka yang point ke 4 ni...
memang betul pun nok, buat naya penduduk Malaysia ja, ade ke gaji  ...

sedey noks...

penat2 pecah kepala siang malam studi untuk spm, gaji min dapat pun setakat rm900 jer..

orang indon jadi pembantu rumah, tempat tdo, makan pakai tersedia pun dapat gaji minimum rm800

nanges
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:43 AM | Show all posts
ala sembanglaa
boleh ke rakyat malaysia terutama melayu hidup satu rumah sampai 20 org?
kalau tak boleh jangan sembang laa
indon tempat aku keja, buat sex pun depan kawan, sebab takde bilik
melayu mampu???
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:46 AM | Show all posts
bangla
kerja 12 jam
duduk rumah 20 orang, sewa boss bayar
makan free sebab tempat kerja kasi
ada transport boss kasi
dtg kerja pun ada jalan kaki aje
tido mana2 pun tak kisah
naik basikal
melayu???
nak pakai kereta
mahu kerja setaraf, cth kalau ada degree, mau kerja degree, tak mau jadi nelayan ka buruh
mahu alatan2 gadget canggih ipone, ipad, wifi kena ada, mau main fb, tweeter semua
mahu kerja 8 jam saja
mahu gaji atas 2k
mau kawin, bangla kalau nak kawin dia pegi chow kit ajalaaa
tak reti minum air tasik, bangla selamba minum air tasek
tangkap ikan di sungai klangh/bangla indon semua, melayu mampu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.079433 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list