ex-bantal.B posted on 20-5-2014 07:42 PM
raja meroyan tak betol ni bergaduh pasal apa dgn shila rusli.tak pernah tahu pulak
Azwan Ali dan Sheila Rusly berperang?
Satu lagi kisah gempar yang membisik di telinga Joyah perihal pengacara Azwan Ali dan Sheila Rusly. Joyah terkejut beruk mendengar cerita gempar ini kerana ia berlaku di dalam bulan Ramadan yang mulia.
Joyah pun macam tak percaya macam mana peristiwa seperti ini boleh berlaku. Memang tak sangka.
Hari Sabtu minggu lepas Sheila Rusly mengundang beberapa rakan artis dan wartawan hiburan terdekat ke rumahnya di Gombak, Selangor.
Selain majlis berbuka puasa, majlis sembahyang tarawih turut diadakan di rumah Sheila itu. Banyaklah makanan dan lauk-pauk yang dimasak Sheila termasuklah puding yang ‘dispedo’ (dibuat) oleh seorang wartawan bertubuh tegap untuk sheila.
Yang Joyah nak cerita ni bukan resipi puding tu tapi khabarnya Azwan Ali dah lancarkan perang untuk Sheila gara-gara majlis itu. Khabarnya juga Sheila turut menjemput Azwan untuk menghadiri majlis berbuka puasa berkenaan. Disebabkan Azwan Ali ada hal, dia tepaksa datang lambat dan telah memaklumkan perkara itu kepada Sheila. “Tapi Joyah, Sheila kata pada Azwan lambat macam mana pun datang juga kerana pintu rumahnya terbuka untuk Azwan,” kata sumber Joyah. Malangnya apabila Azwan tiba di depan pintu rumah Sheila itu, khabarnya Sheila kata tak payah datang kerana lauk dah habis dan orang semua dah balik. Kerana mulut Sheila yang laser itu Azwan sudah sentap dan dia sudah nak berperang dengan Sheila. Pada Joyah, kalau orang yang tak kenal dengan Sheila mesti akan kecil hati kerana mulut dia dah memang tak boleh nak buat apa-apa lagi.
Mungkin Sheila saja bergurau dengan Azwan tetapi Azwan pula yang tersalah petik gurauan Sheila itu.
Ataupun memang lauk sudah habis, Joyah tak tahulah sebab Joyah tak hadir pada majlis itu kerana berbuka puasa dengan kekasih tersayang.
Apa-apa pun Joyah rasa sedih kerana perkara itu menjadi semakin besar. Azwan mungkin tak mahu tegur Sheila kerana berkecil hati dengan peristiwa itu.
Hai... kenapalah jadi macam ni. Bulan Ramadan ni kalau boleh janganlah asyik nak sentap. Bawa-bawalah banyak bersabar.
Kalau betul Azwan terasa hati dengan kata-kata Sheila itu, sudah tibalah masanya Shiela ambil insurans mulut. Tapi Joyah pelik pula sejak bila Azwan pandai nak sentap sebab dia pun laser juga orangnya. Relaks la bro!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_06.htm#ixzz32FyMti5L
|