View: 3051|Reply: 14
|
[Dunia]
Kimia dalam ubat gigi, sabun punca mandul
[Copy link]
|
|
Kimia dalam ubat gigi, sabun punca mandul
Copenhagen: Bahan kimia di dalam ubat gigi, sabun dan cermin gelap dipercayai ada kaitan dengan peningkatan kemandulan lelaki, lapor satu kajian terbaharu.
Kajian itu mendapati satu daripada tiga bahan kimia isi rumah itu ditemui ada kesan langsung terhadap kesuburan sperma menyebabkan sel benih itu melepaskan enzim pra-matang ketika mensenyawakan telur.
adalah penyelidikan kali pertama menemui hubungan langsung bahan kimia buatan dan kesuburan lelaki. Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kimia tersembunyi barangan harian.
Kajian itu yang diterbitkan majalah Independent adalah sebahagian daripada kajian terperinci bahan kimia gangguan pembiakan yang berkait dengan kesuburan lelaki. Ia berharap penemuan akan membolehkan badan kawal selia Eropah memperkenalkan sekatan penggunaan bahan kimia tertentu.
Profesor Niels Skkakkebaek dari Hospital Universiti Copenhagen di Denmark memberitahu dalam kajian itu bahawa: Untuk kali pertama kami berjaya menunjukkan kaitan terus antara pendedahan terhadap kimia yang menjejaskan sistem pembiakan daripada produk industri dan kesan buruk terhadap fungsi sperma lelaki.
Penemuan kami jelas satu kebimbangan ketika sebilangan kimia yang mengganggu sistem pembiakan mungkin lebih berbahaya daripada sangkaan. Persoalan mengenai kajian pada masa depan sama ada kajian kami boleh menjelaskan pengurangan kesuburan yang berlaku dalam kalangan pasangan moden.
Kajian itu sudah diterbitkan dalam Jurnal EMBO dan dilaporkan bersama Timo Strunker dari Pusat Penyelidikan Canggih Eropah di Bonn, Jerman. AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutla jpj nak buat operasi cermin gelap yer |
|
|
|
|
|
|
|
tak ade maknanya...tengok org kg ...anak bersusun tangga
OA tak lak |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm susah nak caya je |
|
|
|
|
|
|
|
gosh..
gila la..
mcm lawak plak sat lagi laki2 suma mandi koboi..
busuk |
|
|
|
|
|
|
|
yup,kalau ubat gigi tu kan dah ade coding kat belakang,,yg warna hitam tuh semua fully chemical (x baik utk kesihatan)
merah=half chemical/half organic
hijau=fully organic
biru=organic plus herbal
check sendiri ye kat umah buang semua yg hitam2 tuh uhuhu,,,sy pakai jenama GLISTER lagi baik warne biru
|
|
|
|
|
|
|
|
gunalah kayu sugi |
|
|
|
|
|
|
|
guna arang pon boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mokcikKSKB at 27-1-2016 10:28 PM
Apasal berita ni cam murahan jah?hotak lah sgt kimia.dia ingat 'kimia' ni subject skolah ke haper? Ke direct translation dr pkataan chemical substance?!? So??kimia ape? Floride??? |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan pulak lepas ni bagi alasan tak mau gosok gigi sbb fluoride..... jenuh teman sekatil rasa nak muntah |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai jari ok kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|