CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3170|Reply: 1

Elizabeth Tan curi perhatian dengan cara sendiri

[Copy link]
Post time 14-5-2014 11:08 AM | Show all posts |Read mode



Elizabeth Tan curi perhatian dengan cara sendiri

NAMA Elizabeth Tan barangkali bukanlah lagi asing di kalangan penggemar laman sosial Youtube. Gadis berbangsa Cina ini, menjadi perhatian ramai seperti di awal kemunculan Yuna, Najwa Latif dan Ainan Tasneem yang juga turut menjadi perhatian menerusi laman Youtube.

Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini, mula mencuri perhatian ramai menerusi lagu cover Havoc, yang juga nyanyian asal Joe Flizzow sekitar akhir tahun lalu.

Bahkan kini, sudah lebih 700,000 pengguna Youtube menyaksikan video cover tersebut dan rata-rata memuji Elizabeth kerana suaranya persis Yunalis Zarai atau Yuna.

Menurut Elizabeth menerusi satu temu bual bersama seorang blogger terkenal baru-baru ini, dia tidak menyangka lagu Havoc yang dinyanyikan semula itu menerima sambutan ramai.

"Selepas video tersebut di muat naik, ramai syarikat rakaman yang menhubungi saya bagi menjadikan saya artis rakaman, tapi saya masih belum membuat sebarang keputusan lagi," katanya.

Biarpun disamakan dengan Yuna, Elizabeth sebenarnya mempunyai 'tone' yang tersendiri yang mampu memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang ternanti-nantikan album dari gadis yang kini sedang menuntut di Texas, Amerika Syarikat ini.

Hanya dengan berbekalkan sebuah ukulele, Elizabeth mampu menyampaikan lagu-lagu cover dengan begitu baik dan antara lagu cover yang sudah dihasilkannya adalah lagu Pencuri; nyanyian asal Mark Adam, Kantoi; Zee Avi, Maafkan Aku dan beberapa lagu nyanyian Yuna seperti Terukir Di Bintang, Deeper Conversation dan banyak lagi lagu lain.

Antara kelebihan lain yang terdapat pada Elizabeth adalah kefasihannya bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik dan turut menyanyikan banyak lagu Melayu membuatkan, ramai peminat mudah mendekatinya.

Tampil dengan EP

Terbaru, Elizabeth yang sudah beberapa bulan menjadi artis di bawah pengurusan Paranormal Talents, sudah merakamkan EP yang berjudul Maafkan Aku.

"Saya tidak pasti bila ia akan dilancarkan tapi lagu terbabit sudah di muat naik di lama Youtube," katanya.

Lagu dengan lirik yang ringkas itu menyerlahkan lagu 'tone' suara Elizabeth yang begitu menarik dan ramai peminat meluahkan keterujaan mereka untuk mendapatkan EP tersebut.

Bukan itu sahaja, Elizabeth juga turut tampil dengan video klip rasmi pertama iaitu lagu Royals nyanyian asal Lorde.

Dalam video klip yang sudah ditonton oleh lebih 40, 000 itu, peminatnya turut menyaksikan Elizabeth berduet bersama No Noise Percussion.

Dipuji peminat

Malah tinjauan Zass di laman sosial milik Elizabeth seperti di Facebook, Instagram termasuk Youtube mendapati ramai pengikut memuji kelunakan suara gadis tinggi lampai ini.

Bahkan Elizabeth juga, dilihat tidak ragu-ragu untuk tampil membuat persembahan di khalayak ramai dan turut pernah berduet dengan Joe Flizzow menyanyikan semula lagu Havoc.

Tidak mustahil andai diberi peluang kelak, Elizabeth bakal menyerlah dan berdiri gah sebaris dengan nama penyanyi sedia ada seperti Yuna, Zee Avi dan beberapa bintang kelahiran Youtube yang lain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 08:32 AM | Show all posts

elizabeth 'nude' wong pon curi perhatian dengan cara sundri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.581801 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list