TPPA punca Obama tidak jumpa Anwar?
(Azuan Ab Rahman) KUALA LUMPUR 27 APRIL: Amerika Syarikat mengambil pendekatan berhati-hati apabila tidak menjadualkan sebarang pertemuan di antara Barack Obama dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata ketua wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin. Katanya, tindakan tersebut dibuat bagi memastikan Malaysia bersetuju menandatangani perjanjian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diketuai Amerika Syarikat. “Walaupun Presiden Obama agak rapat dengan Datuk Seri Anwar, tetapi Amerika ada agenda tersendiri. Mereka mahu Malaysia tandatangani perjanjian TTPA. “Jadi mereka buat keputusan untuk tidak jadualkan pertemuan antara Obama dengan Anwar,” jelas nya yang juga Ahli Parlimen Ampang. Menurut Zuraida, Rumah Putih berpendapat sebarang pertemuan di antara Obama dan Anwar hanya akan merencatkan usaha negara kuasa besar dunia itu untuk mendapat persetujuan Malaysia dalam perjanjian tersebut. Ini kerana Anwar merupakan pemimpin yang tegas menghalang kerajaan malaysia dari terus menandatangani perjanjian yang disifatkan hanya merugikan negara itu. “Anwar tegas menghalang malaysia dari tandatangani TPPA, sudah pasti Amerika takut untuk berhadapan dengan Anwar kerana bimbang isu perjanjian tersebut akan ditimbulkan kelak,” jelas Zuraida. Presiden Obama, dijadualkan Melawat Malaysia pada 26 dan 27 April ini, ramai pemerhati berpendapat lawatan tersebut ada hubung kait dengan perjanjian TPPA.
Last edited by akughi on 28-4-2014 08:26 AM
|