CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1546|Reply: 1

[Tempatan] Maritim gagalkan cubaan seludup rokok, arak RM1.6j

[Copy link]
Post time 8-5-2014 11:45 AM | Show all posts |Read mode
LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Labuan berjaya mematahkan cubaan menyeludup 310 kotak rokok dan 135 kotak arak bernilai RM1.6 juta di kawasan perairan Pulau Rusukan Besar di sini dua hari lepas.

Ketua Penguatkuasanya Kapten Che Adnan Md Isa berkata, dua rakyat tempatan dan lima kru kapal kargo warga Myanmar ditahan dalam Ops Sejahtera pada malam Isnin  itu.

"Bot Maritim terserempak sebuah kapal kargo dan sebuah bot yang penuh muatan dalam keadaan mencurigakan pada 9.40 malam. Dipercayai barang di atas bot itu merupakan barang-barang yang dipindahkan dari kapal kargo berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Gambar hiasan


Bagaimanapun, Che Adnan bekrata bot tersebut sempat memecut memasuki kawasan cetek yang menyukarkan bot Maritim untuk mengejarnya.

Katanya pemeriksaan di atas kapal kargo itu kemudian membawa kepada penemuan empat kontena dan dua daripadanya mengandungi rokok dan arak pelbagai jenama yang tidak memiliki dokumen sah.

"Rampasan ini merupakan kes terbesar bagi suku pertama tahun 2014 bagi Maritim Labuan," katanya.

Che Adnan berkata kapal kargo dianggarkan bernilai RM1 juta itu turut ditahan dan kesemua yang ditahan kini direman tujuh hari untuk siasatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2014 11:52 AM | Show all posts
jangan pasni ade dengar kes mati kena tembak lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.263154 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list