CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24501|Reply: 252

[Tempatan] {1}Satu hidangan patin & udang galah RM17k ...ok ke dak?

[Copy link]
Post time 30-4-2014 04:26 AM | Show all posts |Read mode
30 April 2014

Kuala Lumpur: “Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.


Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.



"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya jurucakap itu lagi.- myMetro

p/s dah tau mahal, watpe makan...




Last edited by tongkatwaran75 on 30-4-2014 05:35 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2014 04:27 AM | Show all posts


p/s macam kenduri kawin jer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Lam matawang myr ke rupiah dalam bil tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayan nafsu makan.. Nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 04:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa nk order tu xde nak tanye ke berapa rega sekor or sekilo? Dah puas melantak baru nk merempan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 05:35 AM | Show all posts
ntah la takat udang dgn patin tu...
tak makan pun  takpe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2014 05:44 AM | Show all posts
ikan patin tak tau brp ekor.. ikutkab receipt tu, udang galah yg RM26/kilo ada 10ekor pastu yg RM29/kilo ada 50ekor.. and harga mmg meletops...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sampai 10 eko pastu udang galah tu pun berkilo2.ingat udang galah n ikan patin buah rm1.00 sekilo ker. Hahahha kalau mcm tu aku pun nakkkk.hahahahahaah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikan patin n udang galah kan mmg mahal
Cuma wonder macamana depa bayar
Credit card?
Debit card?
Cash?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:12 AM | Show all posts
la..dah 26kg dgn 39kg...tentula mahal..


tp harga makan ikan air tawar + udang galah sekali makan cecah rm17k memang tamak haloba gila2 penjual...

errr restoran ni cemana rupa dia..

lainla kat kapal mewah ke...hotel terkemuka ke...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:24 AM | Show all posts
harimau76 posted on 30-4-2014 05:44 AM
ikan patin tak tau brp ekor.. ikutkab receipt tu, udang galah yg RM26/kilo ada 10ekor pastu yg RM29/ ...

ada tulis kat atas tu bang..

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.



kalo kira kasar ja ..
ikan patin buah dalam berat dekat 2.5kg sekor
harga = rm6877k

lebih kurang rm274 sekilo.. (selepas d masak)

Katanya, harga bagi ikan sungai asli yang lain seperti temoleh mencecah RM40 sekilogram, juara (RM24), tapah (RM60), patin buah (RM100), tenggalan (RM80), baung kenderak (RM24), gerahak (RM55), baung akar (RM40), kerai kunyit (RM30) dan kerai jelawat (RM60).
Credit To : http://www.hmetro.com.my/articles/Rajasegalaikan/Article


kira ok la kot ..
sebab

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu
meja vip tu





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:33 AM | Show all posts
kembongpink posted on 30-4-2014 05:59 AM
Dah sampai 10 eko pastu udang galah tu pun berkilo2.ingat udang galah n ikan patin buah rm1.00 sekil ...

haha sama la haa..
iols pun nak kalo rega gtu..



Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:38 AM | Show all posts
ni lagi ..pasal restaurant tu..
dari pelanggan yang pernah ke situ ..
cam best ja

Hari ni Bos Besar (Head Of IT Dept) belanja makan sempena ada seorang officemate (Encik Harris Tajuddin) yang akan tamat perkhidmatan. Memang sedap. Restoran tu nama die SAMUDRA EXOTIC RIVER FISH RESTAURANT kat Kampung Baru. Salah satu menu die ialah Ikan Patin masak asam tempoyak. First time makan ikan patin . Ikutkan, memang tak suka ikan patin ni. Tapi bila makan kat sini, oklah bolehlah telan.

Yang pasti semua lauk die tak mengecewakan. Minuman dan pencuci mulut yang disediakan pun memang orang kata terasa lah kat anak tekak tu. Tempat die pun sangat selesa. Kalau nak bawak baby pun ok. Tak panas.

Emm , rasanya nak bawak family makan kat sinilah sempena Mama dapat Bonus nanti . Insyaallah.











LICIN ~~


Credit kat :
http://in-maintenance.blogspot.com/2012/06/salam-perpisahan.html



Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 30-4-2014 06:33 AM
haha sama la haa..
iols pun nak kalo rega gtu..

Makan ler berkilo2 pun x kesahhh rm1 jerrr sekilo. Masalahnye ade kerrrrrrr..hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 30-4-2014 06:24 AM
ada tulis kat atas tu bang..



Booked untk meja  vip 1 dah brapa dorang charge. So rm17k ++  tu patut kot. Eh! Hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk plak brapa org makan . Kalau rm17k sorang makan mmg kayo giler. Hahhaahahahh
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
17k? mak ai. leh wat down payment kete
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:45 AM | Show all posts
udang galah bukan sedap mana pun....kulit tebal, isi kenyal.....masak kerutup boleh laa bagi sedap sikit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.060190 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list