CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15506|Reply: 98

Retis Malaysia buat persembahan depan Barrack Obama di Istana Negara

[Copy link]
Post time 28-4-2014 09:46 AM | Show all posts |Read mode
1. Zainal Abidin
2. Syafinaz Selamat
3. Jaclyn Victor
4. Rosnan Rahman (Makyung)

Ini empat nama yang berpeluang nyanyi depan Obama. Gambar kalau ada, share2 la..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2014 09:47 AM | Show all posts
Bangga hibur Obama

Pejuang makyung negara Rosnan Rahman sangat berbangga dan terharu apabila diberi peluang membuat persembahan bagi tatapan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dalam majlis Jamuan Negara di Istana Negara Jalan Duta, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Dalam persembahan bertemakan 'Nuance of Rebab Fantasy' itu, Rosnan bergabung dengan penyanyi pop soprano Syafinaz Selamat.

Majlis Jamuan Negara dihoskan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah Hamidun sempena lawatan rasmi Presiden AS itu ke Malaysia selama tiga hari bermula kelmarin.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan anggota Kabinet.

Selain Rosnan dan Syafinaz, turut membuat persembahan adalah Zainal-abidin dan Jaclyn Victor. Keempat-empat mereka turut menyanyikan lagu We Are The World pada akhir persembahan itu.

Rosnan berkata, ia satu penghormatan buat dirinya dan kesenian makyung yang sudah pun diiktiraf sebagai Warisan Seni Dunia.

“Ketika saya bersalaman dengan Obama, beliau juga mengucapkan tahniah kerana tertarik dengan persembahan itu,” katanya.

Sementara itu, Zainal berkata, disebabkan sering menerima jemputan menyanyi di Istana Negara dia tidak kekok, malah berasa bangga dapat menyanyikan lagu bahasa Malaysia di hadapan Obama.

“Setiap kali ada majlis santapan di Istana Negara saya akan menjadi antara artis yang dipanggil untuk mengadakan persembahan. Walaupun rasa biasa saja, saya gembira kerana dapat menghiburkan Obama.

“Apatah lagi, saya menjadi seorang daripada artis Malaysia yang menyanyi di hadapan beliau, ia adalah sesuatu yang sangat membanggakan buat diri saya.

“Lebih membanggakan lagi apabila selesai majlis, Obama terus berjalan ke arah saya dan mengucapkan tahniah dan terima kasih sebanyak tiga kali kerana membuat dia gembira dan berpuas hati dengan persembahan saya pada malam itu,” katanya yang menyanyikan lagu Hijau dan Kau Di Hatiku.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 09:49 AM | Show all posts
Datuk siti tak dak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 09:49 AM | Show all posts
Dalam akhbar Hairan Meteor katanya Obama terpegun tengok Makyong...ye ke dok!! ntah2 Obama terlopong tengok Makyong sebab ntah apa2 ntah....tak faham kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 09:51 AM | Show all posts
Apasal takda tun juk kat TV....................
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 09:52 AM | Show all posts
putehkundor posted on 28-4-2014 09:49 AM
Datuk siti tak dak ka?

Dia bukan world class................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2014 09:54 AM | Show all posts
penyanyi tersohor malaya tak kena ajak ker??
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 posted on 28-4-2014 09:49 AM
Dalam akhbar Hairan Meteor katanya Obama terpegun tengok Makyong...ye ke dok!! ntah2 Obama terlopong ...

rasanya obama ni paham bahasa melayu lah. dia ni dulu lama stay di indon kan.. sebab tu indon claim dia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2014 09:55 AM | Show all posts
espri6006 posted on 28-4-2014 09:49 AM
Dalam akhbar Hairan Meteor katanya Obama terpegun tengok Makyong...ye ke dok!! ntah2 Obama terlopong ...

Nuance of Rebab Fantasy ialah hair-raising performance. Bangga dengan seni budaya sendiri.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 10:06 AM | Show all posts
espri6006 posted on 28-4-2014 09:49 AM
Dalam akhbar Hairan Meteor katanya Obama terpegun tengok Makyong...ye ke dok!! ntah2 Obama terlopong ...

xkan la obama x tahu budaya org2 nusantara...dia kecik2 kt jakarta sana...pastu time mak dia pindah jogja, mak dia kaji budaya nusantara. lagu2 melayu pun dia boleh faham

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 10:06 AM | Show all posts
putehkundor posted on 28-4-2014 09:49 AM
Datuk siti tak dak ka?

tidak dipanggil istana barangkali

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 10:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 10:08 AM | Show all posts
syafinaz nyanyi koir la kot kan? so jac nyanyi lagu apa? lagu tradisional/lagu2 klasik ke? seingat aku lagu indon favorit obama lagu2 titik puspa
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 10:09 AM | Show all posts
edoraixora posted on 28-4-2014 09:54 AM
penyanyi tersohor malaya tak kena ajak ker??

BUdak dari Sarawak yg menyanyi dgn Ahkak Pinky.................tak ada kaaaa?
Kecik ati Ahkak Pinky.

Mamfush laaaa si  Bijan kena 'belasah' mlm karang...

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 10:10 AM | Show all posts
sokmogitu posted on 28-4-2014 10:06 AM
tidak dipanggil istana barangkali

Siti dah di kategori sebagai RADIO KLASIK.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 10:15 AM | Show all posts
siti hanya nyanyi di istana pahang...depan soltannye sendiri...
nanti kalo nyanyi kat istana negara...akhak pink melopong nak join sama....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2014 10:20 AM | Show all posts
Bukan tidak berbangga dengan budaya sendiri tapi...sedangkan kita yang ditanah melayu ini pon tak berapa faham bahasa dalam makyong....ko paham ke?..Obama?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 10:24 AM | Show all posts
UNTUNGLA...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:12 AM | Show all posts
Aku tgk show  mak yong kat MALAYSIAN PHILHARMONIC ORCHESTRA        (MPO) satu hapah tak paham.. cuma enjoy tarian rosnan yang lemah gemalai tu.. very the pekat bahasa istana kelantan!!
                                                               
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat yg tersohor tak nyanyi... Dr tersohor jd sendu kah..

ke takut obama ty apa2 nanti salah speking...ye la bukan obama je mesti penuh dgn delegasi us lain.. Sbb yg 3 teratas tu mmg tau terer speking cuma makyong tu aku x kenal plak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.080255 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list