CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14403|Reply: 70

[Jenayah] Jalan Maarof Siapa Maarof?...Lawyer...Pelakon...?

[Copy link]
Post time 5-5-2014 10:11 AM | Show all posts |Read mode

Maarof diculik, digantung dalam hutan
Kuala Lumpur: Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia.

Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria. Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli beli Bangsar.

Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan.


Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 - 7 November 1991).

Pengasas Malay Nasional Bank

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.
Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik.

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation.

Mode:

Maaf kalau ada mohon merge..dah cuba cari tadi.....teringin nak share sebab macam menarik jeee...the only one Malay yang berjaya buka bank sendiri tp akhirnyaaa..ke tali gantung.....(dibunuh)...kenapa yeee...so saper2 ada any info jom kita korek cerita ini hingga ke umbi...hu3.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 10:18 AM | Show all posts
boleh masuk thread lagenda, mitos & sejarah ni. ada cerita sambungan x ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 10:21 AM | Show all posts
ada baca dlm bh

powernya bapak mustapha maarof. siap boleh bukak bank melayu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 10:25 AM | Show all posts
Kalau ade info tambahan cepat2 letak ... antara artikel menarik ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 10:30 AM | Show all posts
Allahyarham adalah bapa kpd pelakon Mustapha Maarof....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 10:31 AM | Show all posts
pernah gak baca nih...
tapi x tahu selanjutnyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2014 10:48 AM | Show all posts
ni mesti minangkabau.....orang minangkabau memang mahir bab bisness..berbanding melayu tulen yang mahir dalam kelautan dan pertanian
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 10:48 AM | Show all posts
rasis adalah tidak dibenarkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 10:51 AM | Show all posts
ramai tak tahu sapa abdullah hukum
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 10:51 AM | Show all posts
lazim posted on 5-5-2014 10:21 AM
ada baca dlm bh

powernya bapak mustapha maarof. siap boleh bukak bank melayu

Tu memang sah sah Dari keluarga yg memang elit dah , tak macam
setengah muntri Sekarang dah curi duit tiba2 memang Dari dulu keturunan
memang kaya ! Hat pui!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
'pusat beli beli Bangsar'
macam jelik je bunyinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 10:51 AM | Show all posts
tu laa..tgh baca paper bh tadi...ternampak cerita ni.....katanya polis pun sedia teliti semula fail siasatan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 11:06 AM | Show all posts
Syed mana syed...ni salah satu kes besar dalam negara juga......mungkin dia ada info lanjut...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 11:08 AM | Show all posts
org N9.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 11:17 AM | Show all posts
menarik.. bile ai lalu je jalan maarof nieyh, kadang2 akan teringat mustafa maarof, tak sangka lak memang related..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 11:35 AM | Show all posts
Dulu kala slalu lepak rumah kakak ipar kat Jalan Maarof...
arini baru tau sejarah sebalik nama Jalan yg tersohor itu..
sedihnya cara kematian beliau...
smoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan insan2 beriman..Amin..

Kredit kepada :http://angrybirdfly.blogspot.com/2014/04/cerita-jalam-maarof.html

Cerita Jalam Maarof
Posted by Burung Marah on Wednesday, April 9, 2014
Sekadar berkongsi maklumat  CABARAN AWAL EKONOMI MELAYU
Di Bangsar, Kuala Lumpur terdapat satu jalan bernama Jalan Maarof. Tak ramai orang muda yang mengetahui kenapa jalan ini diberi nama Jalan Maarof. Bagi yang tahu nama Maarof inilah yang patut menjadi kenangan mengenai cabaran awal yang dihadapi oleh pendukung ekonomi Melayu di masa lalu.
Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria.
Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu.
Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.
Pada waktu itu hanya ada dua buah bank; iaitu bank milik British bernama The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.
Di kedua buah bank ini Melayu tidak dibenar meminjam wang.
Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi.
Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.
Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu.
Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar Tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di bidang ekonomi.
Yang membunuh Encik Maarof nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi.
Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polissediatelitisemulafailsiasatan/Article/
Polis sedia teliti semula fail siasatan
Kuala Lumpur: Polis sedia menyemak semula fail siasatan berhubung kes pengasas Bank Kebangsaan Melayu, Maarof Zakaria yang diculik dan dibunuh pada Disember 1947.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata beliau akan menyemak semula fail siasatan untuk mengetahui sama ada ia boleh dibuka semula atau sebaliknya.

“Kes ini sudah lebih 60 tahun. Kita akan meneliti dan semak kes ini,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau berkata, polis menghadapi sedikit kesukaran untuk menyemak kes itu memandangkan ia sudah terlalu lama dan berlaku ketika zaman sebelum merdeka.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri, berkata kes seperti ini boleh dibuka semula jika ada keterangan baharu dan bukti kukuh.

Budi bicara Peguam Negara
Bagaimanapun, keputusan membuka semula siasatan bergantung kepada kebenaran dan budi bicara Peguam Negara.

“Kebiasaannya, jika ada bukti baharu yang kukuh atau penemuan baharu, ia boleh dibuka semula,” katanya.

BH Ahad semalam melaporkan, Maarof yang ketika itu berusia 43 tahun, diculik pada 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru di sini, menuju ke rumah ibunya di Seremban.

Selepas tiga hari diculik, mayatnya ditemui di Jalan Kuala Lumpur-Bentong dalam keadaan digantung pada sebatang pokok di dalam hutan.

Kes penculikan dan pembunuhan itu sehingga kini menjadi misteri dan dipercayai ada kaitan dengan komplot menggagalkan bank Melayu pertama yang diusahakannya.

http://sanusijunid.blogspot.com/2014/02/faktor-nilai-dalam-kebangkitan-bangsa.html
Ada story pasal arwah dlm ni jugak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 11:39 AM | Show all posts
tak sabar nk tggu mggu dpn ..kata ada sambungannya
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 11:40 AM | Show all posts
mustapha maarof pon bijak rupanya. waktu dpt berita dia bljar mckk
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 11:59 AM | Show all posts
hem ...jln ni belakang umah mak mentua....kalu balik kl memang dok pi mcd atau nasi kandaq pelita pekena roti canai ngan teh tarik....adakah kes ni juga melibatkan org2 melayu tertentu gak di zaman tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bark aku tau. Masa aku drive Kat jln maarof Ada teringat mustafa maarof to tak sangka pulak yg tu mmg ambik nama sempana nama bapa arrwah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.063199 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list