CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1914|Reply: 6

[Tempatan] El Nino: Harga minyak sawit dijangka naik

[Copy link]
Post time 19-5-2014 04:20 PM | Show all posts |Read mode


El Nino: Harga minyak sawit dijangka naik

KUALA LUMPUR - Fenomena El Nino pada Jun atau Julai dijangka mendorong kenaikan harga minyak sawit antara 10 dan 15 peratus di Malaysia dan Indonesia.

Pakar Produk Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng berkata, El Nino akan memberi kesan kepada pengeluar minyak sawit berikutan fenomena itu akan mengurangkan pengeluaran, seterusnya bekalan secara drastik.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut, dijangka menyaksikan hujan lebat di sesetengah kawasan di dunia manakala kawasan lain mengalami kemarau berpanjangan.

Beliau berkata, jika fenomena itu berlarutan sehingga suku pertama tahun depan, harga minyak sawit mentah (MSM) dunia dijangka meningkat antara 10 dan 15 peratus dan berlegar antara RM2,800-RM3,000 setan.

"Dari segi pengeluaran di Malaysia, kita akan menghadapi kesukaran, kerana saya berpendapat pengeluaran akan menurun antara 10 dan 20 peratus jika El Nino melanda dengan cuaca kering yang melampau.

"Bagaimanapun, akhirnya harga minyak sawit dunia akan meningkat disebabkan bekalan rendah," katanya kepada Bernama.

Tahun lepas, eksport produk minyak sawit meningkat 4.5 peratus kepada 25.70 juta tan berbanding 24.59 juta tan dicatatkan pada 2012.

Ng berkata, walaupun harga minyak sawit mentah meningkat merupakan berita baik bagi peserta industri, kebimbangan terhadap harga yang terlalu tinggi boleh mendorong pembeli untuk beralih kepada produk lain yang lebih murah seperti minyak soya atau minyak bunga matahari.

"Walaupun minyak sawit merupakan minyak boleh dimakan paling murah di pasaran, permintaan dijangka terjejas berikutan harga yang semakin meningkat boleh menempatkannya daripada jangkauan pasaran, dan melembapkan permintaan," katanya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2014 04:21 PM | Show all posts
kasi naik la sempena IPO boustead plantation listing ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 04:22 PM | Show all posts
yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....kebun wa kurang melawas....la ni 500 paling minimum setan kilang amek.....2 kali angkot kalau rege naik leh dapat 6k bersih........terima kasih umno!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 04:28 PM | Show all posts
semua benda naik hage.. tak kira cuaca panas ke, cuaca sejuk ke..... tekanan darah aku pun dah nak mula naik ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 04:34 PM | Show all posts
fcpo.

parking full lot.

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la naik .

Rege getah turun ker naik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2014 05:35 PM | Show all posts
yeayyy bapak kayooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.061364 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list