CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6062|Reply: 18

tips untuk hamil baby boy

[Copy link]
Post time 19-5-2014 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Semoga ada porumers yang sudi share tips untuk dapatkan baby boy. TIA. *sharing is caring*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2014 09:57 PM | Show all posts
saya pon nak tau
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 04:04 PM | Show all posts
sya xda anak lg. tp sy tahu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:34 PM | Show all posts
dari FB : Tuan Fuad Latip

[JPHBT: Panduan Mendapatkan Anak Lelaki atau Perempuan]

Untuk ibu bapa muda yang masih terus merancang mendapatkan anak.

Petang tadi, isteri saya berjumpa Doktor O&G di Pusat Perubatan Salam, Shah Alam. Keputusan jantina untuk anak ke-4 kami yang bakal lahir julai nanti adalah lelaki.

Jika ini menjadi kenyataan semasa isteri bersalin nanti, maka lengkaplah anak saya 4 orang berselang seli perempuan, lelaki, perempuan dan lelaki. Ia seperti yang kami rancang.

NAMUN SEMUANYA ADALAH KEHENDAK ALLAH YANG TELAH DITETAPKAN sehingga pada syariatnya kelihatan doa dan usaha kami dimakbulkan. Sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah KETETAPAN.

Semua ini adalah agar kami hambaNya lebih bersyukur dan terus sentiasa setiap saat menyedariNya ketika melihat aturan Allah yang sangat hebat ini.

*****
Saya masih ingat ketika baru berkahwin pada tahun 2005, saya dan isteri ingin tahu apakah petua untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Kami sama-sama sentiasa berkomunikasi dengan Allah bertanyakan cara terbaik untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Alhamdulillah, kami dijumpakan oleh Allah dengan satu kaedah dikenali sebagai Kaedah Shettles.

Kami berusaha mengikut kaedah ini dalam perancangan keluarga. Dengan izin Allah, Alhamdulillah apa yang dirancang SELARI dengan KETETAPAN ALLAH. Ia menjadikan kami lebih bersyukur malah tersungkur sujud kepadaNya.

******
Kaedah Shettle melihat dari sudut hukum Allah atau dikenali sebagai saintifik. Namun semuanya adalah kehendak dan izin Allah adanya.

Dalam kajian kaedah ini, untuk mendapatkan anak perempuan, sperma dan ovum harus disenyawakan di awal ovulasi isteri. Ini kerana sperma yang membawa genetik Y (untuk anak lelaki) bergerak sangat laju berbanding sperma yang membawa genetik X (untuk anak perempuan).

* X ibu + Y ayah = XY anak lelaki
* X ibu + X ayah = XX anak perempuan
Gen dari ayah menentukan jantina anak.

* Sperma Y = Laju tetapi cepat mati
* Sperma X = Perlahan tetapi lambat mati

* Keadaan rahim isteri
Keadaan asid = Anak perempuan
Keadaan kurang asid = Anak lelaki

Persenyawaan perlu berlaku di dalam rahim.

Apabila suami dan isteri "bertasbih" di awal ovulasi, ovum (telur daripada ibu) masih berada di hujung tiub falapio, maka sperma Y yang sampai di dalam rahim isteri tidak akan bertemu dengan ovum di dalam rahim. Maka tidak akan terjadi anak lelaki mengikut saintifik.

Beberapa hari selepas itu, ovum terhasil dan bergerak dari tiub falapio ke dalam rahim dengan mengambil masa kira-kira 5 hari selepas ovulasi. Ketika itu sperma X yang masih hidup sampai ke dalam rahim. Maka terjadi persenyawaan antara sperma X dan ovum (X) lalu terhasil anak perempuan (XX).

Untuk Mendapatkan Anak Perempuan:
"Bertasbih" lah suami dan isteri hari ke-5 selepas bersih dari haid hingga hari ke-7 atau 8. Jika dapat pastikan keadaan berasid di mana isteri tidak digalakkan sampai ke tahap orga***s.

Untuk Mendapatkan Anak Lelaki
"Bertasbih" lah suami dan isteri hari ke-9 selepas bersih dari haid hingga hari ke-11.

Ketika ini, ovum isteri telah sedia ada di dalam rahim. Disebabkan sperma Y bergerak laju, maka sperma Y bertemu ovum di dalam rahim isteri terlebih dahulu berbanding sperma X.

Maka keberangkalian untuk terjadinya anak lelaki (XY) adalah tinggi.

Beruntunglah kita kerana ada beberapa tool secara atas talian (online) percuma untuk mengetahui tarikh yang sesuai untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Saya dan isteri sangat suka menggunakan tool untuk kaedah Shettles ini seperti link di bawah kerana tool di laman web ini lebih tepat dan mudah.
http://www.momswhothink.com/component/womancalendar.html

Selamat mencuba. Namun jangan lupa bahawa semuanya adalah kehendak Allah mengikut KETETAPANNYA. Peganglah hakikatNya namun jalankan terus usaha dan ikhtiar selagi kita masih belum mengetahui takdir yang bakal kita lalui.

Kita akan sentiasa sedar bahawa diri kita sekadar Lahaula wala quwwata illah billah. Pastinya kita akan sentiasa kembali yakni sedar padaNya setiap saat hidup kita .... innalillahiwainnailaihirojiun di dalam kita menjalankan tugas kekhalifahan ini sebagai wakilNya.

Dengan memahami indahnya aturan Allah, kita akan lebih sedar bukan sekadar kehambaan kita malah sedar kefanaan kita dan KeTuhanan Allah SWT.

"ya Allah kami lakukan semua ini keranaMu. Sesungguhnya solat kami, ibadah kami, hidup kami dan mati kami hanya untukMu ya Allah. Semata-mata keranaMu ya Allah."

Fuad Latip
24 Feb 2014

TAMBAHAN:
Petua Ibu Mertua:
Ikan membuatkan rahim kurang berasid berbanding ayam. Untuk anak lelaki, isteri perlu banyak makan ikan berbanding ayam dan sebaliknya. Wallahuaklam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 10:09 AM | Show all posts
aqyueetda posted on 24-6-2014 09:34 PM
dari FB : Tuan Fuad Latip

[JPHBT: Panduan Mendapatkan Anak Lelaki atau Perempuan]

TQ dear

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:14 AM | Show all posts
ElmoRed posted on 25-6-2014 10:09 AM
TQ dear

sama2 .selamat mencuba..ahakkss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2014 02:34 PM | Show all posts
TT just nak share...
hehe tapi sy pon belum confirm lagi ni...selagi bb xlahir kan
tapi dah scan 3x...mmg nampak la keboboian nya...
cuma saya tengah tunggu time nak wat 4d scan je

saya amalkan makan daging banyak2 b4 make love tu
n masa bersama tu org perempuan kena gol dulu....
hehe cenggitu ke? ye lah tu kot...
sy ada 3 gegirl...so mmg kalau bole nak boy kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 03:08 PM | Show all posts
tq info berguna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2014 02:44 PM | Show all posts
sy baru je scan baby las week..dan doc ckp baby sy nti inshAllah baby girl...
as expected...
sy setuju, hubby mmg suka makan ayam..dia jarang makan ikan..
so penah dgr sebelum ni, kalau byk mkn ayam tedency nak dpt baby girl tu tinggi..

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 10:26 AM | Show all posts
masa saya plan nk dpt baby boy, sblm pregnant lg saya n suami byk mkn makanan laut dan ikan..bila dah pregnant....3 bln pertama pun saya still amalkan yg sama dan elakkan yg masam2 sbb org kata nanti jadi baby perempuan...tp ada juga la terbedal mangga muda sekali n belimbing buluh sekali...banyakkan doa kpd Allah...alhamdulillah bila scan boy suka sangat.... tapi semuanya kuasa Allah kan...kita cuma berusaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 11:03 AM | Show all posts
@fuzzyfuzzy besnya dpt princess

@tucenmeow insyaAllah baby boy

jgn lupa update bila korang dah give birth  
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 05:48 PM | Show all posts
Good info...Terima kasih....(-:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 05:03 PM | Show all posts
yayangmama posted on 3-7-2014 02:34 PM
TT just nak share...
hehe tapi sy pon belum confirm lagi ni...selagi bb xlahir kan
ta ...

so camana scan latest dah nampak boy boi boi ke?

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 08:23 AM | Show all posts
Elmored...alhamdulillah...dah scan 4d, n mmg nmpk dia nye testis ek...ape eh panggil
testis lah kan...tggl tunggu lg 3 mggu aje bb nak lahir...insyaallah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2014 01:39 PM | Show all posts
yayangmama posted on 15-9-2014 08:23 AM
Elmored...alhamdulillah...dah scan 4d, n mmg nmpk dia nye testis ek...ape eh panggil
testis lah kan ...

congrats....jgn lupa update kalau dah give birth.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 01:39 PM | Show all posts
yayangmama posted on 15-9-2014 08:23 AM
Elmored...alhamdulillah...dah scan 4d, n mmg nmpk dia nye testis ek...ape eh panggil
testis lah kan ...

best nya , smg slamat semua nya ya .. amiinn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2014 02:29 PM | Show all posts
time kasih frens...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 03:56 PM | Show all posts
info ini mungkin boleh bantu kamu dalam penghamilan

Desertliving Cistanche merupakan herba asli yang berasal dari gurun besar di Mongolia dan tumbuh di bawah pokok. Ia pandai merampaskan khasiat dan air daripada pokok itu untuk tumbesaran diri yang kuat dan tahan lasak. Dalam perkataan lain, ia bersifat parasit.

Keistimewaannya menarik perhatian daripada manusia. Manusia mulai mengkaji nilai perubatanya.Keputusan kajian menunjukkan Desertliving  Cistanche mempunyai nilai rawatan yang agak tinggi dari segi meningkatkan fungsi seksual kaum lelaki, merawat kesejukan rahim yang menyebabkan ketidaksuburan. Ia juga menguatkan daya imumisasi dan menguatkan daya ingatan kami ke tahap yang agak memuaskan.

Selain itu, Desertliving Cistanche merupakan agen anti-penuaan, agen anti-oksidan. Kedua-dua fungsi ini menjadikan ia digemari oleh kaum wanita selalu.
Oleh kerana ia mempunyai  beberapa fungsi yang unik dan berkesan ketara, ia merupakan salah satu perubatan tradisional Cina yang unggul dan terkenal pada zaman dulu hingga sekarang.

Dalam penggunaan sejarahnya, Desertliving Cistanche selalu digunakan oleh kebanyakkan negara kecil sebagai hadiah penghormatan kepada kaum Diraja empayar.

https://www.facebook.com/notes/l ... %89/832268130151705
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 08:53 AM | Show all posts
Kalau nak anak lelaki, isteri kena klimaks dulu
Anak perempuan, lelaki klimaks dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.089932 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list