View: 1855|Reply: 2
|
[Dunia]
Amrika rancang jual senjata cecah AS$1 bilion kepada Iraq - Pentagon
[Copy link]
|
|
Mutakhir
Amerika rancang jual senjata cecah AS$1 bilion kepada Iraq - Pentagon
2014/05/15 - 11:45:34 AM
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menjual hampir AS$1 bilion nilai senjata dan aset, termasuk jet pengempur, kenderaan perang dan sistem pemantau tentera kepada Iraq.
Rundingan pembelian itu termasuk 24 pesawat penggempur ringan AT-6C Texan II, pesawat turbo keluaran Beechcraft yang mempunyai mesin-gun .50 kaliber, pesawat avionik yang dilengkapi sistem pelancar roket.
Pentagon berkata, pesawat dan kelengkapan berkaitan itu dianggarkan bernilai AS$790 juta.
Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Pentagon memaklumkan kepada Kongres Selasa lalu bahawa pelan penjualan aset ke Iraq itu diteruskan kecuali ada tentangan daripada ahli kongres.
“Rancangan penjulan pesawat, peralatan dan kemudahan sokongan ini akan meningkatkan lagi keupayaan tentera Iraq untuk keselamatan dan kestabilan negara itu serta keupayaan membendung sebarang acamanan dari negara jirannya," kata Pentagon.
Iraq sebelum ini bersetuju membeli 36 pesawat pejuang AS jenis F-16.
Urus niaga pembelian minggu ini turut membabitkan 200 unit kenderaan amour jenis "Humvee" yang dilengkapi mesin-gun bernilai AS$101 juta. - AP
|
|
|
|
|
|
|
|
bayar dgn bagi lesen utk terus duduk kat iraq.... |
|
|
|
|
|
|
|
amboi..terus dapat buat bisnis us gan iraq nie..ker pembelian terpaksa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|