CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2536|Reply: 16

[Tempatan] Cemas lutut tersepit ‘mulut’ longkang

[Copy link]
Post time 23-5-2014 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang murid perempuan sebuah sekolah rendah di Sentul di sini, menempuh detik cemas apabila kaki kirinya tersepit pada besi penutup longkang di hadapan kelasnya.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sentul terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan kaki kiri mangsa berusia 12 tahun itu.

Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku apabila mangsa terpijak besi itu hingga menyebabkan lututnya tersangkut dan gagal keluar daripada longkang kecil berkenaan.

Menurutnya, pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.12 pagi kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Sepasukan lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera diketuai Pegawai Bomba Abdul Halim Hassan tiba di sekolah itu pada jam 11.20 pagi.

“Pemeriksaan kemudian mendapati lutut mangsa tersepit pada besi penutup longkang. Kami terpaksa meletakkan minyak sebelum cuba memusingkan tubuh mangsa. Keseluruhan kaki kiri mangsa akhirnya dapat dikeluarkan dalam masa kurang tiga minit,” katanya di sini, semalam,

Menurutnya, kanak-kanak terbabit tidak mengalami kecederaan atau bengkak teruk.

Artikelinidisiarkanpada:2014/05/23
sumber:metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 01:48 PM | Show all posts
dolu aku penah kene gini
main kejor2 depan blok...
elok je member aku tarik..sakit gile siot..
ade kesan yang garis2 kat besi tu ...
naseb x tinggal parut
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 01:50 PM | Show all posts
Macam macam laa bebudak sekolah sekarang ni.. terlebih active
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 01:54 PM | Show all posts
adeh, sakit la plak tgk gmbr ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 01:55 PM | Show all posts
siannya... aku dulu cukup takut nak lalu atas besi longkang ni. rasa gayat... nak2 bila longkang yg dalam gileeee tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 02:05 PM | Show all posts
kesian adik ni.. nampak mcm dah hilang sebatang besi kat penutup longkang tu. sbb tu lubang jadi besar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2014 02:08 PM | Show all posts
haih . kesian . tolong lah sekolah buat maintenance . duit nak aje .
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 02:12 PM | Show all posts
kalo rasa kaki tu kecik slim x yah la cuba2 nak pijak benda alah tu...
takut2 termasuk macam tu....nasib sangkut kat lutut tidak sampai ke peha kena....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 02:16 PM | Show all posts
hahahha,,,aku pun..siap kena marah dgn bapak aku, jalan tgk bawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ptut dibuat penutup dr batu simen je, tp pastikan yg kualiti la, klu x pecah plak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 02:35 PM | Show all posts
clarizsa posted on 23-5-2014 02:20 PM
ptut dibuat penutup dr batu simen je, tp pastikan yg kualiti la, klu x pecah plak..

kt bandar tun hussin on kan ada kes pasal penutup ni.

ada budak meninggal dunia sebab masuk tali air.

tau2 dah sampai kt serdang.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 23-5-2014 02:35 PM
kt bandar tun hussin on kan ada kes pasal penutup ni.

ada budak meninggal dunia sebab masuk tal ...

ooo... penutup pecah ke...

kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2
Rapatkn jejari besi tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 03:11 PM | Show all posts
kesian adik nie...sabo laa dik..wait bantuan laaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 03:15 PM | Show all posts
kancilnye kaki ko dek...patut la terperosok dlm penutup longkang tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
gaara_X posted on 23-5-2014 03:11 PM
kesian adik nie...sabo laa dik..wait bantuan laaa

dah selamat dah... bomba tolong...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 04:33 PM | Show all posts
selamat kalau guna penutup batu..sampah pun tak boleh masuk berbanding guna penutup besi..dan penutup batu takde orang nak curi dan jual semula..pemandangan pun bersih..siap leh letak pasu bunga kecik lagi nak bagi cantik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.049876 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list